Have a click on Nuffnang.

Tuesday, 27 September 2011

: Good news for YOU on my birthday! *B.U.A.H Z.U.R.I.A.T*

as-salam
hye there

Pagi semalam I pergi klinik. Dapat 5 ke 6 jenis ubat. Tak agak-agak Doc tu. Tapi disebabkan dia memang best, I layan je la. Siap cakap 1 ubat wajib. Yang lain optional je. Bak kata Sudin dalam Pendekar Bujang Lapok - "yang lain tu bunganya aje" ;)

I makan ubat batuk je siang tu. Lepas tu terus knock out. Gila la. Baru satu ubat. Malamnya telan jugak la majoriti ubat. Tu pun pilih-pilih. Haha. I believe that drugs weaken your antibody.

---------------------------------

BTW, hari ni B.I.RT.H.D.A.Y I. Jadi, I nak panjang-panjangkan berita baik ni kepada sesiapa yang tertanya-tanya kat mana nak beli buah zuriat ni.

Sila contact :

En Zack - 019-912 6450 

ataupun browse je dekat blog En. Zack:

http://herbazuriat.blogspot.com/

I hanya panjang-panjangkan je. Tak ada amek apa-apa keuntungan pun dari sini.

K la
I stress. Lapar tapi nak mun. Batuk pun makin teruk. Adeh. Harap-harap dosa I terhapus dgn dugaan ni.
Till then
Daa~

Sunday, 25 September 2011

: ah. berpindah juga akhirnya.

as-salam
hye there

I am in depressed mode.

------------------

Imbas kembali:

Petang tadi I tengok Nona. Tiba-tiba nampak orang tu tunjuk cara-cara buat tiramisu. Since I tak sempat nak salin resepinya, I pun google la. My resepi memang la tempat rujukan yang bagus. Capaian pantas orang kata. ;) Maka, I pun dapat lah satu resepi mudah. Nak tau? Meh klik kat SINI - hasil kerja Kak E ;) I dah siapkan tiramisu I. Nanti I update la macam mana hasilnya, ok. ;)

Elok je sampai rumah lepas keluar membeli belah hubby called. Seperti biasa, hubby tanya khabar. I pun menjawab macam biasa. Lepas tu:

Hubby: Honey, minggu depan you datang sini bawak segala pakaian you ye.
I: (dah terfikir sesuatu yang tak berapa nak menarik) Kenapa, munchkin?
Hubby: Erm. Tak dapat pindah la honey.
I: Confirm?
Hubby: Confirm. Kena ada pengganti. Tapi kalau dalam masa setahun tak ada pengganti, kena apply pindah lagi sekali.

*nama panggilan tu bukan yang benar. saje mengada-ngadakan cerita. malu kalau orang tau nama panggilan sebenar. hee ;p*

---------------------

Maka I pun kena la mengalah. Esok, pagi-pagi lagi I nak siapkan resignation letter. Pastu hantar kat bos. I rasa-rasa macam kena bambu ni nanti. Nasiblah. Dia tak mampu mengurangkan kesunyian hati I ni. (waiceh. ok ok. over sudaaaahhhh)

* I depressed sebab I anak manja. Tak sanggup kot jauh dari family ;p

K la
Till then
Daa~

: sambil tengok the Voice, sambil update blog.

as-salam
hye there

Hari ni batuk I makin teruk. Selsema come & go. Ubat? Ubat tu apa? Hahaha. Oh tapi, pagi tadi I sakit tekak amat sangat. Bila sakit tekak tu, I pergi buat teh o suam. Lepas minum I rasa loya-loya & terus vomit all the kah*k. Sakit tekak pun dah baik ;) (sorry for being detail) Jadi amat bagus bagi I minum air teh suam pagi-pagi bila sakit tekak ;)

Lepas tu Dad nak buat blog jugak so I kena study segala apa yang Dad nakkan dalam blog beliau sebab mula-mula Dad suruh ajar-tapi-lepas-tu-Dad-nak-I-buatkan-terus. Jadi kalau you rasa blog I ni pelik-pelik kat mana-mana, it means that I tengah mengeksperiment things for Dad.

Akhirnya atas sebab-sebab tertentu, I tak pergi pun Trolak. Tapi most probably I'm still going to Kuantan this coming Friday. So much of helping people in the first place. Aih. Malas nak ingat.

Latest, hubby kata dia berkemungkinan tak pindah sini. Station dia tak cukup orang la, ape la. (alasan yang sama sejak 5 tahun lepas walaupun staff dah bertambah) Dulu bos dia kata kalau dah kahwin senang pindah. Sekarang siap bos dia kata, "Ala, saya pun berulang ke selatan jugak ape." I memang geleng kepala sebab:
1) Gaji bos dia sah-sah la berganda-ganda daripada gaji hubby. Sebab tu bos dia bos. 
2) Bos dia pun berulang. Jadi bos dia patut faham la macam mana keadaaan kitorang.
3) Station tu dulu memang la kurang orang. Tapi by now dah bertambah-tambah dah. xkan nak tunggu time pencen baru nak release kot?
4) Macam-macam sebab lagi lah.

Aih. Susahlah nak cakap. 

p/s: Usually I can put up with crappy things that happen around me. Sometimes I just laugh them off. But when it comes to hubby, even the slightest thing can make my mood goes berserk & haywire.

ah. nak pergi minum air manis. Benda manis-manis ni kan boleh lift up the mood a bit ;p (hahaha. alasan I legit  (legitimate) x? legit, kannnnn...)

K la
Till then
Daa~

Friday, 23 September 2011

: Journey to the north~ ;)

as-salam
hye there

Hari ni dah hari Jumaat. Maka I sepatutnya da ready-ready nak gerak ke Trolak. SIL mintak amek kat Dayabumi. Malas nak meredah jem. Harus suruh dia datang tempat I aje. Boleh keluar ikut Duke terus. Hubby tak bagi pergi sorang-sorang. Apa ya ayat dia tadi.. "(Bawaklah kawan) Nanti takde la boring sangat kalau nak drive (sorang-sorang)." Hubby is being subtle. Dia tau taktik menakut-nakutkan I won't work. Nanti jadi kisah lain pulak; whereby I tak nak amek langsung sebab dah takut ;p hahaha.

Tapi tadi, I sempat baca artikel ni yang I petik dari SINI.

Pada suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak. Setelah selesai memenuhkan tangki minyak selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan stesen tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke dalam untuk membayar tunai.
Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran menggunakan kad kredit telah diluluskan. Dia menunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk ke dalam kaunter kedai untuk membayar tunai.

Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan menuduh dia menipu. Atendan tersebut memberitahu supaya wanita itu bertenang dan mendengar dengan teliti

Atendan memberitahu ketika wanita tersebut sedang mengisi minyak, dia telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dlm kereta dan bersembunyi dikerusi belakang . Dengan segera beliau telah menghubungi pihak polis. Wanita tersebut terus menjadi takut dan segera melihat pintu keretanya terbuka dan lelaki itu telah menyusup keluar dan meninggalkan kereta itu dengan tergesa-gesa.

Kes baru-baru ini didapati mempunyai kaitan dengan ujian untuk permulaan geng jenayah terbaru dimana memerlukan seseorang untuk membawa balik bahagian badan seorang wanita ..

Salah satu cara yang mereka lakukan adalah dengan merangkak perlahan-lahan dan menyusup masuk ke dalam kereta wanita manakala sasaran utamanya adalah stesen minyak atau di kedai runcit pada waktu malam. Kemudian, mereka akan potong kaki / buku lali mangsa menculik mereka dan kemudiannya membunuh dan mencerai-beraikan mereka.

Kaedah lain adalah dengan memaksa wanita itu masuk ke dalam kereta kemudian menculik mereka,

Pengajaran :
Pertama, wanita seharusnya lebih berhati-hati apabila ingin masuk ke dalam kereta pada waktu malam.

Kedua, Jangan letakkan kereta di tempat sunyi atau terpencil semata-mata ingin mendapatkan tempat letak kereta percuma!

Ketiga, Jika boleh, elakkan memandu seorang diri pada waktu malam!
Ini adalah situasi sebenar! Penculikan! Pembunuhan! Putus dan anggota badan dicerai-ceraikan! Ini semua berlaku di Malaysia !

Jadikan amalan :
1. Pastikan kereta berkunci setiap masa walaupun anda meninggalkan kereta sebentar.
2. Periksa sekeliling kereta sebelum masuk ke dalam kereta.
3. Sentiasa peka terhadap sebarang tanda-tanda pelik dari persekitaran anda dan individu lain di dalam sekitar umum, terutama pada waktu malam

Hmm.. Macam dah tak berannn je kan nak lone ranger ni sume. Hehe. I love you, hubby.
---------------------------------------------
Ramai yang tanyakan pasal buah zuriat tu. I baru je tanyakan seller I (21 Sept 2011). Nanti, kalau ada apa-apa info, I update kat sini, ye ;)

K la
Till then
Have a great weekend!
Daa~

Thursday, 22 September 2011

: secret operation *wink ;)

as-salam
hye there

Hari ni I terajin nak update kisah pengupasan buah zuriat I tu.

Imbas kembali..

Kotak Hi-Goat yang telah dikasari

I memang xsangka buah zuriat tu kecik comey. I pun jadi macam ragu-ragu jugak sebab dalam gambar yang I amek dari blog Myvitrd tu, buahnya macam besar sikit. Maka nak dipendekkan cerita, I decided that I amek yang smallest 4. Yang baki (yang besar sket) tu I nak share dengan Ida, Syira & Kak long ;)
......................

Kalau ikutkan tapak tangan I, besar ni je la buahnya ;)

Anyway, langkah pertama, I sediakan peralatannya. Plastik & pisau. 

 Tengok la, pisau roti Mum I sebat. 

Bila Mum tanya apa I buat dengan pisau beliau, I sengih je. Hehehe. (Takpe. Kang (read: nanti) kalau Mum rasa pisau beliau tumpul, beliau akan mintak Dad asah) Jadi, di atas kesempatan tu, I pun mula la memotong dan menggergaji buah tu dalam bilik (kata operasi rahsia, kan. Haruslah menyorok). Lucky buah tu macam da dented. So senang nak potong sabutnya. Kerja ni memang agak senang la. Takde la sesusah yang I bayangkan.

saje nak tayang nama blog besar2 kat situ, kan. LOL ;p

I guess I celebrated wayyy too early. Langkah seterusnya untuk pecahkan 2nd layer tu memang azabbbbbb, nokkkks. I da ‘gergaji’ dengan pisau Mum tu, tak lut langsung, ok. I cari la alu lesung. Gedegang-gedegang (sambil berdoa Mum tak jenguk bilik I) pun tak de apa langsung.

Setelah dipalu dengan alu lesung, tak nampak kesan apa-apa pun. 2nd assistant: Noir

Since dah malam sangat & rasa tak seronok hubby tak dapat rasa ‘keseronokan’ ni bersama-sama, (read: alasan) I pun stop kejap. Lain kali baru rasa nak sambung kerja tu. (sebenarnya I lupa macam mana orang lain buat. Nak refer, broadband, Dad da amek balik dah) Maka, I decided yang I nak refer masa kat office bila-bila free. Hehe.

p.s: bau buah ni sedap. Macam kopi pun ada, macam koko pun ada (ada macam bau neslo kot..). I bagi adik I hidu buah ni. Dia dah gian cam orang hidu gam pulak. Sabar saja la I ni. Esok kalau buah tu hilang, tau la siapa I nak cari.

p.p.s: I da siapkan entry ni selasa malam isnin tu jugak. Tapi saja post lambat-lambat nak cover sikit laa. Kang (read: nanti) orang kata terlebih semangat pulak.. *memang pun*

K la
Till the 2nd episode
Harap-harap I berjaya kopek buah ni masa tu ;)
Daa~

Wednesday, 21 September 2011

: Dah dapat, yeay! ;)

as-salam
hye there



Hehehe. Tau tak ni apa? Ni la buahnya. Dah sampai semalam but rather small cute. Takpe. Kawan-kawan jangan risau. I bagi u all yang besar-besar (antara yang ada ni) punya, ok. However I'm curious. How big is the smallest fruit. 

Nanti I try kopek (read: kupas), ok. Kena cover-cover sebab I segan dengan parents I ;p So ok la. Nanti I da godek2, I update la apa-apa. Kalau malas update pasal buah, I update la pasal benda-benda lain pulak ;p

p/s: Tak sabar nak tunggu gaji bulan ni. Nak balik utara (ok. sekarang 'pergi utara' dah jadi 'balik utara', ok) Hehehehe.

K la
Till then
Daa~

Tuesday, 20 September 2011

: doakan baby & mommy sihat ye ;)

as-salam
hye there

Hm. Macam mana I nak karang cerita ni ye. Sebetulnya pemilik diri tu tak bagi kata putus sama ada boleh ke tak I bercerita pasal dia. Tapi, I nak share jugak sebab nak ramai-ramai doakan dia.

Ceritanya secara ringkasnya macam ni. Blogger Bride yang sorang ni memang RAMAI orang kenal. Dia da berjaya conceive dah (yeay!) lagi cepat dari I even kahwin lambat sket. Hehe. Rezeki... Tapi disebabkan dia ada problem sikit, so dia bleeding. Semalam katanya dah hari ke-4 dia bleeding tu. Docs pun kata kalau berterusan, she might lose her baby. For now Docs bagi dia medication. So, selain rehat banyak-banyak, I xtau nak nasihat apa lagi. Tapi I tau, she can make it. A friend of mine kena macam ni jugak. Kena bed rest 2 minggu lebih kurang. Tapi berkat kesabaran dia, sekarang baby & mommy semakin sihat. (rasanya my friend tu dah 3 or 4 months preggy)

Maka sekarang ni, I nak mintak kawan-kawan doakan kawan kite sorang ni ye semoga dia cepat sihat & baby pun stay dalam mommy's tummy. I tau blog I ni tak ramai pun yang singgah. Tapi kalau ada yang baca post I hari ni, tolong doakan diorang ye ;)

Thanks.

K la
Till then
Daa~

Monday, 19 September 2011

as-salam
hye there

I love my husband.

Period.

Thursday, 15 September 2011

: Ada sape-sape nak beli buah zuriat tak?

as-salam
hye there

Cerita ni pernah dibangkitkan oleh Nana dalam post dia yang ni - [post] Tiba-tiba I pun google la pasal buah zuriat ni. Bagi kawan-kawan yang ada kawan-kawan atau sedara-sedara yang nak ke Mekah/Madinah, boleh la kirim. Sebabnya kalau dibeli terus gitu, harga dia murah aje. Untunglah kalau boleh nak kirim-kirim, kan..

Untuk orang yang macam I yang tak de sape-sape yang boleh dikirimkan, maka I pun cari lah sumber-sumber lain. I dah jumpa 2 orang yang jual buah ni.
1) Nur Aqilah Husna Jamaluddin - dia jual RM60/10 bij, beli di Mesir.
2) En. Zack - yang ni I da text tapi dia xreply lagi. En. Zack dah tak jual sebab ada problem dengan supplier dia : source :

Cik Aqilah tu kata kalau nak order daripada dia kena cepat sebab Sabtu ni dia da fly. Tapi bagi I 10 biji tu banyak sangat. I nak 2 biji je kot.

Maka, ada tak kawan-kawan yang nak share beli ni dengan I? Kalau ada, reply kat comment, ek. Sementara tu I nak tunggu En. Zack tu reply.

Cara nak consume buah zuriat ni ada banyak. Tapi I xtau keberkesanannya. I da email kat Nana, maybe dia busy agaknya :) *Pn. Nana, sila reply ye ;) *

Mula-mula kena kupas dulu la. Nak kupas tu, bukan senang ye kawan-kawan. Rata-rata orang cakap buah ni ada 2 lapisan. Yang mana 2-2 lapisan sampai ke isi pun keras. (boleh refer di blog myvitrd.com)

Buah zuriat - outer layer



1st layer yang telah dikupas


2nd layer pula


Isinya macam buah kelapa yang tak ada air

 I jumpa 3 cara/petua nak makan buah ni.

Cara/Petua 1: Kikis jadi serbuk (Myvitrd & His name is En. Suami )
Beberapa rakan arab memberitahu caranya dengan menggunakan sudu di ketuk-ketuk sekitar buah zuriat ( tak perlu di belah ) dan kita ibaratkan seperti kita sagat/kikis buah ini menjadi serbuk dan di makan begitu sahaja ataupun di campur bersama susu.

Cara/Petua 2: Rebus dari 3 gelas sampai jadi 1 gelas (Herbazuriat, Myvitrd & His name is En. Suami)
Isi yang putih tu dipotong kecil-kecil, masukkan dengan 3 cawan air ke dalam 1 periuk, kemudiannya direbus sampai baki air jadi 1 gelas je. Boleh guna banyak-banyak kali sampai air rebusan jadi jernih, baru tukar buah baru

Cara/Petua 3: Rendam dalam air panas ( Herbazuriat )
Cara 3 ni macam cara 2, bezanya perlu direndam dalam air suam selama 5-6 jam. Minum pagi dan malam.

For me, mungkin I akan pilih cara 3 sebab I rasa cara ni paling senang. Disarankan jugak, untuk amalkan minum air ni selama 44 hari atau sampai mengandung ;)

Apa-apa pun, janganlah sampai terlalu taksub dengan benda ni. Kita ikhtiar dulu, seterusnya kita berdoa & bertawakal semoga diizinkan Allah untuk jadi ibubapa (Ok. sekarang I da macam nak kasi tazkirah pulak ;) )

Update 19Sept: I tengah tunggu buahnya sampai ke tangan I. Alhamdulillah, dah ada pun kawan-kawan yang nak beli. Nanti I pass kat u all ye ;)

Update 21Sept: Buahnya dah sampai ke tangan I & bakal ke tangan kawan-kawan. Sorry! Hari ni bz amat. Tak sempat nak lari ke post office.


K la
Till then
BTW, jangan lupa ye drop nama kat comment. Mane la tau nak simpan siap-siap untuk kegunaan masa akan datang ke..
Daa~

Tuesday, 13 September 2011

: hati berbunga just because of his intuition.

as-salam
hye there

Semalam, hubby kata, dia rasa2, macam ada peluang je dia nak pindah ke mari ;) I happy sangat2 dengar (even though it is just from his guts feeling ;p) We talked about houses to rent, how would we spend our weekends, the budget to prepare and all, what else? 

source
Well, I know that it is still early to say things, but it is never wrong to plan; not only for the best but also the worst case scenario. As my uncle always says, "Expect the unexpected"; so you know what to do and when to do it. ;) 

Now, I'm suppressing my excitement. "Jangan suka2 sangat, nanti nangis pulak" bak kata Mum masa kitorang adik beradik gurau gelak2 macam orang gile. ;p Ah, tapi still nak berangan2 nak hias rumah pebenda. Aish. Sabar lah hati ;) *dalam hati masih mengharap*

-----------------------------------------------------------

source: google

Oh ya, pada b2b yang bakal bernikah weekend ni, masa nikah tu, xyah nervous sangat. Bukan korang pun yang nak akad. Yang penting, masa duduk kat bantal nikah tu, duduk tegak & kat muka MESTI ada senyum. Sebab, u xkan tau bila masa OP amek gambar u. Jadi sudah tentulah u xnak OP tangkap gambar u tengah buat muka pelik2, kan? (kalau cute cam baby ni xpe kot ;) )

*sebenarnya ni nasihat I kat member I yang nak kawen weekend ni ;) tapi kalau u boleh apply, silakan*
 K la
Till then
I nak cari keje plk. Bosan gils arini.
Daa~

Monday, 12 September 2011

: Misi 3 bulan ;)

as-salam
hye there!

Hehe. Hari ni I mengantuk gils. Tapi buat2 cool je konon. Weekend I kali ni memang memenatkan. 2 hari spent time atas jalan je - jadi Drebar orang. Jadi drebar, I ok aje. I suka drive kete sendiri. Kalau dengan hubby pun, kitorang selalu jugak bergilir drive. (Kete I je la. Kete dia manual. Dah tu clutch ke dalam plk tu. Kaki mak ni xsampai, nokkk)

Anyway,

I rasa2 macam nak puasa la. Bukan takat puasa 6 je. Tapi ada benda2 lain yang I nak puasakan jugak. Da made deal dengan hubby. 3 bulan ni, I nak puasa:

1) Air bergas
2) Junk food
3) Jeruk2 & asam2
4) Burger & nugget
5) Fast food - McD, KFC etc etc
6) Caffeinated drinks/food
7) Seafood
8) Ais
9) Makanan tajam2 - nenas, tebu etc etc

Tapi seafood tu I waive dulu. Minggu ni last nak makan seafood *sebab nak pergi Pangkor. heheh* I rasa macam boleh buat. 3 bulan aje. AJA-AJA FIGHTING!

Hubby ok je. "Tapi tu sume favourite yang, kan?". Terkedu kejap. A'ah. memang SEMUA tu I suka. Dia, I kena pastikan no 6 tu dia kurangkan. :)

Sebetulnya memang dah lama I nak puasa sume ni. Tapi susah nak lepas laaa. Jadi kite tengok la cane perkembangannya nanti, ye. Kawan2, support la saya ye! ;)

Nanti kalau ada pengurangan apa2, I bagitau kat sini, ok ;)

Current weight: 47kg
Ukur lilit apa2 nanti I ukur kemudian. 

K la
Till then
Daa~

Bismillah~

Sunday, 11 September 2011

: entah apa2 je saya ngomel arini.

as-salam
hye there

Hm. Sebetulnya isi entri ni I da duk pk dari kelmarin. Tapi disebabkan masa tu I kena jadi runner jadi I xsempat nak menaip apa2. Malam tadi layan hindustan dengan Mum. Salman Khan, Ajay Devgan dengan lovely Aishwarya Rai. (Asalnya nak tengok The Dark Knight. Tapi setelah Mum xpuas hati kenapa title dia xletak Batman je, Mum terus tukar hindustan.. Ye, camtu pun boleh di rumah saya. Mem rulez. ;p) Hehe

(Background: hujan renyai2, adik I pasang lagu sentimental kuat2 dari speaker dia. Currently Anuar Zain's)


Another 'missed'

Hmm. Xtau nak cerita macam mana. Orang kata, a picture worth a thousand words. For now, those 2 words worth thousands more words, screaming inside my heart and head. Da berapa kali entah I duk edit entri ni. Feel like telling but telling too much will make people sick especially those who don't understand

I rasa I ok aje. Tapi tu la. Pagi semalam call hubby. Dia pun ok. Tapi dari 'oh' dia tu I tau dia ada sikit kecewa. ;) *I have this habit to smile when I feel extremely sad. Pastu bila sorang2, paham2 je la. Hehe.* 

Orang kata sabar-sabar. Sabar memang sabar, tapi ada masanya kita rasa macam kekurangan kesabaran tersebut ;) 

(adik da off lappy dia sebab nak gi keluar beraya)

ANYWAY..

Apart from that, I nak kena refrain diri sdr from eating. To start on a healthy diet. Bukan untuk kurus ye. I managed to lose 4kilos masa puasa - ni style bila buka sebat semua - all you can eat! - hari2. (nak cerita I makan masa buka tu serupa macam xpuasa. ;p) 

Tapi within 2 weeks da naik 1 kilo. Hihi. Diet ni untuk ekzema I. Dalam 2 bulan ni, boleh dikatakan hari2 makan seafood, hari2 minum manis, makan manis - xmanis xsah. Lucky masa gatal2 tu menyerang ada hubby kesayangan tolong apply ubat. Tak jemu2 pesan minum air kosong banyak2. Tapi aritu relax je dia kata padan muka kat I, kan.. Cit. So sekarang hubby da jauh, I pun xletak ubat. *alasan*

Haih, Rindu. ;p K la. sambung kemudian2 je ek. Adik & Mum tengah makan. Mahu join sekali. ;) Lagipun da panjang amat entri ni.

Till then
Daa~

Saturday, 10 September 2011

: For us, the wives.

as-salam
hye there

Yesterday I came across something from fb. I find it interesting and I wish to share it here. However I don't know the source. Maaf ye atas kekhilafan saya ;) Maybe it can be a gentle reminder for us ;)

Urusan pertama yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajipannya atau tidak).

1- Apabila wanita itu lari dari rumah suaminya maka tidak diterima solatnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta ampun).

2- Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.

3- Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis. Sabda Nabi s.a.w., “Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia.”

4- Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita yang halal nikah (kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli).
   Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah s.a.w. bersama isteri-isterinya (Ummu Salamah r.ha. dan Maimunah r.ha.), datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum) Rasulullah s.a.w. menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah, “Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami, Ya Rasulullah ?” Rasulullah s.a.w. menjawab, “Bukankah kamu dapat melihatnya.”

5- Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Qiamat tiada Nur baginya.

to be continued..

Oh yes, memang ada orang akan kata ikut kesesuaian, ikut orang, or ikut apa2 lagi. For me, you baca, you fikirlah sendiri.

K la
Till then.
Hari ni hari mandom. Hujan renyai-renyai. Tapi da puas tido..

Daa~

Wednesday, 7 September 2011

: Pengalaman beraya di tempat yang asing.

as-salam
hye there

I miss blogging. Tapi encik suami itu sangat cemburu dengan masa saya yang sangat lapang ni. Lantas disuruhnya buat itu ini. 

Masa kat kg beliau I masih diraikan sebagai tetamu lagi ;) Hehe. (bak kata makcik, tahun pertama ni ko tetamu la lagi. Masuk tahun kedua.. haa, siap!) Tapi da start jadi anak la dalam family mentua. Da jadi kakak kat adik2. Da kurang rasa segan. Da pandai ngelat house chores. ;p Da berani bangun lambat sket. ;p ;p

Kalau ikutkan, tahun ni, I xde la semangat sangat nak beraya. Bukan sebab beraya rumah mentua. Tapi memang generally xde perasaan sangat. Mungkin sebab setiap kali I balik kg hubby, mesti ada kenduri kendara kat kampung tu. So, even raya pun rasa biasa je. More over sebab duit raya hubby da bagi awal2. Hehe.

Dari cara keje, MIL beza sikit je dengan Mum. Mum xpentingkan-cara,-as-long-as-sampai-ke-matlamat-type. MIL pulak do-it-right-the-first-time-type. So I decided, first year ni I observe je dulu. Start keje dalam kul10, by buka da blh makan the usuals - rendang, nasi impit, kuah kacang, & lemang. Pastu ada tambahan sup tulang & kuih tradisional 2 jenis lagi. Macam2 la. I tolong mana2 yang boleh la. Nak initiate lauk lain mmg x la. Tolong mana yang ada je ;)

Kalau cite pasal beraya, usually kalau kat kg Mum, kitorang da melawat kubur, gi rumah Embah Cik. Then siap2 gerak gi kg Dad & beraya kat sana - tu pun dalam 4,5 umah je. Kat kg hubby, memang satu kampung tu sedara & they know each other plk tu. Maka beraya la dari siang ke malam! 2 hari pun xcukup lagi. (sebab petang raya kedua je kitorang da gerak gi rumah Auntie I sebelum balik umah kat sini)  Agak culture shock di situ.Tapi I kagum la. Even malam2 da lewat2 pun, ada tetamu, diorang tetap layan dengan muka happy. Buat kita rasa macam nak datang lagi melawat sedara tu lagi.

All in all, best la~ ;) Few days before raya, I got to know that my practicum mate in Matrik is hubby's cuzzy! Apelagi, first time gi umah dia, buat xmalu je la. Terus lepak lelama. Nasib mak dia sporting. Hehe. Paling best, hubby x push2 pun I buat apa2. Happy.

So, another 2 years rasanya da bertambah bijak dah kot. Boleh la I pulak jadi chief cook. Waiceh. ;)

K la. Ada keje urgent plk.
Till then
Daa~

Monday, 5 September 2011

: Post raya blues? ;)

as-salam
hye there

Cuti raya dah habis, I ok. Tapi bab hubby balik sana yang xtahan. 
 Hm. Xleh sedih2. Nanti dia pun sedih jugak. 
Hehe.

Raya bagai nak gila, 
kamera plk xde.
Tunggu orang upload je la.

Bos panggil mengadap dalam this week.
Tu lagi satu bala.
;p

K la.
Nak bagi layan video Adam tapi xtau plk cane nak convert dari fb cousin.
(Adam balik Sabtu ni. SIL bercuti sakannnn kat kg)
Till then
Daa~