Have a click on Nuffnang.

Thursday, 31 March 2011

Benda-benda yang buat I rasa terkilan

as-salam
hye there

Ada beberapa perkara yang buat I terkilan masa majlis aritu. Xtau la nak cakap ape. Salah sendiri pun ada. Hee. 

1- Centrepiece.
Benda ni I xsempat nak buat sebab last2 minute bahan utama xcukup.

2- OST reception
I da mintak Sis I compile semua lagu. I da save dalam pendrive, I da mintak Sis I bagi kat DJ, end up... DJ xpasang lagu I tapi dia pasang lagu sendiri! SOBS!!!

3- Persembahan masa makan
I da plan dengan sorang kawan, I nak dia perform masa I makan, nyanyi dalam 1,2 lagu ke kan.. tup2. Encik DJ kata dorang xde kemudahan karaoke! Adussss~ Terpaksa cancel program tu!

4- Bunga tangan
Masa hubby da nak start berarak, I pun keluar la ke pelamin. Bunga tangan yang I da buat untuk aritu I tertinggal atas meja. Da petang baru la I perasaan tangan I kosong je! huhuhu. Ingatkan nak bawak masa reception hubby esoknya. TERLUPA LAGI! huahuahua. Hehe.

Ni la dulu antaranya. Kalau ada, nanti I tambah lagi =)

Wednesday, 30 March 2011

of my solemnization dress~

as-salam
hye there

Hari tu ada member I prompt I dengan 1 soalan. "U rasa apa nak kawen ni?" I jawab, "Xrasa pape pun, da kawen baru rasa." Pastu sah2 la I kena gelak gile2 bagi jawapan kinky camtu kan.. (my fren is a man, so ada sikit pervy. saje la kasi jawapan ala2 serampang 2 mata ;p)

But what I really meant was before the wedding, receptions and all, instead of thinking how I feel - let it be nervous, excited etc. etc., baik laaa I xpk sume tu. Kang fikiran I jadi xrational, xsiap lak preps I. Dah la semuanya buat sendiri kan.. (ok, I tipu sikit2. Pelamin & baju mak andam tolong, khemah & catering Dad in charge, hantaran & doorgift Mum da take over awal2)

His second question was, "how do you know that he's the one?"

My ans was & still is...
...when i know that i can somehow hold on to his qualities..

What qualities? This is subjective. It depends on ur taste, let it be his looks, wealth, health, genes, behaviour, etc. etc. My taste? Nak kata rahsia suami isteri, boleh? hee (gedik!)

-----------------------------------------------------------------

ok. Sekarang boleh update reviews. Hehe. I nak cerita pasal baju nikah yang I gatal2 gemburkan tu. Hee~

Baju nikah I lace, French Lace (bukan Gucci Lace. Sobs) Sengaja I pilih lace sebab masa bertunang da merasa pakai chiffon. Idea asal baju nikah I ada lebih kurang macam baju nikah Diana Rafar.


Meaning, I would like the top part to be covered with full lace until the bosom part, then the bottom part is somewhat flowy. Tapi disebabkan I da beli kain lace extra2. K. Ina & Mum suggested for it to be fully laced. I pun, ok la. Bila lagi nak glam2 kan.. I rasa I da cerita dah kat post nih pasal baju I ni. Tapi butang kat belakang tu rasanya xde plk gambarnya. Nanti I tengok kat OP kalau ada dorang amek. (ntah2 xde kan. haha)

konon2 debar la sebelum nikah

dengan Met tersayang! =)

K la
Till then
Daa~

Tuesday, 29 March 2011

Gadis semasa aka bridesmaids

as-salam
hye there

Post ni khusus untuk gadis semasa I yang telah bekerja keras pada hari kejadian. Dorang memang antara kawan2 terbaik yang I ada. I letak gambar dulu la. Words will come later. Heart korang sangat2!

MY bridesmaids
Antara tugas2 bridesmaids ni adalah:

0) Menjadi gadis bakul - jaga duit mas kahwin, handphone & doorgift masa nikah


1) Jadi bodyguards Big Boss & dayang-dayang Mem Besar



2) Menjaga booth Guestbook




3) Menjadi Toll gate gurlz


4) Menjadi MC bidan terjun (pasangan MC baru dikenali pada hari kejadian)


5) Melayan tetamu


6) Menjadi bibik


7) Menceriakan suasana

8) Props pengantin

Nak tau kenapa dorang buat semua ni? Sudah tentu la sebab sehari sebelumnya I dah..

sampaikan...


hehehe.

K la
Till then
Daa~ 

Monday, 28 March 2011

wifey blues. =)

salam
hye there

I'm back from planet X! Hee~ Dalam ati ada sikit sayu. =) Oh well. Seperti kebiasaan, I memang nak ceritakan perihal wedding hari tu. Tapi malam2 buta ni belum blh lagi la. In fact now I should be sleeping because starting later at 6am im definitely going to have my monday blues.

Hubby has left me to go work up in the north. Haish. He lives there, I live here.. bila orang cakap sabar, sabar masa melawat makcik2 dia petang tadi, I cam ok lagi. Boleh gelak2 lagi. Tapi, bila jadi makmum isyak tadi hati sudah menjadi sayu. Nak-nak masa nak hantar dia naik bas tadi. (hubby naik bas sebab kete dia barai 3 hari sebelum balik sini. hehe. I gelak sebab da malas nak cakap ape lagi) 

I rasa paling klaka panggil dia "Abang" la kot. I kadang2 panggil dia "Bro" je. Kan ke sama. Dia pun rockers sampai mati la kunun. So dia layan je. Hee. 

Haish. Tenanglah hati, ye =) Kawan-kawan, I gerak dulu la, ok. Esok is another plain day. Looking forward to next salary! 

K la
Till then
Daa~

Friday, 18 March 2011

Teaser ;)

salam
hye there

So, now I'm officially a Puan. Cik Puan Anis. Hehe. Mrs. B. =D Alhamdulillah. 

Ni ada teaser sikit. I da siap mandi dah ni. Baru je balik dari outdoor nikah. Esok ada outdoor sanding plk. Malam ni ada majlis berinai dalam 8:30pm satgi. (memang sempat je update blog. hehe) Macam-macam jadi. Siap I blh pk kan tips and tricks untuk u all tau! hahaa. 

So, ok la. Nak pergi makan. Hubby I keluar, gi teman Uncle & adik2 dia gi makan satay kajang. I plk nak siapkan apa2 yang belum siap lagi ni. =) 

Kawan-kawan, doakan majlis I esok & lusa ni berjalan lancar, ye! Terima kasih! =) =)

bersama cinta3 hati!

K la dearies!
Till then
Daa~

Thursday, 17 March 2011

Apa yang saya buat 2 hari sebelum saya bertukar gelaran.

salam
hye there

Tinggal lagi 2 hari. Debaran makin terasa sebab secara tiba2 ada 2, 3 perkara yang sepatutnya DAH siap, rupa2nya tersangkut2. & I baru tau lepas maghrib tadi. OK. Now what? 

I cite dari ari Isnin la kot. Isnin, I pi uptown Danau Kota untuk pakai inai corak2 (which I rasa geli lak tengok. Haha. Sengal amat. ;p Should have done it 1 side only. Apela. ;p Oh well, klaka la) 

Selasa, I berjaya dapat MC order blue rose & bunga2 segar lain. Xbanyak pun kali ni since nak buat bunga tangan & sirih junjung je. Pastu, I buat aktiviti menjahit sikit lagi.

Rabu, I dapat balik awal sket. Yeay. I gi fitting dengan B yang sudah lama tidak I jumpa itu. Macam bertambah kacak. (haha. apa2 je la I ni) Maybe sebab dia da ada rambut kot. Aritu dia gi potong pendek ala2 army cut - which I dislike sebab xkena dengan dia. Sebelum tu gi amek bunga. Patut amek buku tetamu & settle hiasan kek. Tapi 2 ni I kena tangguh esok pasal setelah fitting, B telah culik I ke Mines - tapi I drive. So, dia culik I supaya I jadi supir dia ;p semata-mata nak carikan kasut untuk dia. Kasut I pun xterbeli lagi. Tu pun cerita esok. Macam da nampak kasut yang match dengan bunga I =) 

ANYWAY,

Khamis, 
1) mula-mula I kena gi workshop, settle alignment & balancing Orenji (ni I rasa ada kemungkinan macam xbuat je ;p), 
2) Pastu gi tengok kek 
3) & amek buku tetamu. 
4) Pastu alas nikah kena link dengan bos (Gua lupa langsung, der. Tadi baru teringat) 
5) Pastu kasut, 

Pastu ape lagi ek.. tadi macam ada BANYAK je lagi. 

6) Oh, review lagu OST, cari minus 1

ape lagi ye?  

7) Oh, bungkus duit tol. 
8) Buat centerpiece (yang ni kena tunggu bunga). 
9) beli sirih untuk sirih junjung

Yang lain I pk kemudian sikit la. Nak buat jadual perjalanan untuk aktiviti esok supaya xkelam kabut =)


K la
Till then
Daa~

Tuesday, 15 March 2011

sticky post on tuesday morning..

Salam
Hye there

Pada minggu akhir persiapan ni, harus la I buat sticky post saja, kan. Haha. Tapi masalah sticky post is that cerita yang nak diceritakan tu kena la evergreen supaya xlapuk dan sesuai dengan peredaran masa ataupun kita kena ramal benda2 yang akan kita buat pada masa entry ni diposkan.

Ok2. Since I type ni masa mata da ngantuk, (padahal belum lunch time pun lagi. Blh x I blame it on Tuesday blues? ;p hahaha) Maka, I rapu2 la sket sebanyak, kan..

Sebelum ni I duk cari idea nak buat buttonniere yang boleh tunjuk “OK. This is my Dad, Mum, Bro, SIL, Sis” pesume. Tapi idea dalam kepala I ni serius idea kanak2 tadika. Kalau x pun, I da nak buat name tag macam pengetua/guru besar/penolong kanan punya tu (yang background itam tulisan putih tuuu) Gila LAME ok si Anis Abu ini.

Maka, ari ahad 6/3 I pergi wedding kawan kat Surada (Sungai Ramal Dalam, Bangi). Guest what, dia da bagi jawapan yang I cari2 selama ni! Memang buttonniere dia sebijik cam I nak. Hehehe. TAPI… I dapat tau 2 minggu sebelum majlis I. aaaahhhhhhhhhhhh. Bajet da tight gile nak spend2 on benda2 camtu. Tapi dalam ati nak buat jugak. Huhuhuh. Akhirnya, nangis sendiri di dalam hati. (sambil menyalahkan kawan tu kawen berjarak hanya 2 minggu daripada I. hehe. Padahal xpernah terlintas pun nak tanya dia ke apa ke kan… *dush ;p)

Gambar? Nanti I mintak kat kawan tu. Tapi kena tunggu I balik daripada.. ehem..  honeymoon dulu, oke. U all pun blh buat jugak.

K la
Take care ye kawan2 =)
Till then
Daa~

Monday, 14 March 2011

Today is indeed a GOOOOOOOOD day to be celebrated!

as-salam
hye there!

Nampak tanda seru itu? Yes, I'm definitely BEAMING right now. 

1- Adam b. Saiful Azwan
1st and foremost, my newborn 1st nephew has been delivered this morning! He was born at around 5 something I guess.. (details are not yet to be known) Ceritanya pagi tadi I tengah malas2 lepas alarm 5:30 sebab bajet nak gi kerja kul6 arini. Tup2, around 5:40 am my Sis woke me up (dalam ati, g.r.e.a.t, I baru je nak tido. cis cis) Then Sis kata, "Kak Nis, jom gi hospital tengok baby!" I yang mamai2 lagi ni terus fikir, alamak, nanti sempat x nak gi keje nih? (da cakap I mamai, kan ;p) Then I terus gi office dulu, petang ni baru nak tengok budak kecik itu. Can't wait! *BIGGEST grin* (nasib baik juga.. visiting hours starts at 8am till 11pm at Hosp An-nur, Bangi) 

I memang semangat abes sebab hari2 tengok preggy SIL, kan. Besides, sape yang xsuka babies

2- 6th Anniversary
Yup2. Today is our 6th Anniversary =) Supposedly we are newlyweds by today. Tapi xpe, InsyaAllah the time will come. (Da gatal nak kawen, tapi preparation belum siap, kan.. eish2, sah nak kena wacha I nih. overrated sungguh! ;p) Tapi belum wish kat B since I cannot reach him the whole morning. Maybe dia tertinggal phone kat rumah kot. (berfikiran positif demi mengurangkan kegalauan hati ini =) ) 

Oh well, hopefully today will get better and hopefully (like really hoping) that my luck will increase and more good news to come =)

K la
Till then
Daa~

Sunday, 13 March 2011

patutnya hari ni =)

as-salam
hye there

Hm.. today is cik Jaja SGP's big day. CONGRATS, Jaja dear! Nanti jadi isteri yang solehah ye. InsyaAllah, cepat masuk syurga =)

Kalau ikutkan pelan asal, I da kawen da jumaat lepas & kalau ikut back up plan, (sebab pelan asal da lari) I nikah pagi tadi. Sekarang da get ready nak outdoor kot ;p Hehe. Tapi xpela. Semua yang jadi tu ada hikmahnya =)

So, tadi ni, I pi settle kek punya cerita. Pagi tadi, Mem tetiba nak buat kek sendiri. I da gelak besar (sudah tentulah hanya di dalam hati) atas niat beliau. Ini kerana beliau mahu try out 1st time for my wedding cake.(sedikit terharu juga di situ) Haha. Mama gue memang cool. Namun I da teruskan plan I sebab I rasa kalau buat sendiri adalah leceh. Kek kawen I bukan kek kawen seperti b2b yang lain. Kek kawen I, kek biasa2 je. Ala2 kek hari lahir tu. Sebab, I malas nak beli fondant cake. Nak kek yang I xkeras dipotong. =)

Ok. Seterusnya I gi hantar guestbook to be mended - rosak kena gam extra strong aritu. NANGIS. Pasni da xnak godek2 ape dah. Skema saje la buku tetamu saya itu nanti =)

Sekarang final thing is kasut aje. Kalau rajin nanti I keluar lagi. Kalau x, tunggu ari rabu aje. Betul ke tinggal kasut je? Ok, I tipu sikit. Bukan sengaja nak tangguh2. Tapi memang xsempat. Urgh. I need more time!


Ok la, kawan-kawan. Sebelum I menjadi bridezilla, I nak beredar dulu, ye. Nak gi minum petang - enjoying my final weekend as..err.. ME. (nak sebut anak dara macam cheeky sangat pula. LOL. ;p)

K la
Till then
Daa~

Saturday, 12 March 2011

innalillah..

salam

Auntie I yang sufffer from colon cancer, just passed away tadi. Sekarang, I tengah tunggu adik I balik umah, then nak terus shoot ke Muar. Kami sayangkan Cik Nah, tapi ternyata Allah lebih menyayanginya. Actually I dapat berita Cik Nah masuk ER masa nak abes kerja td. I even nak terus balik. Tapi Mum xbagi balik sorang-sorang. Adik I plk nak balik esok. Hmm.. I memang nak balik sangat tadi, tapi ada berita buruk lagi satu. B accident dekat2 maghrib tadi. Alhamdulillah B xde pape. (Tapi kereta dia rosak teruk. Radiator, air cond abes pecah. Xtau la enjin affected ke x. I rasa, worse come to worst, maybe I cancel je kot honeymoon plan tu) Jadi, I ada sikit rasa ragu2 jugak la nak gerak sorang-sorang malam-malam buta ni kan...

Hmm, Minggu depan dah nak majlis. Cik Nah tu ibarat penyeri majlis. Jadi I memang harap sangat Cik Nah dapat sama2 collect duit tol daripada B. Xkesampaian niat I. 

Kawan-kawan tolong doakan Cik Nah ditempatkan di kalangan orang mukmin, ya? I nak bersiap. Nak kena amek adik kat UTEM dulu. Pastu baru kitorang b3 gerak gi Muar. Doakan perjalanan kitorang, malam2 buta ni selamat, ok =)

Besarnya dugaan yang Kau berikan kepada kami, Ya Allah. Aku mohon kekuatan daripadaMu untuk menghadapi semua ni. Aminn.

p/s: I sengaja cite pasal MATTA Fair sebab nak distract fikiran I. tapi ternyata, these tears are meant to drop.

Till then.

Things u should know before going to MATTA FAIR.

salam
hye there

Hmm. Sebenarnya, sekarang I baru balik daripada bekerja keras (kaki sampai da nak keras. Kalau blh cabut, da bawak dah kaki spare 5, 6 pasang) kat MATTA Fair tadi. Saya adalah salah sorang jaga kat pintu entrance ye, kawan2. Yang paling selekeh tu, SAYA lah orangnya ;D 


Pengalaman tahun ni (tahun lepas pun part time juga) kurang menyeksakan daripada tahun lepas. Berdiri 12 jam pakai wedges, relaks je. [haha. berlagak x? ;p]  Rehat setengah jam pun terasa lama. (Mungkin sebab tahun lepas dibuat masa bulan puasa) Ragam manusia? Sudah tentulah b.e.r.m.a.c.a.m-m.a.c.a.m. Seronok jugak tengok.  Kena marah pun da banyak kali dalam satu hari ni. Gelak je la kalau bos marah. (3 hari je ko jadi bos aku pun. Lepas 3 hari xde maknanya lagi - unless next MATTA Fair I joint lagi ;p) Kalau visitor marah, sabar je la. Senyum aje. At least bila ada cakap terima kasih sebab tunjuk arah ke, pasang tiket ke, jawab soklan ke, senang hati ni =)

Things you should know before going to MATTA FAIR:

1- Matta Fair adalah berkenaan PELANCONGAN dalam dan luar negara. Ada BANYAK promosi murah2. Kena pandai2 cari, ok =)
2- Main entrance adalah the only entrance kalau u all dari arah LRT PWTC atau Komuter Putra atau dari The Mall/Putra place/Yaohan (nama lama)
3- Dewan kat pintu utama (main entrance) adalah DEWAN 3 - majoriti adalah untuk pelancongan dalam negara (local)
4 - DEWAN 1 & 2 adalah majoritinya untuk pelancongan luar negara (international)
5- u all boleh ke DEWAN 1, 1M & 2 dari pintu utama DEWAN 3

last but not least,

6- u all KENA B.E.L.I T.I.K.E.T KAT BAWAH DULU sebelum naik ke pintu masuk
7- Most importantly, when people ask u to show ur tickets/tags, please don't shove your fists, arms, watches etc. etc. etc. to their faces. We ARE human too & WE HAVE FEELINGS, u know =)

So ni je la sikit2 basic, Kalau u all ada soklan lebih lagi, boleh refer kat info counters, oke. thank you =)

K la
Till then
Daa~

Wednesday, 9 March 2011

Salam
hye there

Lagi beberapa hari nak sampai masanya. Hehe. Debar? Ada la sikit2. Haha. ;p tapi I sebenarnya nak cuti cepat2 sebab nak settlekan apa yang pending lagi tu.

Matta Fair is back! Pada sape2 yang merancang nak honeymoon kat dalam atau luar negara, silalah berkunjung ke Matta Fair =) (cewah, tolong promote plk)

Ni promotionnya. Jom la jenguk! ;D


p/s: oh ya, I will be part timing @ MATTA Fair this weekend. Mungkin kerja jaga pintu kot. Ahaha. Jumpa kat sana, ok =)

K la
Till then
Daa~

Tuesday, 8 March 2011

A special post for my bro’s PIL

Salam
Hye there

So nak buat quickie update. Pasal hantaran, I da cover untuk 5 benda. Friend sponsor 1 tray (as I said previously) & my bro’s mum in law pun nak sponsor lagi 1 tray! Yatta! Alhamdulillah *big grin* Lagi 2 tray akan ditentukan kemudian (da tinggal seminggu lagi blh a.d.k lagi kan J )

My bro’s PIL are generous people. Masa I bertunang, auntie n uncle gave me 3 jenis fresh flowers whereby 1 jenis ada xkurang sedozen. Padahal masa tu I da beli dah bunga I sendiri. Memang best gile! Semangat je I buat hantaran I masa tu =) Xcukup dengan tu, Uncle duduk sekali masa perbincangan pasal tarikh kahwin I. Auntie plk tolong layan B’s family. Eventho Uncle n Auntie lords, mereka xsombong pun. Boleh pulak anggap macam kitorang ni family mereka =)

Semalam my Bro datang umah dengan SIL, kata Auntie pergi majlis tunang anak kawan dia. Then Auntie ternampak gubahan coklat. So Auntie nak buatkan untuk I satu dulang hantaran. Siap tanya doorgift da cukup ke, ape lagi yang kurang.. (sudah tentu la I da settle semua, tapi masih lagi berbesar hati menerima ;D) Oh, I heart sangat mereka!!! 

I sebenarnya sangat terharu dengan mereka. I bukan niece ke, cucu sedara ke, anak buah ke, staff ke.. the connection is only thru my bro. But their sincerity really touched me.

I hereby am dedicating this entry for them. THANK YOU, Uncle & Auntie!

p/s: mode terharu

K la
Till then
Daa~

Monday, 7 March 2011

Bila da plan entry melangkaui masa… ni la jadinya ;p

Salam
Hye there

Ok. So sekarang I nak buat list review pas habis majlis nanti. Ni supaya I xbermalas2an atau sengaja jadikan alasan takde idea nak update. Hee.

Seperti yang telah I nyatakan dalam entry terdahulu (apsal skema nih?) I punya goal dalam wedding

1-    1- Gambar lawa
2-    2-  Make up cantik
3-    3- Makan sedap

Jadi 3 benda ni la yang akan menjadi concern I pada review akan datang. Adakah expectations I dapat dipenuhi? Atau adakah terdapat perkara lain yang berlaku? Jeng jeng jeng… kita nantikan apabila tiba masanya, ye =)

P/s: agak2 OP, MUA n caterer I baca ke entry ni ek? Saja nak kasi tekanan kat khairul, imran, syukri, has & abang Man ;p

K la
Till then
Daa~

Sunday, 6 March 2011

Ekekek. Da baca baru tau =)

Salam
Hye there

Hmm. Tetiba I rasa macam nak buat entry sia2. Haha. Ape ye yang nak disia2kan? Ha.. da tau dah ape nak diceritakan. Cerita ni I amek daripada orang lain. Saudara Mantot. =) Kenal ke?

Halim dan Milah baru pulang dari kenduri di rumah saudara Milah. Halim agak penat dan lapar kerana memandu sepanjang perjalanan pulang memakan masa 4 jam.
"Milah, buatkan abang nasik dengan telur goreng, boleh?" pinta Halim. "Okeh!" kata Milah. Milah pun masuk ke dapur. Milah pun membasuh beras. Tiba-tiba kepala Halim tercongok di tepi peti sejuk, "Milah, Milah, basuh beras bilas 2 kali ya!" kata Halim. "Baik bang!" kata Milah dengan riang. Milah membasuh beras dan meletakkan bekas beras itu ke dalam rice cooker. "Milah, Milah, tekan butang dia betul2! Pastikan lampu menyala!" jerit Halim. "Baik bang!" jawab Milah lagi.
Milah pun pergi ke peti sejuk dan mengambil dua biji telur. Sedar-sedar, Halim sudah ada ditepinya. "Abang.. abang nak makan sangat2 ke? Ke abang nak makan Milah ni? Hehehehe" tanya Milah bergurau. Muka Halim serius."Milah, pintu peti sejuk tu, tutup elok-elok!" kata Halim.
"Alah abang ni.." kata Milah mula rasa Halim annoying. "Telur tu ketuk bagi pecah elok-elok, kulit telur jangan ada tertinggal lak," kata Halim sambil jarinya menunjukkan pada Milah di mana telur itu patut diketuk. "Minyak dah panaskan ke? Apsal minyak tak dipanaskan lagi?"
Milah memecahkan telur dan memukul 2 biji telur. "Pakai garpu! Pukul telur tu sampai rata! Garam jangan lupa masukkan!" pesan Halim agak kuat dan serius sambil berdiri di sebelah Milah. Milah memukul telur itu sebaik mungkin." Kuat lagi, kuat lagi!" jerit Halim macam orang gila. Milah sudah mula rasa tension.
"Kuali ni dah berasap Milah, kuali tu dah berasap! Habis! Habis!" jerit Halim makin lantang. "Iye bang, saya nampak ni..." kata Milah sambil menuang telur ke dalam kuali. Berdesit bunyinya lalu mengeluarkan bau yang harum. "MILAH! MILAH! Dah nak hangit tu! JAGA-JAGA! KARANG TERBAKAR!" jerit Halim makin menggila.
"ABANG! APA NI!? Saya nak goreng telur aje. Tak payah la nak ajar saya sampai macam tu sekali! Sakit telinga saya dengar abang terjerit-jerit. Bukannya saya tak reti! Dah banyak kali la saya goreng telur!" balas Milah tak tahan dengan perangai suaminya.
Halim dengan selamba bangun ke ruang tamu untuk menonton sukan, "macam tu lah perasaan saya masa driving 4 jam on the way kita ke rumah tadi. Tension kan?"
Moral of the story? Nak cakap sendiri mau pk, boleh? Kalau xnak hubby buat camtu kat kita, kita xperlu la buat camtu kat hubby kesayangan kita, kan =) (waiceh, lancar je sebut hubby ek. Ekeke)

p/s: Ye. I pun pernah buat camtu kat B masa B drive kete I. Sampaikan bump kat jalan pun I ingatkan dia. “Aik, sampai bonggol pun sayang nak cakap?” Barangkali sedikit annoyed dengan I. Hehe.

p/s & p/s: Selingan sekejap sebab saya sedang stress. Haha.

K la
Till then
Daa~

Saturday, 5 March 2011

Stylish Blogger AWARD!

salam
hye there


Nampak x award ini? This is my very 1st award! Yeay! BIG thanks to Syahira for passing me this award. Rasanya macam xkan merasa je dapat award2 ni sume. Tapi da dapat, gembira =) Maka, saya akan meneruskan custom bagi penerima award ni =)

To fulfill the requirements, I have to:
  • thank those the person who awarded me

I thank YOU, ms Syahira! *BIG grin*
  • write 7 things about me

err. 7? hmmm... (ada ke orang nak tau ni? ekeke)

1- I'm a realistic person. Sometimes bagi chance la kat diri sendiri nak emo2 ;p
2. I suka pk positif je pasal sume benda (tapi, kalau da sah2 negatif to, xde la I nak sapot plk)
3. I xske orang cakap "sabar. sabar" bila I sedang AMAT marah. Selalunya, kalau I marah, I suka express marah tu, n ada kawan marah sekali. Dah abes marah, terus cool down & da xmarah sangat (tapi ada lagi sisa2 tuu. eish3) the next time the topic arises
3. Only recently I belajar bawak perlahan (80km/j-120km/j). Previously 140km/j xnak kalah. (kat PLUS hiway still 140km/j. kat mrr2 je kena bawak perlahan sket) sebab Orenji (my baby car) punya limit 140km/j je - Bawak lebey nanti Orenji sakit, poket Mommy rabak nak hantar gi Doc.
4. I berangan nak ada rumah (yang I beli) sendiri, eventho mungkin kena duk kat rumah B
5. I'm blessed to have great friends yang I heart sangat2!
6. I bercita-cita nak jadi kaya sama2 dengan B (ahha. ;p)
7. Usually I choose to be diff. than others =)
  • award it to others to keep the cycle going
Pokemon, I choose u~! ehe, xdelaa. i choose these sweet girls. To me, they are stylo in their own ways =) *Dears,Klu u da pernah dapat award ni, I bagi lagi =)*
CIk Puan Syafa
CIk Puan Aya
  • inform those recipient(s)


So, rasanya tanggungjawab (waiceh) saya da lepas

K la
Till then
Daa~

Thursday, 3 March 2011

Update 15 hari sebelum hari besar saya

salam
hye there


I da kat umah. Hehehe. Sedikit annoyed dengan lappy ni sebab huruf N susah nak tekan secara tetiba. (baru sedar huruf N banyak digunakan dalam kehidupan seharian) - ok. Cukup merepek. I nak buat quickie update


Nikah
1- Baju - Dah siap & dalam usaha membiasakan diri dengan saiz baju dan saiz diri sendiri. (gelak besar)
2- Veil - da 85% siap. Akan berangan setiap kali selesai jahit 1 patch/beads. (gelak besar lagi)
3- Kasut - xjumpa seperti yang I nak. Tapi ada backup heels kat Esarli. (rembat je kalau da xde sangat)
4- Alas nikah - Bridal pilihan caj untuk alas. Da cari yang free kat tempat lain. (gelak besar sbb dapat barang free)

Sanding/Tandang
1- Baju - final fitting in 2 weeks time
2- Kasut - mungkin terpaksa berpuas hati dengan kasut pinjaman daripada bridal pilihan
3- Veil - sudah dalam ura2 nak buat 2nd veil sebagai backup kalau xkenan veil bridal


Perkara lain
1- Caterer  & khemah- checked

2- Kad - da siap tapi err. malas nak komen pasal ni ;p
3- Guestbook - sedikit disastrous. Namun akan ku cuba cover. Nanti cerita la. Malas nak ingat2.
4- Centrepiece - Balik umah Bangi arini nak amek bahan2 mentah supaya boleh dibuat aktiviti masa lapang kat umah Kuang
5-  Mata untuk majlis - Done. Tengah berangan2 sekarang dengan mata baru. Hahaha
6- Kek - belum tempah. Sedang memikirkan option2 yang ada

ULTIMATELY

6- Hantaran - Sejujurnya, belum siap ape pun. Haha. Xpe. Sempat je lagi. Plus, I'm blessed, a friend wish to sponsor 1 tray. Alhamdulillah.

Sebetulnya, I rasa macam production I slow je these past 2 weeks. Sejak lepas baik daripada demam aritu, nak buat pape pun macam down je. (tapi semangat siapkan veil. haha) Got to gather my momentum back. =)

So, baki 3 hari ni, I decided nak siapkan centrepiece, veil nikah, kasut, guestbook, hantar kad kat besties (kena by hand).

Minggu depan siapkan kek, post cards to friends, platform pelamin,

Minggu kejadian plk buat inai, hantaran, fitting baju, pelamin, bunga manggar, pasang cadar katil (ni pun nak tulis jugak ke? ;p)

Kena tulis things to do ni. Kang merepek buat benda lain. Lagipun xnak clash dengan kerja hakiki =)

K la
Till then
Daa~