Have a click on Nuffnang.

Wednesday, 21 November 2012

homemade doorgift

as-salam
hye there

Sabtu lepas I pergi majlis kenduri adik kawan husband. I teka adiknya tu pengantin lelaki. Tapi husband cakap adik kawan dia tu yang perempuan. Hmm. Dah ada iras, in shaa Allah kekal :) 



Comel kan doorgift ni? I rasa benda ni praktikal :) Husband dapat doorgift lain. I rasa macam special la dapat ni. Dalam ni tuan rumah isikan dengan cookies. Sedap! :) Husband tengok siap nak buatkan masa majlis adik-adik nanti. Hahaha. We'll see how it goes, ya.

Tu je nak tunjuk hari ni :) Tak pandai olah ayat kebaboom, tapi terima kasih tuan rumah sebab bagi kami doorgift comel ni. Terasa usaha tuan rumah tu. 

K la
Till then
Daa~

Monday, 19 November 2012

Bucket list 2.

as-salam
hye there

Adapun semalam agenda utama kitorang nak buat revision sama-sama. We went to a class starting last Saturday (read: Bucket list no. 2). Husband duk religiously salin balik nota, I duk tengok tv. Lepas tu cakap tak ada buku nota lepas tu sambung tengok tv. 

Actually masa daftar tu, orang marketing kata books are provided. So I tak bawa la buku apa pun. Sekali masuk kelas lenggang kangkung, cikgu start tulis kat whiteboard. Terabur berlari ke kereta. Nasib baik ada buku conteng-conteng dalam kereta. Hilang cuak. Hahaha.

The class went well. Esok ada satu kelas, Sabtu ada satu kelas. Bila dah selesa nanti, boleh decide nak pergi sekali atau berkali-kali. Dalam seminggu ada 3 kelas. Complete modul dalam 20 topik, tapi setiap kelas akan ajar topik berlainan. Jadi kalau nak habis cepat boleh lah pergi banyak kali. 

Apa pun, alhamdulillah. Sekurang-kurangnya I ada benda nak commit. Perancangan awal lepas habis kelas ni, kami nak sambung kelas lain. Harapnya dipermudahkan. Aaaminn. :)

Things are still early to tell. In Shaa Allah, I akan cuba update lagi dari masa ke masa :)

K laa
Till then
Daa~

Monday, 12 November 2012

Mini updates!

as-salam
hye there

As I stroll down the memory lane several blogs, banyak isu yang membuatkan I nak komen atau I rasa nak buat entry. Tapi beberapa topik tu belum berkenaan dengan I. I tak nak komen sekarang sebab I belum alami lagi benda tu. 

Nursing In Public (NIP)

Sumber: Pinterest
I would like to bf my kids, insyaAllah. Tapi buat masa ni, I tak tolak fm. Adam minum fm, ok je. Cerdik je. Cuma fm ni pricey je la. Tu kot my concern so far. Pasal susu punya stok ada ke tak, seriously, I berserah je pada Allah. Being a TTCian for quite some time now, I learned to be thankful of whatever situation that occurs. 

Cuma kalau nak kata benda yang I ala-ala hangat-hangat tahi ayam ni ialah nak buat stok EBM la. Konon usha Medela Freestyle. Tapi satgi harap beli je. Hehe.

Pasal NIP, I belum berbincang dengan husband. I rasa kami akan decide bila masanya tiba.

Housewife vs Career wife

I became a housewife since late May/early June. Previously I was working in a private company and I was climbing my way to the top of my career path then. Mula-mula berhenti tu memang rasa tak tentu arah juga. Dengan tak kenal sesiapa pun kat sini, rasa kalau boleh setiap minggu pun nak balik rumah MumDad, macam-macam lah. Sekarang dah ok. At least I dah boleh masak untuk husband. Lauk hantam pun husband kata ok. So, ok lah. (tapi still tak confident nak masak kat dapur orang lain atau untuk orang lain lagi)

One of the reasons, that I think, for me being yet able to conceive is stress. Kerja I memang stress sangat. Actually kerja tu ok. I memang suka. Tapi keadaan sekeliling la macam-macam. Company tu ada HQ di KL, tapi operation office in a rural place. So, dengan masalah orang, bukan orang, orang tempatan, orang seberang, LDM, travel every weekend, every fortnight.. Therefore, I decided to be a housewife in order to lessen the stress. Dengan harapan dapat conceive naturally. 

So, I tak support nor condemn mana-mana working or non-working moms. We have our own reason. Mum is a housewife and pernah babysit my cousins. I have seen the plus minus of both mothers - Mum and Aunt. 

Trying To Conceive (TTC)

Topik lama, sorry to say. :) Still trying. Latest, ada sesuatu yang khabarnya mengganggu proses nak conceive. Semoga usaha kami berhasil untuk membuang pengganggu tu lah, whatever it is :)

Anyway,putting that aside (for a while) my neighbours' babies have been cranky lately. Mungkin sejuk kot. Semoga kesihatan mereka tidak dipengaruhi musim hujan ni. We have constantly ask ourselves whether we feel disturbed by them, crying their hearts out even from midnight onwards, and the answer is still no. Most probably because we are the elders among our siblings, husband is the eldest while I have 4 younger siblings. So the cries is just normal. (in fact, I am a crybaby myself! haha) :p *sila padamkan rahsia itu dari ingatan anda. hehe*

All being said, masih ada lagi benda yang I nak cakap, tapi I tunggu dulu lah. Esok-esok buat entry macam ni je.

Ok lah, ek. Nak sambung tengok Running Man. I tak boleh tidur malam ni. Tadi terlelap dalam kul 8.30 malam dan terjaga jam 11 lebih. Husband punya biological clock berfungsi dengan baik. Haha. Sangat cemburu dengan beliau :D

Take care ya.
Till we meet again.