Have a click on Nuffnang.

Monday, 30 May 2011

: Happy marriage.

salam
hye there

Hari ni cerita pendek aje. Nak wish happy marriage kat Belle & By - selamat sudah menjadi isteri orang, kan ;)

Semoga kehidupan kita dilimpahi rahmat dan kurniaan daripadaNya.

Nana, u da ready ke? ;)

K la
Till then
Daa~

Tuesday, 24 May 2011

: bosan dengan rosette biasa?

as-salam
hye there

Masa I nak kawen dulu, I mengimpikan rosek yang bukan seperti selalu itu. Maksud I, yang bunga2 tu. Sebabnya, masa abang I kawen, ada uncle2 jiran yang xmo pakai sebab benda tu bunga, kan - macam perempuan katanya. hehe. (kat kawasan I, uncles n aunties jiran pun jadi penyambut tetamu jugak ;) )

I da pk punya pk, sampaikan I nak tempah nametag macam pengetua tu

Dalam sebulan lagi nak majlis Mum belikan rosette kat Nilai 3. Bentuk riben. Ok la. Asalkan bukan bunga2. Lepas tu, bila I pergi rumah kawan yang kawen 2 minggu awal, I terus suka dengan button badge dia. Disebabkan masa da singkat sangat, I da xnak tanya pape dah (plus, Mum da beli pun kan)

I managed to ask my friend about her button badges. Tapi gambar button tu personal katanya. Ok la. Kena hormat la permintaan beliau. Terus terang, I xpernah deal dengan dorang ni, tapi kawan kata OK je.

So, good luck! 


K la.
Till then
Daa~

Saturday, 21 May 2011

: I dont think I'll be sick to share this again & again

as-salam
hye there

This would be a short post. Quote from FB.
"Girls with cars if there's someone knocking ur window, asking for ur help or anything, DON'T scroll down ur window. The acid splashers got a new way to hurt the ladies. Once u scroll down, they'll splash you right away. There're already 2cases in OU (One Utama) n KD (Kota Damansara). It happened when the victim was waiting for the traffic. Take care."

Whether it's true or not, IDK. But better be careful. They are getting more aggressive now. Based on what I learned from CSI, Criminal minds, NCIS and all (bagus jugak la tengok tv. ;) ), orang jahat ni suka rasa dorang lebih berkuasa daripada mangsa dorang. Since public knows their modus operandi (MO), people tend to be more careful, they change tactics. Knowing ladies would show compassion towards people in distress, the maniac tried this trick on them. 

Jadi, besok2 kalau kata ada orang yang betul2 ada masalah yang boleh menyebabkan hidup dan mati, & masa tu xde sapa yang nak tolong disebabkan rasa curiga dan terlebih berhati-hati ni, cane citenya tu? Keliru, kan? Dunia betul2 dah dekat akhir zaman..

p.s: Siot gila suka2 curah asid kat muka orang. Kurang ajar betul.

K la 
Till then
Daa~

: Kisah melawat hubby part III

as-salam
hye there

Kisah ni diteruskan untuk bahagian III iaitu bahagian akhir kisah pengembaraan I ni. Ekekek. Pk kejap mana nak mulakan..

Malam tu, bas I balik KL dalam kul12. Jadi dekat2 kul 10 baru kitorang gi keluar makan. Hubby bawak I pergi makan char kuey tiaw - my fave!. (petang tu xdapat. jadi malam la baru dapat ;) ) Mula2 ingat nak makan relax2 je. Tapi tercepat la pulak abes. Haha. Jadi I cakap kat hubby. "Jom gi dating" Memandangkan shopping complex da tutup, hubby suggest kitorang lepak kat Dataran. Dataran apa kalau u all tanya I, mintak maaf, I memang xtau. 

Sesampainya kitorang kat Dataran tu, nampak ramai la jugak cpl2 lepak situ. Cari port gelap2, duduk pangku2.. wah, daring betul. KL ke mana ke samaaaa je. Mula2 pk nak balik umah sewa hubby je, tapi bila pk mungkin housemate dia ada sekali, terus xjadi. Maka, kitorang pun lepak la kat Dataran itu.

Kat situ, kitorang nampak ada 4 orang berumur lingkungan 30an ke 40an berdiri kat penjuru. Hubby kata, dorang tu pegawai penguatkuasa majlis perbandaran. So, ok la. Kitorang pilih tempat terang bawah lampu. Belakang ada cpl pangku memangku, kanan ada cpl mengadap kawasan gelap, depan cpl yang duduk dan dipisahkan dengan 2 helmet. (tapi sempat plk si bf cuit pipi si gf)

Lepas tu, kitorang pun relax la borak2 merepek2. "Sini sikit" hubby cakap. I pun rapat la sket dengan dia. Pastu I sandar la kat dia. Sambung borak2 balik. Pastu datang la 4 pegawai tu. 

P1: Salam. 
H: Wassalam
(Pastu pegawai 1 tanya dari mana pesume)
P1: Kalau hanya borak2 biasanya kami tengok je. Tapi awak berdua ni dah lebih lah kan. Dulu kita da tangkap 2 dah. Masuk lokap. Mak dia xnak jamin. Biar tido semalam dalam lokap tu. Tapi dia buat lebih lagi la. Memang dia buat lebih lagi..
H: Oh, bagus lah mak dia tu. Memang patut pun buat camtu
P2: (Dengan muka ganas) Tau x kat sini ada cctv?
H: Tau.
(Pegawai 1 sambung ceramah lagi. I pun xde la rasa takut ke apa. Layan je la dia kongsi cerita. Pegawai 2,3,4 da blah dah masa ni)

Akhirnya..
P1: ni kawan ke tunang?
H: Oh ni isteri saya
(Pegawai 1 terdiam kejap. Lalu sambung sumthing2 yg I xleh reveal. Pastu sambung lagi)
P1: Asal nama awammmm je kite xboleh la nak buat cam bukan2. Bukan apa, nanti budak kecik, orang tua tengok xsedap la kan..
(Pegawai 1 pastu tanya I kerja mana, berulang ke ape ke bla3. Pastu nak blah. So I cakap la terima kasih)

I xrasa negatif ke ape ke kat pegawai2 tu - walaupun sepatutnya dia tanya dulu status kitorang dan yang pasti I bukan nak mock dia kat sini. I happy sebenarnya ada orang yang sanggup nak jaga tempat tu walaupun tu dah memang kerja dia. Kalau xde orang nak jaga tempat tu, sah2 macam2 lagi blh jadi. Bukan setakat pangku2 je. Lebih lagi pun ada. Ha, time tu barulah Amerika~ Lagipun point dia memang betul. Walaupun da kawen, kat tempat awam xleh la jugak nak lebih2. (saying this, but I still love hugging hubby while walking. Cane tu?)

Tapi memang klaka la kena sergah pas kawen. Kitorang xde rupa orang da kawen kot? Haha. Entahlah. ;)

K la
Till then
Daa~

Friday, 20 May 2011

: Kisah melawat hubby part II

as-salam
hye there

sambungan daripada sebelum ni..

Sesampainya I kat umah sewa hubby, kawan2 dia xde - lega! I sempat la demam acah2 pagi tu. Entahla. Kepala rasa berat semacam je. Tapi by tengahari tu I gagahkan jugakla. Semata2 sebab nak cuci rumah kitorang tu ;)

Jadi setelah melihat kawasan, kitorang gerak gi kedai cari barang2 pencuci ape sume. Hijau! Itu yang muncul dalam kepala I. Senang jugak ikut warna. 1) nampak cantik dan kemas 2) nanti blh serap dalam kepala anak2, "sabun hijau ni untuk cuci lantai. Bukan buat mandi". (erm. macam bakal di-review balik je. Kang abes sabun mandi hijau dibuat cuci lantai. *pengsan~*) 

*lagipun I dapat idea ni drpd blogger juga. Rasanya xpayah reveal kot nama since dia private blog dia tu. U know who u are, dear ;)

Lepas tu, ape lagi, I terus le capai penyapu hijau I dan menyapu dalam rumah. Debu tebal memang la xpayah cakap. Gambar senget bawah tu hubby yang tangkap. Lebih artistik la agaknya. Tugas seterusnya, mengemop lantai. Lepas tu hubby sental lantai dengan berus. Bertuah la dapat suami rajin macam tu. Haha. Since kitorang ni suka main air, memang lecak/becak/becah la lantai tu. Tp pastu jenuh le mengemop balik. Tu pun xde la sampai abes satu umah cuci. Hubby kata lain kali dia datang abeskan cuci tu. Kalau tengokkan toiletnya, adeh. Dengan simennya, apebenda kotoran lagi. 

Kitorang berusaha sampai petang. Sebelum tu I da prepare dah baju spare+telekung. Maka xrisau. Boleh plk, kan, masa I tengah adoring suasana kosong kawasan tu, hubby datang kat I pastu kata, "Eh yang, arini ulangtahun kita." Maksud hubby tu dari tarikh kitorang cpl aritu. "Ulang bulan.." "Oh, ye la. Happy Monthiversary sayang". I senyum je. Pastu hubby terus sambung sental lantai. I gelak dalam hati. (Sempat jugak I berdoa, "Sekarang, abang sanggup datang dari bilik depan ke belakang ni semata2 nak wish monthiversary, semoga lepas 50 tahun kawen pun abang tetap buat macam tu lagi. Aminnnn")

Dalam kul5 baru kitorang makan late lunch. L.A.P.A.R gle, ok! Lepas tu terus balik rumah sewa hubby. Rasa2nya part III akan muncul kot? hehehe. Nantikan la kalau rajin, ok ;)

K la 
Till then
Daa~

Thursday, 19 May 2011

: Kisah melawat hubby part I

as-salam
hye there

Hmm, I ada satu benda nak kongsi ni. Tapi disebabkan cerita pencurah asid tu lagi penting, maka I dulukan la kisah tu ;) Kisah ni berlaku masa I pergi melawat hubby kat utara sana Sabtu 14 May tu. 

Adegan membeli tiket bas.

I: Kak, bas gi XX ada x? 
K: Ada, kul 10:30 n 11:00
I: Kalau kul 11:00 sampai kulbape?
K: Dalam kul 6 pagi camtu. Ala, lebih kurang je. Nanti 2-2 bas ni jumpa jugak atas jalan.
I: Ok la. Saya amek kul11. ;)
K: Ok. Tunggu kat platform 5 ye. Nanti papehal, call no akak ni.
I: (Dalam hati - eh, sllu hubby tunggu platform 14. Bas ape ni ek? Nak tanya ke xyah? Ala, kang tunggu je la kat platform 5 ni. Bas da tuka platform kottt~)

Setelah dekat 10 tahun xbeli tiket bas, begitu la kesengalan I ye, kawan2. Assume je akak tu kasi bas Intercity (Padahal kaunter Konsortium) sbbnya masa hubby beli tiket dia aritu I xtengok betul2. Bila hubby tanya bas ape, selamba je la kata xtau. Haruslah kena bebel pastu. Huahuahua. Nasib ler member kata ada nama bas kat tiket. Cek2, ada pun nama bas. Haha. Tu la, orang bagi tiket tengok le betul2. Ni tengok sekali imbas je memang le xperasan.

I sampai pagi2 buta, ok. Kul 4:30. Xde makna nak sampai kul6. Tunggu la hubby. Beliau siap terlajak tido lagi. Mula2 da nak marah2 dah. (haish. setan pun suka la aku jadi isteri durhaka, kan?) Tapi bila tengok muka beliau, terussss cairrrrrr~ (haih, encik suami. awak hembus2 dulu ke sebelum jumpa saya? ekekek)

Nanti I sambung part II. Tengok la muud nak panjangkan ke, pendekkan cerita ni ;)

K la
Till then
Daa~

Wednesday, 18 May 2011

: another reminder, perhaps?

as-salam
hye there

So, talking about the acid splasher, this is something I found in FB. It is from Datin Tiara Jacq who quoted from Anita Sharma. Better be safe than sorry, right? 


Sorry to depress you guys this weekend but I felt compelled to share this info Anita Sharma sent me on the serial acid splasher:

All of us must be on our toes from now onwards. We must work hand-in-hand to track down this animal. This serial acid splasher is of dark complexion and he rides either a Honda EX5 or Yamaha bike with a basket in front. So you should be more careful when you see these 2 types of bike approaching you. If you are a woman, a girl....or well just about anyone who is staying in KL-you might want to follow the following guidelines here: 


Always walk facing against the traffic: So that the serial acid splasher will not attack you from the back. Besides that by walking against the traffic you will have a better chance of avoiding anyone who looks suspicious to you. 

Avoid walking by the side of the road: If possible don't walk at the side of the road at all if it is unnecessary. You will be exposed and make yourself easy target for this serial acid splasher. Walk near the building where there are crowded people. 

Always bring along an umbrella: This might sound crazy...but I suggest that you bring along a huge umbrella with you. So whenever you see someone suspicious approaching you, immediately open that umbrella to shield yourself from any possible attack. Yes! Just open it even though it is not raining. Best of all use the umbrella all the time. Moreover your umbrella can be a potent weapon for you to defend yourself in dangerous situations. 

Inform the police of any suspicious motorcyclist: Banking on our lazy and inefficient Malaysian police alone is not enough. So the moment you see anyone riding a bike with dark complexion and looks suspicious...immediately take down the number plate and inform the police to come over as soon as possible. Who knows? Your information might lead to the nabbing of this serial acid splasher! 

Put on more clothes: I know the weather is scorching hot right now. But putting on an extra jacket or vest might buy you some time to escape the devastating acid if *touch wood* you are being splashed! 

Don't go out at all: No matter where you go, try not to walk...at all. If possible don't even go out if you don't have any transport, preferably car. It doesn't matter if the sundry shop is only 50 metres away from your home...you don't want to risk being splashed with acid right? So ask your parents, husband or other family members to ferry you around if you can. 

Use as much water as possible: Water is the best remedy to counter the corrosive acid. The moment someone is being splashed with acid (either it is you or other victims), pour as much water as possible onto the affected body parts especially the eyes. Keep on pouring a large amount of water to dilute the acid. Keep on doing this until the acid has been diluted and washed away. So I suggest all of us to bring a water bottle all the time.

By: Tiara Jacquelina

Monday, 16 May 2011

: sambil2 buat preps tu, better be careful dengan perkara sekeliling (2)

as-salam
hye there

Terima kasih untuk pembaca yang telah membaca post ingatan I sebelum ni. Sekurang-kurangnya boleh la kita saling mengingat satu sama lain, kan? Bukan apa, kadang2 kita sibuk buat persiapan, kite xsempat nak baca newapaper, nak tengok berita kat tv. (tapi blogwalking sempat la pula kan? hahaha) hopefully I helped u even for a bit =)

Ni ada satu lagi hal. I dah lama nak cite tapi belum sempat dek kerana ssibukkan hal lain. Masa ni rasanya ramai yang tau dah, kan? Alkisahnya si Pencurah Asid (ada yang kata alkali) di KL. 

As you girls know, sekarang ada orang yang naik moto suka2 je nak curah asid kat orang. It started with  [this ]. Kesian mangsa sampai buta 2-2 mata. 

All I know sekarang da over 20 cases in Klang Valley only. Ada satu sesat kat luar KL - somewhere in N9 if Im not mistaken.Next is the elaborate story on the case. Do read, ya: [ link ]

Sebelum2 ni, kes tu berlaku kat pejalan kaki, especially ladies, tapi Jumaat lepas I dengar kat Wangsa Maju, a lady who was splashed even when she was driving her car. Masa kejadian tu, dia bukak cermin tingkap belah pemandu & lelaki tu curah sesuatu - bukan asid, tapi air gatal.

And to top all those, there IS a photofit released by police. Boleh baca kat [ sini ]. I penakut. I takut nak up gambar dia dalam blog I nih. huhuh. Jadi u all baca la, ok.

Ciri2 penjahat tu:
1) Naik motor Honda EX5
ni la motor yang dia guna


umur: 30-an
kulit: gelap (bangsa I tak sebutkan untuk mengelakkan racism)
no plat motor: WPV 4963 (ni no. palsu tapi mane la tau dia guna lagi no plat ni)

Kalau u all ada maklumat, blh hubungi talian Rakan Cop (03-2115 9999) atau SMS POLISKL at 32728.

K la
Till then
Daa~

Wednesday, 11 May 2011

: sambil2 buat preps tu, better be careful dengan perkara sekeliling (1)

as-salam
hye there

Sementara u all sibuk buat persiapan tu, tolong jangan ignorance dengan perkara yang berlaku kat sekeliling, ok. Hope this post can help a bit.

Ni I copy paste dari email I pagi tadi to my siblings. This info I dapat daripada hubby I - memang  berkenaan dengan kerja dia. So, u can believe me ;)

AWAS - Lelaki menyamar jadi pekerja TNB

Posted by KedahLaNie
 
BANDAR PUTERI JAYA – Seorang suri rumah terpaksa bergelut dengan dua penjenayah apabila mereka menyamar sebagai pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk membuat pemeriksaan dan penukaran meter yang dikatakan akan diselaraskan ke semua rumah dalam kejadian kira-kira 10 pagi Selasa lalu.


Mangsa, Siti Aishah Murad, 41, dibelasah dengan teruk selain dipijak di bahagian dada dan dicekik oleh dua lelaki sebelum melarikan dua rantai dan gelang emas yang membawa kerugian hampir RM10,000.


Menurutnya, ketika itu dia bersama anak lelaki, Mohamad Nazim Mohd Zubir, 9, baru sahaja masuk ke dalam rumah sebaik selesai kerja menyapu halaman.


“Sebaik keluar dari tandas, saya ternampak seorang lelaki memberi salam dengan memakai pakaian seragam TNB meminta kebenaran masuk ke rumah untuk memeriksa meter.


“Setelah memberi kebenaran untuk masuk ke dalam, lelaki berkenaan meninggalkan motosikalnya di luar rumah dan menyuruh saya membawa bil elektrik serta kad pengenalan untuk diperiksa,” katanya.


Siti Aishah berkata, sebaik sahaja keluar semula dengan membawa dokumen yang diminta, datang pula seorang lagi lelaki dengan memakai baju T berwarna kelabu.


“Pekerja TNB ini kemudian menjelaskan bahawa rakannya akan membuat penukaran meter pada sebelah petang sebaik sahaja selesai pemeriksaan,” katanya.


Menurutnya, secara tiba-tiba, kedua-dua lelaki berkenaan mengheretnya ke dalam rumah dan memijak dada, mencekik leher dengan kuat dan menyepak bahu kiri dan kanan.


Katanya, pergelutan itu bagaimanapun disedari Nazim yang berada di bahagian dapur.


“Saya meminta Nazim melarikan diri dan menyuruhnya meminta bantuan jiran.


“Mungkin disebabkan takut, kedua-duanya melarikan diri apabila melihat saya tidak bermaya. Namun, ketika itu saya boleh mengejar mereka sehingga ke jalan raya,” katanya.


Siti Aishah berkata, jiran hanya menyedari kejadian sebaik sahaja diberitahu anaknya namun, tidak sempat membantu kerana kedua-dua lelaki itu sudah melarikan diri menggunakan motosikal.


Menurutnya, dia mengalami trauma akibat kejadian itu dan sudah membuat pemeriksaan kesihatan di Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani.


“Saya menasihatkan kepada orang ramai supaya berhati-hati dengan individu tidak dikenali,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan mengenai kejadian itu.

-----------------------------
SO, reminder:

1) staff tnb xmintak ic n bill customer. mungkin ada yg mtk bill aje utk clarification - tapi ni rare case as dorang da ready dengan docs yang dorang perlukan. My advise, kalau dorang mintak apa2, suh dorang datang lengkali or sebelum bagi dia masuk, sediakan bill awal2 or kunci pintu sebelum gi amek bill (ni kurang ajar sedikit la. tapi better be safe than sorry, right?). bill ye, not IC. they dont ask for ICs. 

2) yg naik motor ada sorang je. tu pun, dia baca bill n bagi bill kat owner. xperlu borak2 dengan owner pun. plus, dia akan masuk umah dengan machine baca meter je. xde bawak documents whatsoever.

3) dorang akan datang ber2 (kalau sp berdua je. 3 the most) naik van/lori tnb sahaja. xkan ada naik kenderaan persendirian (kete/van/dll). tu pun kalau owner call kata ada meter rosak ke, nak pasang meter kat kawasan p
erumahan baru ke baru la tnb staff datang.

if there is anything to add, i'll make sure to inform u peeps.

Tuesday, 10 May 2011

: entry 30 minit.

as-salam
hye there

hmmmm. I sedang xde mud. Sejak lepas makan tengahari tadi. Mata da kuyu2 blur2 (oh, i saspek lens i comot lagi) Seingat I, pagi tadi I cukup bersemangat. Sampai sanggup turut member gi S. Alam. Tengok tu, ayat I pun da mula poyo2 lebey. Haha. Sengal? Ada la sikit.

Seterusnya adalah gossip pasal makcik cleaner office. Kalau xnak baca, blh pangkah. Sekian ;)

Makcik cleaner office ni dari tadi duk bising2. Punca = sinki rosak ke ape entah. Bosan betul. Kadang2 I harap bos2 ada kat office. Barula makcik ni behave sket. Ni bos xde, maka berleluasa la makcik tu. Colleague I duk panggil dia Mak2. Tu yang dia bajet sume macam 'anak' kot. I panggil makcik je.

Kenapa I macam anti dengan makcik tu? Pasal dulu I buat baik, makcik tu buat kereks dengan I. Sampai dia buat I rasa cam I plk mengendeng2 dengan dia. Apekah. Padahal I cuba nak berbaik je. Once bitten, twice shy, babe.

Masa makan tadi pun, dia nak sound cara I makan. Kitorang makan pecel ramai2 tadi. Ada colleague bawak dari rumah. Memang la selalunya orang letak sayur dulu baru kuah. I saja nak jimat kuah, I buh kuah dulu baru sayur. (sape2 yang pernah makan pecel tau kot betapa lagi banyak kuah lagi sedap) Makcik tu bising. Pastu I nak amek sayur pun, dia bising. Haish. Rimas! Orang lain? Kan da cakap, orang lain panggil dia mak, so orang lain buat xdengar je la. I cakap je "Makcik makan je la. Xpe, xyah tengok saya. Kalau makcik tengok saya kang makcik jugak yang sakit ati, kan?" I cakap gaya relaks je. Tapi kalau makan dalam, xtau la kan. I masa tu xleh pk da ayat lagi baik daripada tu. Yang ada dalam kepala, "sibuklah makcik" "makcik jangan kacau saya" "makcik nak ape sebenanya" dll.

I x pk kan pasal dia dah. Cuma, bila dari lunch tadi asyik dengar suara dia je.. xke stress namanya?

K la
Till then
Daa~

Monday, 9 May 2011

Maraton proposed poses - Bride and her girls ;)

as-salam
hye there

U all mesti ada gadis2 pengiring, kan? Jangan dibazirkan usaha dorang tu. Especially yang buat/beli/pakai baju warna yang u suggested tu. Sini I ada silap sikit pasal rasanya I xde tangkap gambar ramai2 dengan dorang2 tu. Huhuh. Maafkan saya, gadis semasa saya. Sesungguhnya saya amat sayangkan kamu semua.

the bride and her girls


 


Buat sementara ni, ini dulu, ok. I da lambat nak start keje pagi ni. Akibat salah bajet laluan baru yang I gatal2 nak explore. Monday is definitely not the best day to try out new ways(?) Tapi, kalau xcuba, xtau la kan =)

Oh, maybe I akan post ni a bit late. Saje nak kasi orang cuci mata dengan prev. entry,

K la
Till then
Daa~

Sunday, 8 May 2011

Maraton proposed poses - Bride rules~ ;)

as-salam
hye there

So, today is Mom's Day. We celebrated by treating Mum lunch at Kenny Rogers & pusing2 sambil main arcade kat Mines. Adik belanja Mum ice-cream. Malam kang xpayah masak. Hari ni hari tanpa masak. Simple, tapi Mum happy ;)

Anyway, I terperasan entry Nora pasal pose pengantin. I rasa sangat excited jugak. Dulu, Masa I tu, I ada jugak study2 pose, tapi masa hari kejadian seperti blur pun ada. Hahaha. Ampeh. So, elok jugak kot kalau u libatkan bridesmaid ke, MOH sekali ke dalam study u tu. 2 heads are much better than 1. Unless u punya hubby pun sporting abes dalam hal 'study posing' ni. My hubby was so sporting to act eventho ada je gambar beliau buat muka pelik2. Tapi nak study tu dia ada sikit kurang rajin. So, I pun, since da blur, I spontan aje. Banyak jugak lah gambar spontan rapu. Ekekek. Hopefully xsengal sangat ;p OP? layannnn aje bride ni.

OK2. I cut things short, ya.

The bride and only bride


Ala2 model, kan kalau dapat buat macam ni ;)

Let's not waist ur DIY effort! or ur killer veil ;)

This is to show off ur headpiece elegantly

I believe this photo can speak for itself ;)

Antara pose wajib, I rasa (tapi xingat diri sdr buat ke x. haha ;p)

This is another type of pose. I will elaborate more later, insyaAllah ;)

I know, there are more to reveal. Mula2 I nak tunjuk sikit2 je. Lama2 rasa excited. Ada banyak lagi gambar I nak tambah. Will up afterwards ;)

K la
Till then
Daa~

Friday, 6 May 2011

: downloaded too many info

as-salam
hye there

Phewh. I spent my morning downloading too many info on house in my head. Mula2 baca, I hepi je. "Oh.. Oh.." Dah lepas 20 minit, mula jadi "Eh. Eh." Akhir sekali respon I adalah "Haih. Haih." Kenapa macam tu? Ekekek. 

Ok. mula2 baca pasal deco dalam rumah. Jadi, "Oh, macam tu. Oh, cara ni bagus". Lepas 20 minit, da masuk bab luaran umah plk. "Eh, banyak ni ke harga grill? (kepada yang xtau, selalunya pemaju x install grill kat rumah baru). Eh, kena deal dengan vendors lagi ke untuk benda2 lain ni?" Jadi akhirnya respon tu bertukar kepada, "Haih, banyaknya kena bayar. Haih, rumitnya nak apply kat rumah aku nanti" 

Jadi I pun da macam ape je sekarang nih. Adakah I sudah terlebih advance? Kesimpulannya, I rasa ada sedikit overload. Maka sibuk buat benda lain plk. Haha.

*Calculate2 bajet. Hmm...*

K la
Till then
Daa~

Thursday, 5 May 2011

: Setelah 1 bulan 2 minggu dan 3 hari.

as-salam
hye there

Kalau diikutkan tickers tu (sebab xnak kira sendiri. haha) sudah 1 bulan 2 minggu dan 3 hari kami berkahwin. Pelik. Tu kot yang I rasa sekarang ni. Sometimes it feels like we have been married forever. Haha. Serious

Dulu, kalau xde cite, blh cover dengan preps update. Sekarang macam xsesuai plk kalau nak cite pasal pokok jambu air belakang umah kena tebang sebab Mum da xlarat nak sapu jambu lagi since 20 years ago. Memang sayang gle la pokok tu da kena tebang. Sobs.

Kalau nak cerita pasal anak, macam masih awal lagi. Terlebih semangat la plk. I xde urgency walaupun nenek beliau macam mengharapkan seorang cicit. Memandangkan kitorang duk jauh, kira ada excuse kukuh la (but we always welcome juniors in our lives) =) Lagipun I nak enjoy hidup berdua ni. Syok gak dating blh 'lebih2'. Tapi xde la sampai nak menunjuk2 kat orang. *enuff said*

Oh well. I nak gerak dulu. Ada hal nak settle. Nanti2 I ada ilham pape, I tulis lagi, ye. 

K la
Till then
Daa~

Tuesday, 3 May 2011

: Jangan dilanggar arahan sekecil itu (part 2)

as-salam
hye there

...sambungan semalam...


Kat pam minyak

"Eh kena keluarkan duit dulu nampaknya ni". Feera pun beratur kat mesin ATM. Ok. Ada 2 orang kakak kat mesin A & B. Feera pun beratur. Selalunya style beratur kat situ macam kat GSC Midvalley. 1 line je, tapi gi ikut kaunter mana yang kosong. X lama lepas tu, kakak kat mesin B da settle. Ok la. Feera baru nak gi kat mesin B, datang sorang mamat, terus berdiri kat mesin B. Mamat tu tengok Feera sekilas, lepas tu terus je keluarkan duit. "Eh, boleh pulak macam tu? Aku ni tunggul ke?" kata Feera dalam hati. Malas nak make a scene, Feera diam je. Sabar. Sabar. Hal kecik je ni.

Feera da selesai keluarkan duit. Esok, dia nak servis kereta kesayangan. Dah dia mintak mak & adik tolong hantar ke pusat servis. Jadi malam ni dia prepare la kereta mak. Isi angin, keluarkan duit untuk servis & isi minyak siap2. Feera suka siapkan awal2. Malas nak sangkut dalam jem lama2. Yela, lagi lambat keluar, lagi panjang la jemnya nanti. Xsuka!

Dari dalam Mesra, kaunter kat dalam dah penuh. Kakak ATM A tadi tengah belikan anaknya roti, pakcik mana ntah tengah beli rokok. "Oh, xpela. Aku bayar kat kaunter luar aje" Elok je sampai kat kaunter luar, Feera sorang2 je. Cantiklah. Tapi yang xcantik tu, Feera terlupa pam berapa dia parking kete mak tadi. "Dik, RM30 untuk kereta..." "Pam 3 eh! Pam 3! Pam 3 RM10!" Eh.. minah mane plk ni. Belum sempat Feera abeskan ayatnya, datang plk sorang minah tergopoh gapah mintak atendan Mesra tu isi pam minyak dia. Atendan Mesra tu baru masuk kerja agaknya. Nmpk macam budak baru amek result SPM. Kesian budak tu pening. "Aaa. Akak ni dulu, eh?" kata adik atendan kat minah sambil tunjuk kat Feera. Minah tu agaknya baru perasan kewujudan Feera terus terdiam. Mira da malas nak layan. Layan2 kang angin plk. Dahla mood Feera da rosak sebab pam angin & ATM tadi. Sekarang dia nak cepat2 setel je bayar duit minyak ni. "Sorry" kata Minah. Feera dengar, tapi xsangka itu untuk dia sebab kebetulan ada sorang brader berjalan ke arah minah.

Nasib baik lepas tu xde pape lagi berlaku. Sampai je kat rumah, terus Feera call Amir - mintak maaf. Satu2nya sebab Feera xmengamuk tadi sebab dalam kepala da replay ayat Amir siang tu. "Abang xkisah sayang nak ke mana, tapi apa2 hal bagitau dulu. Bukan la abang nak larang atau kongkong. Janji bagitau abang sebelum keluar rumah tu" 

p.s: Benda ni betul2 jadi kat I minggu lepas. Saja guna nama anak ganti nama kitorang =) 

p.p.s: Yang penting, walau sekecik mana pun arahan suami, sila lah patuh. Agaknya Allah xredha masa I keluar tu, tu yang dapat macam2 ujian dan dugaan tu. Insaf saya. huhuh. Alhamdulillah.. 

K la
Till then
Daa~

Monday, 2 May 2011

: Jangan dilanggar arahan sekecil itu.

as-salam
hye there

Malam tu, Feera terus keluar rumah. "Ah, xpayah la bagitau kat Amir. Aku keluar isi minyak je pun." Walaupun Amir ada pesan supaya Feera bagitau dia kalau nak ke mana2. Maklumlah, buat sementara ni mereka duduk berasingan sementara nak tunggu salah sorang dapat pindah ke tempat yang lagi satu. 

Di Petronas - pam angin

"Hmm. Baik aku isi angin dulu sebelum isi minyak. Kalau x sah2 aku lupa nanti" Setelah pam pertama rosak, Feera cuba pam kedua. Nasib baik blh. Elok je Feera pam tayar ketiga, datang sorang brader parking dekat dengan kereta dia nak isi angin jugak. Tengok2 pam pertama tu berfungsi. "Hm.. xpe2. Mungkin tadi aku silap adjust agaknya." Usai mengisi angin, Feera nampak sorang brader naik moto dengan sorang perempuan kat belakang keretanya. Awek agaknya. Makin Feera nak reverse, makin brader tu ke depan. Feera tunggu. Brader moto ke belakang sikit. Feera ke belakang. Brader moto reverse lagi sikit. Feera follow suit. Bukan Feera xnak move on. Tapi ruang kat depan tu x cukup lagi. Feera ke depan jugak dalam ruang sempit tu. "Betul pun aku bajet xmuat" Bila nak reverse lagi brader moto da naik angin. Feera gamble je reverse sebab xnak buang masa lagi kat pam tu. Brader moto nak marah? Biarlah. Feera pun da angin jugak ni.

...bersambung...