Have a click on Nuffnang.

Sunday, 2 February 2014

Random

As-salam
Hye there

Setelah beberapa bulan I duk prepare sikit-sikit untuk wedding adik I, akhirnya siang tadi dah setel semua. Alhamdulillah. Tak banyak yang I buat, cuma doorgift, bunga pahar & bunga manggar. Yang lain-lain tu I tolong Mum sikit-sikit.

Oh my. Nak cerita semua, tapi rasanya pada masa lain la.

.....

DH I sekarang tengah batuk-batuk. Kasihan pula menengoknya. I faham perasaan dia. Batuk tu jenis kering & tak henti-henti. Masa I kena dulu, I minum ubat batuk cap kelapa laut tu. Then ada minum air lemon madu. Buat sendiri je. Perit tekak minum air lemon. Tapi alhamdulillah, pada masa tu, serasi pula. Lepas 2 minggu lebih kurang, batuk tu pun lega. Sekarang ni I buatkan juga air limau madu untuk DH. Harap-harap dia cepat sihat.

K la.
Till then
Daa~

Thursday, 18 July 2013

: Bunga tisu gantung

as-salam
hye there

Apa khabar?

Semalam baru up satu post, hari ni tanya khabar macam dah lama tak berjumpa. Terbalik sudah. :)

Anyway, as I have mentioned, my bro is getting married in January and his engagement is due a week after Raya! Hehe. Mum kat rumah dah bersilat membuat hantaran. Tak la banyak, tapi Mum memang excited everytime buat hantaran. So far ni kali ketiga Mum buat hantaran sendiri. Abang I yang sorang tu minta bridal dia buatkan. Yang lagi sorang, my Aunts sponsor. 

I awal-awal lagi offer nak buatkan bunga pahar for the wedding. Sementara nak tunggu adik I pilih warna, I buatkan bunga telur untuk doorgift pihak bride. Adik I cakap, pilihan warna akan dibuat selepas engagement ceremony ni nanti. 

SEKEJAP. I takde baju lagi untuk ceremony tu! Alamak. Kalau selekeh je nanti kena tinggal.

Awal-awal lagi I dah decided on bunga tisu kan. Asalnya nak buat guna lidi.  Selepas trial and error, I tukar design kepada tisu gantung pula.

Long story short, ni hasilnya.


Mum suka benda dangling-dangling sejak daripada zaman buat hantaran I lagi. Masa tu I terpaksa menolak niat Mum sebab I suka benda yang simple. 

Berbalik kepada bunga tisu ni, I rasa pearl & manik tu kena repair lagi. Other than that tinggal nak tambah pot pouri je kat bawah tu atau kalau nak jimat, mungkin boleh letakkan bunga rampai. Ataupun boleh fuse je dua-dua tu. Ataupun mungkin letak telur. Ikut Mum la nanti.

Ribbon tu I rasa I nak tambah dengan warna yang sama dengan tissue. Jadi ada link kat situ kan. Oh ya. FYI, warna bunga tu bukan satu warna tu saja. I nak buat 100, 20 biji satu warna.

Hm. Sekarang dah kul4 pun. Nak out dulu~ :)

K lah.
Till then
Daa~

Wednesday, 17 July 2013

my blogs!

as-salam
hye there

Last post was on May 22nd. Hehehe. I was thinking of sharing some stories. Tapi lepas tu tak jadi pula. Macam tersangkut-sangkut idea ni, ibarat ball pen yang hampir kehabisan dakwat. Idea tu ada, tapi tak keluar elok pulak.

Cerita pasal blog I yang banyak ni, 1 untuk wedding stuff, 1 untuk rumah, 1 untuk baby, 1 lagi untuk I meroyan. Voley? Hehe.

So sekarang ni I memang aktif kat 1 blog je unless blog-blog lain ada updates yang nak I share. I ada kat sini Baby world will be our world.

Blog yang u all tengah baca ni, basically inti patinya pasal engagement & wedding ceremony I dua, tiga tahun lepas. Kemudian I teruskan sedikit sebanyak kisah post-wedding. Kisah menjadi isteri yang kebanyakan blogger dalam blog list I ni pun dah rasakan sendiri :)

Blog rumah I, Our own heaven on earth, pendeknya Baiti Jannati ataupun Rumahku Syurgaku pasal cerita I dan rumah husband I ni. Masa kami pjj, tahan Dear Husband (DH) I ni duduk dengan katil bujang satu, tilam nipis, bantal sebiji, selimut sehelai, almari sebuah dan sebuah kipas kaki yang rendah tu. Oh ya, ada satu meja besar yang macam meja kat pasar malam tu kat ruang rehat. DH buat letak barang-barang dia. Meja kat pasar malam tu macam mana? Ala yang orang letak ikan, ayam, daging, sayur untuk dijual tu. DH pernah main jual-jual ikan kat pasar malam hari tu. 

Bila I dah resign dan tinggal dengan DH, kami berdikit-dikit beli barang. Tunggu ada bonus baru kami beli. Since sekarang I duduk rumah (tak dapat-dapat kerja lagi. Wuwuwuwu) jarang-jaranglah ada progress. Mana yang terdaya, tu yang I update. 

Oh ya, kepada sesiapa yang duduk kat area Sg Petani & memerlukan khidmat wiring, DH I boleh buat. Dia buat wiring ni freelance, tapi dia certified wireman la. Harga dia pun ok. So far I tengok dia tak reti nak charge orang mahal-mahal. 

Anyway, bila dah berkahwin, antara harapan suami isteri kan nak dapatkan cahaya mata. cabaran untuk kami, diberikan masa yang lebih panjang untuk memahami antara satu sama lain. Tapi menjadi golongan Trying To Conceive atau TTC, I rasa lebih tenang sekarang. 

In fact, I lagi banyak membaca. Baguslah. Duduk rumah ni kalau makan, tidur, tengok tv je pun otak tak berkembang. So, sekurang-kurangnya I tahu sekarang tentang hormon, gajet untuk tahu waktu kesuburan, teknik, taktik.. Hehe. Kalau nak dikirakan medical effort, kami masih di tahap novice. So, yeah. Perlahan-lahan kayuh :) Semua ni I ada ceritakan dalam blog Baby world will be our world.

Blog satu lagi just a private blog. Tak ada yang special sangat kat situ. Ok sekian. Hahaha.

K la
Till then
Daa~

Wednesday, 22 May 2013

Dwihati

as-salam
hye there

Here's another song for the playlist during reception.

Source: Youtube

This is the latest song by Aizat, featuring Yuna. So sweet. LOVE LOVE LOVE it! It is named Dwihati. Oh here's the lyrics.

Dirimu bagaikan
Sebuah lukisan
Penuh warna
Penuh seni
Tak layak ku miliki

Jangan kau berpura
Engkau juga sama
Membuat aku rasa tenang
Hatiku kau miliki

Dengarkan gurindam
Inilah lagu cintaku padamu
Andainya
Ku hilang
Biarlah lagu ku jadi temanmu

Diantara kita
Suka sama suka
Aku pasti kau punya hati
Ingin bersama jua

Oooo

Tidak semestinya
Semua cerita cinta
Kan berakhir sesempurna
Seperti kita impikan

Dengarkan gurindam
Inilah lagu cintaku padamu
Andainya
Ku hilang
Biarlah lagu ku jadi temanmu

La la la la
La la la la

Lagu: Anas
Lirik: Anas, Aizat & Noh Salleh
Gubahan: Anas, Aizat & Yuna
Artis: Aizat Amdan ft. Yuna

Sumber : Lirik Lagu Muzika


Till then
Take care~
Daa~

Tuesday, 21 May 2013

cemas menuju syawal.

as-salam
hye there

Pejam celik pejam celik, kita dah nak masuk bulan Jun kan? Tapi kita dah terlebih dulu masuk bulan Rejab :) Tak lama je lagi nak jumpa Ramadhan. 

Hmmm. I tarik nafas panjang nak menuju bulan-bulan yang depan ni. Ramadhan, insyaAllah will be a blessing. Syawal tu, mungkin ada sikit mendebarkan. Lets just pray we managed to conceive a baby by then aite? :)

Anyway, Mum has decided to go for pink for hantaran tunang & cream for hantaran nikah/kahwin untuk adik I. Pink pun pink la Mum. As long as you are happy. Adik I, being a man, bila ditanya pasal warna je dia dah pening. Belum apa-apa lagi tu. Eish. Eish. Eishhhhh. Apa-apa pun, yang paling seronok tu, Mum is waiting for me to come home and go shopping! Duit shopping adik I bagi. Maka.. hehehehehehe.

Retail therapy is always the best therapy ever! :)

Ok. Itu satu hal. Hal yang lain, result interview hari tu belum keluar lagi. Patutnya hari ni lah. Aduhaii, bila lah nak keluar ni. I dah tak sabar dah :)

Hmmm. Ok la. I nak pergi cari makanan la. Lapar balik pulak sekarang. Hehe.

Till then.
Daa~