Have a click on Nuffnang.

Showing posts with label borang. Show all posts
Showing posts with label borang. Show all posts

Monday, 25 April 2011

NK! - Kad Akuan Nikah!~

as-salam
hye there

Hee. Masih gembira dengan berita semalam. Harini I nak cerita pasal Kad Akuan Nikah atau pendeknya, Kad Nikah =) 

After the receptions, other than the honeymoon, please don't forget your Solemnization Certificate. Ye, Sijil Akuan Nikah kena la diambil di PAID masing2. Kalau nak amek Sijil ni, mesti amek sdr. Suami xboleh amekkan untuk isteri, isteri pun xblh amekkan untuk suami. I memang xtau sebelum ni. Hubby yang cakap masa dia amek sijil dia kat PAID Hulu Langat, Jalan Low Ti Kok, Kajang dua minggu lepas. Nasib baik I sempat lari2 Jumaat lepas, maka sempat la amek.

Da amek sijil, kita boleh mohon untuk buat Kad Akuan Nikah plk. I belum buat lagi. Kena tunggu Hubby balik dulu. Sebabnya, nak buat kad ni (untuk pengantin Selangor) kena buat kat Shah Alam. Memang kat situ je ada - according to the PAID officer =) 

Kawan2 boleh refer details kat [sini], ok. Tapi shortcutnya:- 
1) Payment: yuran kena bayar untuk sepasang kad = RM40
2) Jangan Lupa: bawak Sijil Akuan Nikah yang da difotostat + gambar sekeping sorang
3) Kad Akuan Nikah boleh siap dalam masa 5 hari

Sementara nak tunggu siap, korang blh fotostat je Sijil Nikah korang tu and bawak la ke hulu hilir - kot la kena rush masa korang dating kat tempat gelap contohnya Taman X kat Seremban (I lupa la nama taman tu. Nanti I tanya Hubby) Ada sekali tu, seminggu lepas majlis, kitorang lepak kat taman tu, dalam kul10pm. Masa tu sijil nikah tu pun kitorang belum amek lagi. Hubby kata kawasan tu memang "panas". Tu yang dia tanya pasal borang fotostat sebelum lepak situ. Tup2, ada polis datang ketuk tingkap. I tunjuk la borang nikah fotostat. Polis tu xcakap banyak. Nasib laaa da kawen. ;p
K la. 
Tunggu I da pergi buat, nanti I cerita lagi, ok.
Till then!
Daa~

Sunday, 6 February 2011

NK! - Borang nikah *beware. entry panjang amat!*

salam
hye there

Hmm. Isnin ni patutnya nak kena gi PAID Hulu Langat kat Kajang untuk serah borang. Tapi disebabkan I xcuti, Dad la yang akan hantarkan =) (agaknya..;p) 

SO. Prosedur senang je. *ni untuk bakal groom N9 & bride Selangor, ok. Negeri lain I xsure sangat prosedurnya but should be the same)

STEP 1:
Mula2 gi kursus kahwin. Sekejap je. Dalam 1 hari setengah. Certs validity adalah seumur hidup. Ni I da pergi awal2 lagi. Feb 2010 da selamat dapat sijil. Padahal masa tu risik pun belum. hiks hiks ;p

*Bagi yang saja2 nak pergi awal2 tu, JANGAN laminate sijil korang, ok. Tau la sayangkan sijil, xmo kotor. Nanti orang PAID nak stamp cop kat sijil korang tu. (apa fungsinya, saya tak tanya la pula ;p)

STEP 2
Buat blood test.  HIV test - wajib. Talasemia test - optional. Yang ni korang blh call Klinik Kesihatan tu dulu untuk book tempat atau tau waktu dorang buat test tu.

* Prosedur dulu2, u kena gi Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) amek borang HIV, pastu bayar RM10. Tapi sekarang dah xpayah dah =) Terus je gi Klinik Kesihatan berdekatan (jauh2 pun xkesah. up to u), Bayar RM1. Pastu dapat result hari yang sama. Sesetengah Klinik ada ceramah dulu. Sesetengah xde pun.

* Certain negeri ada sertakan sekali result sama ada u reaktif/x (means positive or negative) & ada certain negeri yang xsertakan benda tu. Cukup untuk diri u tau u positive ke x. Yela, manela tau slip u tercicir, sape2 yang jumpa tu tau la u punya result - dah la ada details u kat borang itu. Kalau positive, x ke haru~ (I bagitau sebab cam confuse. B buat kat Kedah, ada slip result tu, I buat kat Selangor xde plk slip tu. So I called the clinic & ask. Person in charge told me all these)

Kalau nak complete list boleh refer sini : Klinik Kesihatan Seluruh Malaysia

STEP 3:
Amek borang ikut alamat dalam IC/tempat tinggal pun blh. Dad amek kat Penolong Pendaftar Nikah (PPN) [step ni I xtau pun Dad buat. Tau2 je borang ada dah kat umah. Dad book Tok Kadi masa ni]

STEP  4:
- Mintak ur better half settlekan borang dia. Kalau beliau terlupa, pls remind him of his SURAT AKUAN BUJANG  sebelum dia hantar borang untuk approve. Lelaki je kena ada. Perempuan xpayah la buat.
- & also gambar pakai songkok. Better ada songkok. (abang I dulu xpakai songkok, kena reject. haha. Abang I groom Selangor. B pun bagi gambar pakai songkok gak)
- Tolong jangan lupa nak bagi dia UR IC COPIES 


STEP 5:
- Mintak segala borang and docs yang dia hantar & got approved tu. (Jgn lupa mintak dia buat copies. He keeps the copies, u take the originals)
- Isi borang u, pastu jumpa Penolong Pendaftar Nikah (PPN) kat area kariah u. (selalu, masa u amek borang, orang PAID akan bagitau sape PPN u) Kalau u xtau sape, no worries. U call je PAID, pastu tanya siapa PPN kariah u. (Kalau xtau kariah, u bagitau je u tinggal kat mane, nanti dia bagitau u nama & phone number Imam tu)

Pls provide 2 saksi yang kenal wali u. Dorang ber3 + u kena ada masa nak sign depan PPN. (part ni I ada mengelat sket ;p)
* All must have at least 2 copies of IC.
*make sure photostat everything (xpayah banyak2. I semangat, sampai 5 copies. Tapi pegawai PAID pakai 1 je or paling banyak pun 2 =) )

STEP 6:
Lepas PPN signed, hantar kat PAID u.

*masa ni la sijil kursus u akan di-cop & sijil akan dipulangkan kat u, pegawai PAID amek copies je. Gambar B pun dia pulangkan kat I =)

*sijil I hantar Isnin pagi, siap Selasa petang =)

STEP 7:
Setel! Yeay, u da boleh kahwin dah!

I sekarang baru kat stepSo if ada apa2 info tambahan, I akan update kat sini je, ok. almost ke step 7. Yeay! Alhamdulillah.

K la
Till then
Daa~