hye there
Malam tadi I masuk tidur awal setengah jam daripada kebiasaan. Kalau selalu, masuk bilik kul 3, (sebab tengok sinetron baru tidur. Husband pun dah terjebak. Kehkehkeh) Dalam setengah jam atau satu jam kemudian baru boleh tidur. Jadi semalam, dari 2:30 sampai 4 lebih tak boleh tidur jugak. Asalnya I rasa haus je sebelum nak tidur tu. Tapi duk dilly dally nak keluar minum ke tak, (sekarang, one minute I drink, another minute I'll go weewee or shishi or whatever) Lepas tu dengan gassy tummy lagi (sikit-sikit buang angin sampai husband I dah tak terkata pape lagi everytime I-throw-wind aka fart. Nasib baik tak kena halau ke bilik lain gila ke apa :p)
So berbalik kepada cerita tak boleh tidur, I sebetulnya sempat baca blog Hanis Zalikha sebab I macam terkejut sambil berfikir, model 80-an aka Kak Nani tu betul ke mak dia? Dalam entry yang I dah tak jumpa tu, Hanis ada cakap pasal Daddynya yang dependable. Kalau u all nak tau cerita tu sila godek sendiri blog beliau.
![]() |
| Credit: Google |
So far I live my life secara bersenang-lenang. I masak untuk husband makan malam, I sapu lantai & mop bila dah dekat-dekat petang, I basuh baju bila-bila I suka lepas tu sidai dalam rumah, gunalah Top pakaian memang tak berbau hapak jika disidai dalam rumah terutama pada waktu hujan :) Rasa macam effortless. Yes, I do all house chores tapi tidak pada masa yang sepatutnya. Maka I nak berusaha, berusaha untuk buat sesuatu agar dapat diharapkan. Contohnya mengingat sesuatu - ni amat susah sebab I memang pelupa sampai dah berjangkit dekat husband omg atau jadi super permbersih - supaya lantai sangat berkilat dan berbau epal terima kasih kepada Ajax apple scent, dan cadar wangi sewangi bau Downy paket berwarna merah.
So, ya. Maybe I will start with walk the talk. Selalu jugak I cakap je lebih tapi buatnya tak. Macam yang selalu husband cakap pada drama-drama yang dia tengok dengan I tanpa mengira bangsa, negara, agama para pelakon itu - Menyampah! (sebab cakap tak serupa bikin. hehe)
K la. Nak tengok sinetron lagi, tapi nak sapu lantai dulu. Sakit mata tengok kekotoran itu.
*wuwuwu kat tangan ada selumbar, tak sabar nak tunggu husband balik tolong buangkan*
Daa~

No comments:
Post a Comment