Have a click on Nuffnang.

Showing posts with label nikah kahwin. Show all posts
Showing posts with label nikah kahwin. Show all posts

Monday, 25 April 2011

NK! - Kad Akuan Nikah!~

as-salam
hye there

Hee. Masih gembira dengan berita semalam. Harini I nak cerita pasal Kad Akuan Nikah atau pendeknya, Kad Nikah =) 

After the receptions, other than the honeymoon, please don't forget your Solemnization Certificate. Ye, Sijil Akuan Nikah kena la diambil di PAID masing2. Kalau nak amek Sijil ni, mesti amek sdr. Suami xboleh amekkan untuk isteri, isteri pun xblh amekkan untuk suami. I memang xtau sebelum ni. Hubby yang cakap masa dia amek sijil dia kat PAID Hulu Langat, Jalan Low Ti Kok, Kajang dua minggu lepas. Nasib baik I sempat lari2 Jumaat lepas, maka sempat la amek.

Da amek sijil, kita boleh mohon untuk buat Kad Akuan Nikah plk. I belum buat lagi. Kena tunggu Hubby balik dulu. Sebabnya, nak buat kad ni (untuk pengantin Selangor) kena buat kat Shah Alam. Memang kat situ je ada - according to the PAID officer =) 

Kawan2 boleh refer details kat [sini], ok. Tapi shortcutnya:- 
1) Payment: yuran kena bayar untuk sepasang kad = RM40
2) Jangan Lupa: bawak Sijil Akuan Nikah yang da difotostat + gambar sekeping sorang
3) Kad Akuan Nikah boleh siap dalam masa 5 hari

Sementara nak tunggu siap, korang blh fotostat je Sijil Nikah korang tu and bawak la ke hulu hilir - kot la kena rush masa korang dating kat tempat gelap contohnya Taman X kat Seremban (I lupa la nama taman tu. Nanti I tanya Hubby) Ada sekali tu, seminggu lepas majlis, kitorang lepak kat taman tu, dalam kul10pm. Masa tu sijil nikah tu pun kitorang belum amek lagi. Hubby kata kawasan tu memang "panas". Tu yang dia tanya pasal borang fotostat sebelum lepak situ. Tup2, ada polis datang ketuk tingkap. I tunjuk la borang nikah fotostat. Polis tu xcakap banyak. Nasib laaa da kawen. ;p
K la. 
Tunggu I da pergi buat, nanti I cerita lagi, ok.
Till then!
Daa~

Tuesday, 5 April 2011

of other things

as-salam
hye there

As I said on my solemnization day, there are a few tips & tricks (konon~) that I can think of. Sebabnya, tau je la kan, wedding I memang le sempoi. So, untuk mereka yang mempunyai idea perkahwinan sempoi seperti I, yang mana sempoi ini diertikan sebagai:

1) Nak buat majlis berinai tapi xtau pun majlis berinai tu ape
2) Nak kahwin hari Jumaat tapi amek OP lelaki
3) Mak andam masa nikah sebenarnya sedang bekerja pada hari nikah

OK2. Ni bkn tips and tricks. hanya reminder sahaja =) Maka, antara reminder pada hari bahagia u all nanti:

1) Backdrop pelamin kat khemah sebagai penahan hujan 
Kalau u all pasang pelamin kat luar rumah, tolong pastikan ada canvas/backdrop penutup kat belakang pelamin tu. I tengah sebok2 hal lain masa ni. Takde sape perasan backdrop tu xde kecuali masa da nak mendung tu. Kalau u all nak tau, masa majlis nikah tu, ribut taufan melanda. abess pelamin I basah. Petang  lepas nikah tu tukang khemah tolong pasangkan jugak canvas tu *kes terlepas pandang daripada side orang khemah n us*

2) Pelamin
Based on my experience, walaupun orang tu da berjuta kali buat pelamin pun, xmustahil ada chances untuk dorang buat secara sloppy di tempat kita. Kalau u jenis cerewet, untuk kepuasan hati, baik u tengok masa dorang buat pelamin u tu. I xsempat nak mengadap sebab tengah buat kerja lain masa tu, hampir mengamuk jugak la sebab dorang buat tu xkemas. Tapi nasib baik dorang mend sikit2 n dalam gambar nampak ok. 

3) Majlis berinai 
Majlis berinai I sebenarnya adalah malam merenjis. To tell u the truth, I have no idea of what Majlis Berinai is ;p Yang I tau, masa majlis ni I nak SEMUA orang (including siblings, friends, cousins sume) yang xdapat merenjis pada esok harinya (majlis bersanding) merenjis hubby & I. Having this ceremony is actually a good thing. Sebab macam practice untuk hari esoknya. Macam tau cara duduk, letak tangan, flow masa merenjis tu. Macam2 la. Maka, I menyeru la kawan2 untuk mengadakan majlis ni. (cewah) Lagipun da alang2 malam tu akan ada makan ramai-ramai dengan sedara kita kan. Hubby masa ni ditemani Uncle & adik2 dia je. 

4) Mak Andam yang bekerja & OP back up masa make up untuk nikah
Atas sebab2 tertentu, Mak andam I boleh make up kan I waktu lunch hours je masa hari nikah I aritu. Masa tu jugak, OP I xdapat nak cover time make up nikah tu. Nasib baik la bridesmaids I datang bersama 1 dslr. Maka OP back up ini yang telah membantu untuk cover masa make up nikah petang tu =) 

5) Gambar
Benda ni I rasa cam xbest sikit. Ada kawan2 yang datang dari jauh, xsempat bergambar dengan I. Dorang xteringat nak cakap, I pun xteringat nak offer. Otak masa ni memang blank abes. Haish. So girls, nanti make sure tau korang tangkap gambar dengan kawan2 yang datang tu =)

6) Bunga tangan
Hmm. Ni I xtau I da cite ke belum, tapi I blh terlupa bunga2 tangan I ni masa kat pelamin. Dush! Da buat cantik2, blh lupa plk. Ntah pape! Geram betul. Pengapit plk adik I, dia pun lupa jugak. Da selamat pun I potong gaji dia (cewah. mane ada pun ;) ) Jadi sila jangan lupakan bunga tangan anda ye, gadis2. =)

7) Senyum
All in all, walau apa pun terjadi, u SENYUM je. Memang masa hari kejadian (masa persiapan tu) rasa cam paranoia pun ada, nak jadi bridezilla pun ada. Tapi bila da atas bantal nikah & pelamin I senyum je la. Memang I shut down terus mode b2b. Yang I tau, masa tu I nak jadi Ratu. Plus, I rasa happy sangat bila ada orang cakap, "Anis ni dari awal sampai abes senyummm je" (walaupun ada senyuman I yang pelik2. hiks)

Nanti kalau ada lagi, I tambah, ok.

p/s: walaupun bila ingat2 balik benda2 ni buat I rasa "Ouch", tapi bila dapat share dengan u all, I rasa, xpela. Biar jadi ingatan. Pasni kalau ada rezeki, buat post-wed party ke, blh ajak kawan2 sekali =)

Thursday, 31 March 2011

Benda-benda yang buat I rasa terkilan

as-salam
hye there

Ada beberapa perkara yang buat I terkilan masa majlis aritu. Xtau la nak cakap ape. Salah sendiri pun ada. Hee. 

1- Centrepiece.
Benda ni I xsempat nak buat sebab last2 minute bahan utama xcukup.

2- OST reception
I da mintak Sis I compile semua lagu. I da save dalam pendrive, I da mintak Sis I bagi kat DJ, end up... DJ xpasang lagu I tapi dia pasang lagu sendiri! SOBS!!!

3- Persembahan masa makan
I da plan dengan sorang kawan, I nak dia perform masa I makan, nyanyi dalam 1,2 lagu ke kan.. tup2. Encik DJ kata dorang xde kemudahan karaoke! Adussss~ Terpaksa cancel program tu!

4- Bunga tangan
Masa hubby da nak start berarak, I pun keluar la ke pelamin. Bunga tangan yang I da buat untuk aritu I tertinggal atas meja. Da petang baru la I perasaan tangan I kosong je! huhuhu. Ingatkan nak bawak masa reception hubby esoknya. TERLUPA LAGI! huahuahua. Hehe.

Ni la dulu antaranya. Kalau ada, nanti I tambah lagi =)

Wednesday, 30 March 2011

of my solemnization dress~

as-salam
hye there

Hari tu ada member I prompt I dengan 1 soalan. "U rasa apa nak kawen ni?" I jawab, "Xrasa pape pun, da kawen baru rasa." Pastu sah2 la I kena gelak gile2 bagi jawapan kinky camtu kan.. (my fren is a man, so ada sikit pervy. saje la kasi jawapan ala2 serampang 2 mata ;p)

But what I really meant was before the wedding, receptions and all, instead of thinking how I feel - let it be nervous, excited etc. etc., baik laaa I xpk sume tu. Kang fikiran I jadi xrational, xsiap lak preps I. Dah la semuanya buat sendiri kan.. (ok, I tipu sikit2. Pelamin & baju mak andam tolong, khemah & catering Dad in charge, hantaran & doorgift Mum da take over awal2)

His second question was, "how do you know that he's the one?"

My ans was & still is...
...when i know that i can somehow hold on to his qualities..

What qualities? This is subjective. It depends on ur taste, let it be his looks, wealth, health, genes, behaviour, etc. etc. My taste? Nak kata rahsia suami isteri, boleh? hee (gedik!)

-----------------------------------------------------------------

ok. Sekarang boleh update reviews. Hehe. I nak cerita pasal baju nikah yang I gatal2 gemburkan tu. Hee~

Baju nikah I lace, French Lace (bukan Gucci Lace. Sobs) Sengaja I pilih lace sebab masa bertunang da merasa pakai chiffon. Idea asal baju nikah I ada lebih kurang macam baju nikah Diana Rafar.


Meaning, I would like the top part to be covered with full lace until the bosom part, then the bottom part is somewhat flowy. Tapi disebabkan I da beli kain lace extra2. K. Ina & Mum suggested for it to be fully laced. I pun, ok la. Bila lagi nak glam2 kan.. I rasa I da cerita dah kat post nih pasal baju I ni. Tapi butang kat belakang tu rasanya xde plk gambarnya. Nanti I tengok kat OP kalau ada dorang amek. (ntah2 xde kan. haha)

konon2 debar la sebelum nikah

dengan Met tersayang! =)

K la
Till then
Daa~

Friday, 18 March 2011

Teaser ;)

salam
hye there

So, now I'm officially a Puan. Cik Puan Anis. Hehe. Mrs. B. =D Alhamdulillah. 

Ni ada teaser sikit. I da siap mandi dah ni. Baru je balik dari outdoor nikah. Esok ada outdoor sanding plk. Malam ni ada majlis berinai dalam 8:30pm satgi. (memang sempat je update blog. hehe) Macam-macam jadi. Siap I blh pk kan tips and tricks untuk u all tau! hahaa. 

So, ok la. Nak pergi makan. Hubby I keluar, gi teman Uncle & adik2 dia gi makan satay kajang. I plk nak siapkan apa2 yang belum siap lagi ni. =) 

Kawan-kawan, doakan majlis I esok & lusa ni berjalan lancar, ye! Terima kasih! =) =)

bersama cinta3 hati!

K la dearies!
Till then
Daa~

Thursday, 3 March 2011

Update 15 hari sebelum hari besar saya

salam
hye there


I da kat umah. Hehehe. Sedikit annoyed dengan lappy ni sebab huruf N susah nak tekan secara tetiba. (baru sedar huruf N banyak digunakan dalam kehidupan seharian) - ok. Cukup merepek. I nak buat quickie update


Nikah
1- Baju - Dah siap & dalam usaha membiasakan diri dengan saiz baju dan saiz diri sendiri. (gelak besar)
2- Veil - da 85% siap. Akan berangan setiap kali selesai jahit 1 patch/beads. (gelak besar lagi)
3- Kasut - xjumpa seperti yang I nak. Tapi ada backup heels kat Esarli. (rembat je kalau da xde sangat)
4- Alas nikah - Bridal pilihan caj untuk alas. Da cari yang free kat tempat lain. (gelak besar sbb dapat barang free)

Sanding/Tandang
1- Baju - final fitting in 2 weeks time
2- Kasut - mungkin terpaksa berpuas hati dengan kasut pinjaman daripada bridal pilihan
3- Veil - sudah dalam ura2 nak buat 2nd veil sebagai backup kalau xkenan veil bridal


Perkara lain
1- Caterer  & khemah- checked

2- Kad - da siap tapi err. malas nak komen pasal ni ;p
3- Guestbook - sedikit disastrous. Namun akan ku cuba cover. Nanti cerita la. Malas nak ingat2.
4- Centrepiece - Balik umah Bangi arini nak amek bahan2 mentah supaya boleh dibuat aktiviti masa lapang kat umah Kuang
5-  Mata untuk majlis - Done. Tengah berangan2 sekarang dengan mata baru. Hahaha
6- Kek - belum tempah. Sedang memikirkan option2 yang ada

ULTIMATELY

6- Hantaran - Sejujurnya, belum siap ape pun. Haha. Xpe. Sempat je lagi. Plus, I'm blessed, a friend wish to sponsor 1 tray. Alhamdulillah.

Sebetulnya, I rasa macam production I slow je these past 2 weeks. Sejak lepas baik daripada demam aritu, nak buat pape pun macam down je. (tapi semangat siapkan veil. haha) Got to gather my momentum back. =)

So, baki 3 hari ni, I decided nak siapkan centrepiece, veil nikah, kasut, guestbook, hantar kad kat besties (kena by hand).

Minggu depan siapkan kek, post cards to friends, platform pelamin,

Minggu kejadian plk buat inai, hantaran, fitting baju, pelamin, bunga manggar, pasang cadar katil (ni pun nak tulis jugak ke? ;p)

Kena tulis things to do ni. Kang merepek buat benda lain. Lagipun xnak clash dengan kerja hakiki =)

K la
Till then
Daa~

Sunday, 27 February 2011

NK! - Jangan gemok!

salam
hye there

February hampir sampai ke penghujungnya =) I rasa agak cuak plk sbb kerja hakiki I belum setel - at least not to the point where i can leave my office with a BIG smile on my face. "Xpe, self. Ada lagi 2 minggu kte kena kerja keras gle2!"

Maka update sket utk bulan ni:
Baju nikah da amek - "jangan gemok." bak kata kak ina. Gile apa da sendat! soBs~ (rutin ape la yang membuatkan tumbesaran bahagian2 yang xperlu secara sihat dan kuat nih?) hmmm.. tapi xpe, B. I akan pastikan I nampak menawan pada hari kejadian! hee~

ok. Tu je nak update. Haha. Sungguh! Yang len tu macam ape je la tunggu, belum siap2 lagi. Bila nak siapnya entah. Malas mak nak pk, nokk. Mak da dalam fasa malas dah ni. Hati mau macam2, bajet mak xmengizinkan. Apa nak buat, majlis mak sebelum gaji, noks.

Semalam bincang ngn member, mungkin cikgu2 dapat gaji awal,(kena tanya Jaja, cik SGP nih) maka cuti skola tamat seminggu sebelum orang lain dapat gaji. Haruslah kami berjimat sebab nak terus honeymoon - xnak tangguh2 sebab next time da jadi 2nd/3rd honeymoon. sebab leceh nak apply cuti.

p/s: esok, I ada pilihan sama ada mau keluar mencari barang2 (mungkin end up jadi sight seeing n more wasting) atau duduk rumah dan siapkan apa2 yang dapat. (which may dapat siapkan satu benda or end up siap a few things separuh2 jalan) hmmmmm...

p/s & p/s: Lely, kalau awak dalam cubaan nak bukak fb tapi terjumpa blog kite ni, diam2 je dah la ek. Pape nak tanya sila text fon kite. lalalalaaa... Terima Kasih. hee~

Sunday, 13 February 2011

NK! - update in the 2nd week of feb.

Salam
Hye there

Maka, kita bertemu lagi dalam sesi, mari mengemaskini senarai perkara yang perlu dilakukan sebulan sebelum majlis berlangsung. *slap. Pengsan.

Haha. Maka, pada bulan ni banyak benda da siap. Yeay! I lyke progress! The latest things that have been updated are:
1-      Kad – da amek dah kat kedai. Yeyeyeyey.
2-      Veil nikah – tinggal nak letak beads je nak bagi berat sket, border keliling sudah siap
3-      OP – da bayar booking fee
4-      Surat kebenaran berkahwin – B, kita da blh kawen dah (gelak besar)
5-      Cincin B – stone color is as per asked by empunya cincin tersebut

Alhamdulillah. Settle sudah perkara penting. Perkara terpenting i.e caterer dan khemah akan diselesaikan oleh Dad.

Ape lagi ye? Rasanya tinggal nak fitting baju je la. ALL bajus! Oh ya, most probably nak jumpa kak Ina to  check the size of the dais sebab nak kena buat platform as per requested if nak buat pelamin kat halaman rumah.

Tinggal ni je ke.. oh my DIYs!

1-      Guestbook – aaaaaaaa… pending. ;p (nak muntah dah cakap pending nih)
2-      Veil sanding – ni ada backup kalau xbuat pun
3-      Centrepiece cancelled previous idea. Tengok dulu la kalau rajin baru buat
4-      Hiasan dais – ni tengok mood & $$ & kalau Mum approve
5-      Hand bouquet

Others yang bukan DIY, tapi kena buat

1-      Tempah kek kawen – kata nak men potong2 kek, kan..
2-      Beli barang2 makanan hantaran

Oh I should put things in a table. Nanti baru buat!

K la
Till then
Daa~

Wednesday, 9 February 2011

NK! - wedding guestbook [post ni banyak gambar. kalau line lambat xdigalakkan bukak] =)

salam 
hye there

I was browsing for ideas of wedding guestbook. I can be a conservative person at times. my idea of wedding guestbook is ultimately should look like a book. I just want to send it to the publisher (eh, macam grand je bunyinya.. betul la publisher, kan? eh, ke salah?) and get it done with. So now I just browsing for the decorations... =)

.. and these are the things that I've found while browsing =) (daripada sesempoi2 style sampai la secomplicated yang suit orang yang rajin. hehe)








Rasanya, I nak buat yang ni

Pics credit to Google

K la
Till then
Daa~


Monday, 7 February 2011

NK! - Kasut - perlu ke?

salam
hye there

Hmm.. Da buat persiapan untuk banyak2 benda, kasut nikah is the least to come into my mind. doink~ I just can't decide what kind of shoe I want. I shop on impulse. Kalau nampak, ati terpikat, cane pun bentuknya I amek je. 
  1. Currently I xmo peep toe (sbb jari xcomey), 
  2. I nak yang kaler giler striking
  3. Kalau boleh I nak wedges & xmo heels,
  4. I can't decide whether it's gonna be hot pink or turquoise (theme color is blue & somewhat turquoise, so sekarang mata nampak kaler tu je la cantik) sick of purple sebab engagement da pink purple (oh tapi x sick of pink la plk, kan. *slap!)
  5. I suka kasut yang unik 

TAPI

Bila tengok orang punya yang I xnak tu, sume cantik sangat! Kasut ni I xkan pakai gi office sebab office I tu layak pakai sport shoes je. Kalau x pakai gum boot la kan. (selalu pakai selipar jepun je) Oh. Should I opt for hot pink gum boot instead? *dush~

all photos: credit to google

Ok la. Sementara I biarkan hal ni bergayutan di hujung kepala, I akan update kalau2 ada hasilnya di kemudian hari =)

K la
Till then
Daa~

Sunday, 6 February 2011

NK! - Borang nikah *beware. entry panjang amat!*

salam
hye there

Hmm. Isnin ni patutnya nak kena gi PAID Hulu Langat kat Kajang untuk serah borang. Tapi disebabkan I xcuti, Dad la yang akan hantarkan =) (agaknya..;p) 

SO. Prosedur senang je. *ni untuk bakal groom N9 & bride Selangor, ok. Negeri lain I xsure sangat prosedurnya but should be the same)

STEP 1:
Mula2 gi kursus kahwin. Sekejap je. Dalam 1 hari setengah. Certs validity adalah seumur hidup. Ni I da pergi awal2 lagi. Feb 2010 da selamat dapat sijil. Padahal masa tu risik pun belum. hiks hiks ;p

*Bagi yang saja2 nak pergi awal2 tu, JANGAN laminate sijil korang, ok. Tau la sayangkan sijil, xmo kotor. Nanti orang PAID nak stamp cop kat sijil korang tu. (apa fungsinya, saya tak tanya la pula ;p)

STEP 2
Buat blood test.  HIV test - wajib. Talasemia test - optional. Yang ni korang blh call Klinik Kesihatan tu dulu untuk book tempat atau tau waktu dorang buat test tu.

* Prosedur dulu2, u kena gi Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) amek borang HIV, pastu bayar RM10. Tapi sekarang dah xpayah dah =) Terus je gi Klinik Kesihatan berdekatan (jauh2 pun xkesah. up to u), Bayar RM1. Pastu dapat result hari yang sama. Sesetengah Klinik ada ceramah dulu. Sesetengah xde pun.

* Certain negeri ada sertakan sekali result sama ada u reaktif/x (means positive or negative) & ada certain negeri yang xsertakan benda tu. Cukup untuk diri u tau u positive ke x. Yela, manela tau slip u tercicir, sape2 yang jumpa tu tau la u punya result - dah la ada details u kat borang itu. Kalau positive, x ke haru~ (I bagitau sebab cam confuse. B buat kat Kedah, ada slip result tu, I buat kat Selangor xde plk slip tu. So I called the clinic & ask. Person in charge told me all these)

Kalau nak complete list boleh refer sini : Klinik Kesihatan Seluruh Malaysia

STEP 3:
Amek borang ikut alamat dalam IC/tempat tinggal pun blh. Dad amek kat Penolong Pendaftar Nikah (PPN) [step ni I xtau pun Dad buat. Tau2 je borang ada dah kat umah. Dad book Tok Kadi masa ni]

STEP  4:
- Mintak ur better half settlekan borang dia. Kalau beliau terlupa, pls remind him of his SURAT AKUAN BUJANG  sebelum dia hantar borang untuk approve. Lelaki je kena ada. Perempuan xpayah la buat.
- & also gambar pakai songkok. Better ada songkok. (abang I dulu xpakai songkok, kena reject. haha. Abang I groom Selangor. B pun bagi gambar pakai songkok gak)
- Tolong jangan lupa nak bagi dia UR IC COPIES 


STEP 5:
- Mintak segala borang and docs yang dia hantar & got approved tu. (Jgn lupa mintak dia buat copies. He keeps the copies, u take the originals)
- Isi borang u, pastu jumpa Penolong Pendaftar Nikah (PPN) kat area kariah u. (selalu, masa u amek borang, orang PAID akan bagitau sape PPN u) Kalau u xtau sape, no worries. U call je PAID, pastu tanya siapa PPN kariah u. (Kalau xtau kariah, u bagitau je u tinggal kat mane, nanti dia bagitau u nama & phone number Imam tu)

Pls provide 2 saksi yang kenal wali u. Dorang ber3 + u kena ada masa nak sign depan PPN. (part ni I ada mengelat sket ;p)
* All must have at least 2 copies of IC.
*make sure photostat everything (xpayah banyak2. I semangat, sampai 5 copies. Tapi pegawai PAID pakai 1 je or paling banyak pun 2 =) )

STEP 6:
Lepas PPN signed, hantar kat PAID u.

*masa ni la sijil kursus u akan di-cop & sijil akan dipulangkan kat u, pegawai PAID amek copies je. Gambar B pun dia pulangkan kat I =)

*sijil I hantar Isnin pagi, siap Selasa petang =)

STEP 7:
Setel! Yeay, u da boleh kahwin dah!

I sekarang baru kat stepSo if ada apa2 info tambahan, I akan update kat sini je, ok. almost ke step 7. Yeay! Alhamdulillah.

K la
Till then
Daa~

Friday, 4 February 2011

NK! - Things to catch in February

salam
hye there

So, Feb is here.. (da 4 hari baru nak perasan Feb is here la kannn ;p) This should be the most critical month for me as I would only want to have minimal worries next month. 

Things that I should settle this month are:

1) Guestbook - try settle malam ni supaya esok boleh hantar kedai (harapan)
2) Payments - should settle by tomorrow
3) Veil & Kasut nikah & centrepiece - esok gi jalan2 @ KL to find materials
4) Surat kebenaran nikah - PPN da siap sign, tunggu nak bawak gi PAID Isnin ni & dapatkan kebenaran tu je. YeayAlhamdulillah.
5) Hiasan hantaran - tinggal nak wrap ribbon kat bakul2
6) Baju bajan - Mum's 15th, Dad 20th, ours 20th onwards, Sis' kena call butik balik
7) Kad kawen - will collect & distribute by 23rd Feb


K la.
Till then
Daa~

Thursday, 3 February 2011

cerita veil guide sudah ku update. Tapi veil sendiri masih dalam pembikinan

salam
hye there

Dalam post I yang ini, I ada cerita sedikit sebanyak tips & steps yang I korek2 dari kawan2 or Google untuk DIY veil, kan. I betul2 buat yang I tuliskan tu. So far ok je. =) Makin bersemangat pulak. Hee.

I punya veil nikah da siap potong (eh, macam kek plk) I mean, da siap gunting ;p Pastu tinggal nak tambah lace je. Oh ya, my veil is mantilla. Hari tu I sengaja beli 2 set net. 1m & 1.5m. Since now I know how to do it, Maka, yang 1.5m tu I nak buat utk my reception jugak. (hahahaha. cita2 tinggi kot~) So sekarang I tengah browse2 corak2 veil yang sesuai. I da tengok veil Faradiba. Cantik jugak idea dia itu.

Selain tu, I nak bagitau yang, I ada update info pasal veil tu. Sekadar untuk share dengan kawan2 sambil tolong diri sendiri jugak. Haffun browsing, ya =)

Update veil tu, kat page hari tu jugak ;)

Btw, arini I dah bertunang selama 1 bulan 2 minggu dan 1 hari.. and there are exactly another 1 month, 2 weeks and 1 day towards my wedding day! What a coincidence! Alhamdulillah.

K la.
Till then
Daa~

Monday, 31 January 2011

Steps to DIY the veil

salam
hye there

Berikutan kepada semangat untuk membuat sendiri veil, I telah pun mencedok cara-cara pembuatan daripada sana sini (nanti I ingat, I link u, ya. Sekarang I xingat kat mane I amek. huhu) So, roughly it is as follows:

Kain: Net lembut (adakah sama dengan tulle? oh, idk. anybody knows?) 
Border lace
tali/benang, pita ukur, pensel, gunting, benang, jarum.

Cara-cara:
1) Amek benang or tali, ukur dari kepala ke seberapa panjang yang u nak. (let it be shoulder length, waist length, ankle length, floor length, or meleret2. up to u. tapi kalau rendah, preferably sampai waist length je) - currently mine is fingertip long - sayang nak kerat pendek net tu. Tgk la nanti sesuai ke x dengan baju =)



2) Ukur la berapa panjang tali tersebut

3) Beli net lembut tu according to the preferred length - Kamdar @ Taman Prima Saujana (near Giant) Kajang sells at RM7 per meter (it's rm6++. xingat exact price)

4) Beli border lace sepanjang veil (depends, nak keliling ke, kat atas kepala sket je ke) - Jakel @ S.Alam sells nice borders (blh bahagi 2) for RM118 per meter.

5) Potong veil. Part ni ada banyak cara. Tapi as suggested by someone, kalau u nak pendek je, u potong ikut bentuk D. If panjang, u buat macam bentuk U. Ni supaya yang bahagian straight tu u blh letak kat kepala u. so that dia jatuh cantik je. Still, ada jugak yang buat bulat. Ikut imaginasi la. - Mula2 I potong bentuk U, pastu xjadi, potong ala2 oval

6) Jahit border lace keliling veil. (ramai cakap blh patch corak lace kat veil tu. Sape2 yang tau buat, blh la buat. I xreti. (cries~)). - I bought another set of border lace corak bunga & daun, I gunting, pastu patch kat net lebih untuk design corak yang sesuai. Ingat nak beli lagi untuk bagi meriah sket & blh letak both kat kepala n belakang =)


Sekadar idea, boleh jugak jahit manik seperti contoh di bawah ;


floor only

from waist down

top to bottom

credit to: theflirtyguide

7) Then, siap. - mine belum sebab masih mencari lagi bahan2 tambahan =)

If u want more infomation, boleh browse thru The Flirty Guide & Glamourous Gowns. Banyak jugak info dia, ok girls =) IF I ada info lagi, I update kat sini, ok

K la
Till then
Daa~

Sunday, 30 January 2011

NK! - perancangan ke arah DIY veil nikah

salam
hye there

Semalam I cuti sebab arini I kerja. Kerja ahad - agak loser di situ, as said by my bro. Xpe. Minggu ni je. hehehe. BTW, semalam I siapkan menyampul polisterin untuk hiasan hantaran. Mum does not agree to use fresh flowers again, besides, we got this nice (actually nak claim great cam segan sket) idea of using ribbon for the decoration. Oh ye la. Da cerita dah aritu ;p Hee. Apela ulang2 cerita.

So happy that I've finished doing it. Leceh men gam. Tapi memang I suka buat benda renyeh2 gitu. Pastu, tadi I was so happy sebab I da tau cane nak DIY veil (so lame. lambat kot nak tau) - well basically tau la. Exactly how, I macam belum reti sangat - sewing is not my cuppa tea.. ;p So sekarang I nak kena cari kain net lembut tu. Maybe at Kamdar - great, I blh singgah Kamdar at Mid. Tengah pk, nak beli ke x border lace tu. Nanti cek la kat Jakel - blh turun Jakel S.Alam n meet my bestie there =) 

Da lompat2 blog, rupa2nya ramai je yang ada dilema macam I. Ape lagi, korekla tips, kan? Hehe. K la. We'll see how it goes, ya

K la.
Till then
Daa~

Wednesday, 26 January 2011

NK! - affordable dream dais hunting~

salam
hye there

Sekarang, since I rasa nak jugak2 pelamin panel (even 1 panel je pun) I started my dais hunting. Xkira. Mengada ke ape ke. I want it! (dapat ke x, lain cerita. kurang2 da usaha dah, kan.. =) )

So far da survey yang nie:
credit to: zielynn's boutique - dorang xfree on my date. Huhu.

credit to: ADL Weddings


So far yang ada ni I da email Q. Nanti2 I update mana2 yang I da survey, ok. =)

K la,
Till then
Daa~

Monday, 24 January 2011

NK! - Progress kad kahwin

salam
hye there

So, Khamis B n I gi tempah kad @ kadkahwinku.com itu. Xnak komen banyak la. Jumaat I gi hantar map I (actually kad kahwin abang I last September) sebab tertinggal masa tempah hari Khamis tu. Mengikut kata Ayu, dalam seminggu dorang akan call untuk I approve draft. So, ok la.

Pagi Sabtu, Ayu call I. Dia ajak datang untuk cek draft - "Wah, so fast!", I cakap dalam hati. Hehe. So, Mum, Dad & I gi la check. (sebenarnya, kitorang punya plan hantar adik gi sekolah-tengok draft kad-gi tempah baju Dad. sebab tu la watak Dad muncul dalam cerita di atas. hehe)

Dad yang proof read kad tu. Cerewet la Dad I - I baruuuuuuu tau! haha. Even though I sent my bro's card, tapi map I tu Dad alter lagi. I pun dengar je la. Siap panggil designer keluar. (I don't have the skill to design my own card. huhu) Then brader designer kata tunggu kejap and terus betulkan everything. Pastu da boleh proceed untuk printing. Yeay!

Now, I can sit back & relax. Tinggal nak amek on Feb, 23rd. Then post sket utk B, sket utk FDIL & most of it for Dad's friends (Kawan2 Dad bising xajak for brother's wedding last year - my bros kawen on April and Sept last year. So kena extra la this time to cover up the last time tu. This explains his meticulousness, ya?)

OK. Cards checked! Next!!! 

hee~
Till then
Daa~

Sunday, 23 January 2011

Pelamin anganku.. musnah?

salam
hye there

Hm. If u girls nak tau.. I selaluuuu idamkan pelamin panel. Contohnya macam ni:
credit to: Ratu Bridal

xpun, yang macam ni ke:

Sweet and simple je yang 2nd ni. Pakej dia ok la. Lebih kurang je dengan yang I amek tu. I nak amek pelamin je, tapi pelamin ni off budget la pula. Sobbbs.

Pelamin yang I amek tu, xde pulak gambar contoh. I hate dislike sangat2. Tapi bukan salah bridal yang I tempah tu la. Salah I yang bajet ciput. So have to go with what my budget can afford me. Cry~ Oh, xpela. We'll just go traditional, yeay! [memujuk hati sendiri]

p/s: angan2 je la musnah. pelamin xmusnah lagi. 

K la
Till then
Daa~


sobbbbbbbbsssss~

Saturday, 22 January 2011

NK! - Baju Sanding + Baju bertandang

salam
hye there

Maka, kali ni nak cerita perihal baju sanding n baju bertandang I. Ada orang suka reveal after the majlis. I reveal sekarang je terus. Haha. 

I da pilih2 da baju biru, 1st tu tinggal nak alter buang lagi 4 inci. tapi labuhnya mak aih.. Memang dibuat utk orang tinggi agaknya. Bila I pakai macam nostalgia lak. Dulu2 masa kecik selalu pakai baju Mum, kan.. camtu la perasaannya. Hehe. 2nd dress, da cantik dah. Warna memang rich. Tapi kena pakai korset la pula. I rasa boobs macam besar sebab as if u pakai papan in front of u. Then, nampak satu baju kat mannequin. Try je la kan yg 3rd ni. Kalau xngam, pilih yang 2nd kot sebab warnanya lebih cantik. So, my baju bersanding is somewhat macam ni:

Eh.. bukan2. Ni cik Heliza yang comel. Tapi warna da betul dah. Jap2. Cari yang betul2 punya.



credit to: Rias Pengantin


[I rasa kalau u click link tu blh nampak kot baju yang I maksudkan..]

B suka sebab yang lagi 2 tu macam jarang sket la. Yang ni ok sket. Tapi B xpakai la tengkolok pink (and sampin pun pink) tu. Dia xminat warna tu. I ok aje. So I pakai tudung biru nak match dengan sampin & tengkolok biru dia nanti. Kak Ina xpuas ati betul sebab B xnak pakai pink. Xpela B, kita yang nak kawen, kan. =)

Baju bertandang plk I amek songket. Mum kata, sini da lace, sana songket la pula. Plus sesuai la dengan konsep kat sana yang lebih bersifat sopan. =)

Warna baju kitorang tu ala2 macam ni:
credit to: Senja Nan Merah

Tapi style ada lain sikit la. Actually, my wedding ni memang banyak main warna putih. Baju nikah da putih, theme color da biru putih, tup2 B nak putih jugak masa kat side dia. Layan je laa.

So ni je la update baju. My baju nikah siap dalam next month, sekali dengan baju nikah B - sume hantar kat Kimie Kajang je. Malas nak pening2.

So, k la.
Till then
Daa~

Friday, 21 January 2011

Progress menuju ke February.

salam.
hye there.

I've been swamped with work for the past week. Now with the new management I have to came up with good plans kalau xnak kena tembak sampai mati. ;p Pastu I tido kat area tpt keje which means there's no internet connection although I want to update things so badly =) InsyaAllah, next week internet won't be a problem nemore - hopefully =)

So, what's there to update? hahaha. BANYAK jugak la, ok. Tapi banyak blh cakap je. Gambar saje nak sorok. -ntahpape- So ape ye yang nak disorok sangat tu.

1- Cadar pengantin cum langsir bilik.
Cadar pengantin I, I beli kat Jakel S.A. Sangat selesa kat situ. Plus, da pandai dah. If SA xbest, we walk off. Xdela sampai da deal ke ape ke baru walk off. Gila xbaik buat camtu. Masa awal2 tu la. Cakap xpe, nak tengok sdr. Pernah jugak satu kali, kitorang 3 beradik, masuk dalam kedai, kan. Pastu agaknya SA ingat kitorang anak2 orang kat depan. (ni memang seriously unintended, ok) Dorang xfolo la. Mula2 ok. Tapi pastu bila nak potong kain, ha, gelabah nak cari SA. Maka jangan ikut orang depan dekat sangat. Hehe.

I beli cadar ni dah lama dah. Masa Jakel ada sale. Sekali dengan kain nikah, kain adik, kain Mum n Dad sume. Actually xcadang pun nak beli cadar tu. Mum kata beli je la. I pun ada rezeki lebih masa tu. So I pun splurged la on the bedsheet. (sampai sekarang terfikir2.. betul ke tindakan saya itu. haha. tapi kalau xbeli masa tu, confirm masa ni pun da xbeli dah-tapi I should brush up my bargaining skills) I pilih turquoise - ikut theme color. Sekarang nak hunt for new plushy pillows. Yeay!

Langsir plk, Mum nak beli warna putih. Tapi kedai da xjual la warna putih melainkan yang jarang dan sexy itu. So, we end up beli warna biru yang tebal sket sebab da ada dah yang jarang tu. Yang jarang tu, guna waktu siang je. Malam tu terus ganti dengan yang baru. Kenapa xguna yang biru tu je? Bilik I da bercat biru dah. So nanti dinding biru, alas katil biru, langsir biru, sume biru, pening plk.. tapi untuk mata sendiri xpe. =)

2 - Doorgift and hiasan hantaran
Doorgift and hiasan hantaran ni I borong kat Nilai 3. Macam2 kedai jugak la kitorang pergi aritu.   ZC baru & ZC lama (ni gambar ZC lama), TQ & Lia (lupa dah nama penuh dia). Doorgift kitorang memang kitorang bagi  telur rebus je. So nak cari bekasnya la aritu. Asalnya Mum nak bagi bag sekali. Tapi sebab over budget, we stick to bekas telur je =) 

Hantaran masa tunang aritu da buat dengan fresh flowers, maka kali ni we want to make it simple. Guna ribbon2 and bunga plastik sket. So mintak la kakak kat ZC tu ajar cara buat ribbon tu. For the 1 yang dia demo tu, dia charge la. Xmahal pun, RM8 je. So ok la kan. 

Balik je rumah, Mum terus buat riben hiasan tu, Sis plk terus anyam bekas bunga telur. Sekarang tinggal nak balut sket lagi, pastu tunggu barang je. Since kali ni I nak bagi banyak sweets (ye, I memang terbalik. Masa tunang la bagi banyak barang, fresh flowers bagai. Tapi masa kawen sempoi je kan. haha) So banyak yang kena buat masa da dekat2 nanti. Since I mintak B beli barang sdr (sbb nak dia beli benda yang dia betul2 suka), lambat plk dia nak bagi - xleh nak pilih katanya. Pulak dah, kan. Xpe B. Kalau susah sangat nak pilih, kang I yang pilihkan untuk B, ok =) 

Hm.. ni je ke update I yang banyak sangat tu? Haha. Bila da compile, ni je ek? BANYAK konon. Hehe. Ada lagi nanti. I simpan utk post lain plk.

K la.
Till then
Daa~