Have a click on Nuffnang.

Monday, 31 January 2011

Steps to DIY the veil

salam
hye there

Berikutan kepada semangat untuk membuat sendiri veil, I telah pun mencedok cara-cara pembuatan daripada sana sini (nanti I ingat, I link u, ya. Sekarang I xingat kat mane I amek. huhu) So, roughly it is as follows:

Kain: Net lembut (adakah sama dengan tulle? oh, idk. anybody knows?) 
Border lace
tali/benang, pita ukur, pensel, gunting, benang, jarum.

Cara-cara:
1) Amek benang or tali, ukur dari kepala ke seberapa panjang yang u nak. (let it be shoulder length, waist length, ankle length, floor length, or meleret2. up to u. tapi kalau rendah, preferably sampai waist length je) - currently mine is fingertip long - sayang nak kerat pendek net tu. Tgk la nanti sesuai ke x dengan baju =)



2) Ukur la berapa panjang tali tersebut

3) Beli net lembut tu according to the preferred length - Kamdar @ Taman Prima Saujana (near Giant) Kajang sells at RM7 per meter (it's rm6++. xingat exact price)

4) Beli border lace sepanjang veil (depends, nak keliling ke, kat atas kepala sket je ke) - Jakel @ S.Alam sells nice borders (blh bahagi 2) for RM118 per meter.

5) Potong veil. Part ni ada banyak cara. Tapi as suggested by someone, kalau u nak pendek je, u potong ikut bentuk D. If panjang, u buat macam bentuk U. Ni supaya yang bahagian straight tu u blh letak kat kepala u. so that dia jatuh cantik je. Still, ada jugak yang buat bulat. Ikut imaginasi la. - Mula2 I potong bentuk U, pastu xjadi, potong ala2 oval

6) Jahit border lace keliling veil. (ramai cakap blh patch corak lace kat veil tu. Sape2 yang tau buat, blh la buat. I xreti. (cries~)). - I bought another set of border lace corak bunga & daun, I gunting, pastu patch kat net lebih untuk design corak yang sesuai. Ingat nak beli lagi untuk bagi meriah sket & blh letak both kat kepala n belakang =)


Sekadar idea, boleh jugak jahit manik seperti contoh di bawah ;


floor only

from waist down

top to bottom

credit to: theflirtyguide

7) Then, siap. - mine belum sebab masih mencari lagi bahan2 tambahan =)

If u want more infomation, boleh browse thru The Flirty Guide & Glamourous Gowns. Banyak jugak info dia, ok girls =) IF I ada info lagi, I update kat sini, ok

K la
Till then
Daa~

Sunday, 30 January 2011

NK! - perancangan ke arah DIY veil nikah

salam
hye there

Semalam I cuti sebab arini I kerja. Kerja ahad - agak loser di situ, as said by my bro. Xpe. Minggu ni je. hehehe. BTW, semalam I siapkan menyampul polisterin untuk hiasan hantaran. Mum does not agree to use fresh flowers again, besides, we got this nice (actually nak claim great cam segan sket) idea of using ribbon for the decoration. Oh ye la. Da cerita dah aritu ;p Hee. Apela ulang2 cerita.

So happy that I've finished doing it. Leceh men gam. Tapi memang I suka buat benda renyeh2 gitu. Pastu, tadi I was so happy sebab I da tau cane nak DIY veil (so lame. lambat kot nak tau) - well basically tau la. Exactly how, I macam belum reti sangat - sewing is not my cuppa tea.. ;p So sekarang I nak kena cari kain net lembut tu. Maybe at Kamdar - great, I blh singgah Kamdar at Mid. Tengah pk, nak beli ke x border lace tu. Nanti cek la kat Jakel - blh turun Jakel S.Alam n meet my bestie there =) 

Da lompat2 blog, rupa2nya ramai je yang ada dilema macam I. Ape lagi, korekla tips, kan? Hehe. K la. We'll see how it goes, ya

K la.
Till then
Daa~

Saturday, 29 January 2011

Style baju nikah yang mungkin boleh memberikan idea/inspirasi =)

salam
hye there

Rasa2nya yang tengok blog I ni ada yang minat pasal style baju ye? Mungkin nak cari2 idea ek? I ni straight forward je. Xreti design2 pun. Pastu berangan je lebih. Entry utk style baju pun sekeping je. hehe. 

Hasil I blogwalking, ramai yang minat baju kurung untuk dipakai waktu nikah sebab boleh dipakai berkali2, kan? Maka ni I ada Google kan style baju kurung. Mungkin ada yang minat? Mungkin ada yang boleh dapat idea untuk design baju sendiri ke.. feel free, ya. (Komen2 I pasal baju ni memang la bukan komen bertauliah. Sekadar rasa2 sendiri je =) )


Baju Siti tu cantik juga. Agak bling2. Tengokkan gambar, ni AJL bila ntah. Tapi style tu blh diguna pakai lagi, kan? Bagi yang rendah - macam I, kalau pakai macam Noraniza Idris tu, memang nampak ilusi kaki panjang. =)

credit to: Sulam Qistina (pls ignore the sold out sign)

Rasa2 I, style ex-b2b Zalia lebih kurang camni (part divisyen between the bosom and the waist - tapi dia punya lebih comel =) ) Style ni kalau nak buat dress or jubah pun I rasa ok jugak. panjangkan je baju tu. Beading kat leher tu da cantik dah.

credit to: Wanz collection

Cekak2 kat tangan has been my "in thing" since engagement. So me. haha.

credit to: Kurungpahang

Again, Siti Nurhaliza. I bukan fan dia tapi I like the bow or ribbon kat depan tu. hmm..


Details for white dresses
These 3 are just so sweet. I nak tunjuk detailing of beads and all at the neck and the lengan baju. 

credit to: Sri Exora

credit to: Sri Feeza


Baju nikah artis

Maya Karin

Kalau kawan2 nak tengok lagi baju2 artis pilihan, Aya & Dumbtwet (sori, yang. I xtau nama u) ada buat review baju kahwin artis =)

K la,
Hope I helped even a teeeny bit! =)

Till then
Daa

Friday, 28 January 2011

aih.. pabila sumber kewangan tersekat.

salam
hye there

Baru-baru ni, dapat tau sumber kewangan saya disekat. Aduh. Mane la I nak korek duit. Da wat deal dengan sumber tapi disebabkan masalah tertentu, dikerat separuh. Huhu. Jadi di masa saya sedang bersedih-sedih, saya juga harus mencari jalan penyelesaian. Sobs. Selamat tinggal pelamin impian.. 

sila bayangkan pohon ini dicantas separuh..

selamat tinggal... oh selamat tinggal.. (sambil membayangkan angan2 lain2 itu. hehehe)

K la

Tengok Asyraf Sinclair berlakon ni wat I rasa cam drama queen plk. Haha. 

Till then. girls.
Daa~

Thursday, 27 January 2011

setelah 1 bulan 1 minggu dan 1 hari.

salam
hye there.

Tadi tengok tickers, rupa2nya da 1 bulan 1 minggu dan 1 hari I ada B, si encik tunang. So, apekah perasaan I waktu ni? Bila borak dengan kawan yang da kawen, I rasa SEMANGAT! - wah, kawen2 pastu leh dapat baby (saja nak deflect kesedaran akan tanggungjawab yang besar itu) ;p Bila borak dengan kawan yang single, I rasa ting tong sket - wah, adakah aku akan menamatkan zaman gadisku secepat ini (gadis? buwek buwek. hahaha)  Bila borak dengan kawan2 b2b, rasa sedikit sengal - wah, hebatnya h2b dia. Yang penting, Bila borak dengan B, I rasa xsabar - wah, bagusnya dating pas kawen (haha. sedikit kinky di situ)

Asalnya I nak cerita pasal B. Tapi, I rasa cerita I SANGAT PLAIN. There's nothing to tell. Hee. Maka I hadiahkan lagu ni utk B. =) 

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu


Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu 


Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa


Kasihku ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya


Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu


Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu



Masuk dalam list OST terus. Hee~

K la.
Till then
Daa~

entri melankolik - terima kasih kawan-kawan =)

salam
hye  there

Hm. Sebenarnya, sekarang ni I tengah sit back and reviewing back things. Previously, I planned a simple wedding. Seriously simple gile! Masa tu, fikir nak tempah je set wedding kat 1 bridal. Take whatever the package includes - tapi mmg nak pelamin panel ;p Doorgift bagi telur rebus je. Yang penting, mekap I cantik, gambar lawa, makan sedap.

Masa tu x pernah terfikir pun, nak centrepiece, nak guestbook, nak bridesmaid, nak OST, nak veil cantik, nak baju cantik untuk semua orang, nak hantaran gempak.. Banyaknya yang I belajar daripada blogger brides yang lain. 

Cons: 
1) Nak jugak apa yang orang buat or at least ape yang orang lain boleh DIY.
2) Jeles kalau kawan2 punya majlis sangat meriah 
3) Jeles bila family/kawan2 orang lain tolong sponsor apa2 so that pengantin xpayah keluar banyak belanja
4) Jeles bila orang buat persiapan dengan incik tunang masing2 

Tapi di sebalik semua ni, Pros pun ada.. =)
1) I dapat buat benda yang EXTRA special untuk majlis I
2) I dapat share rasa the negatives and of course, the positive feelings bagi kawan2 yang mengharungi hari bahagia dorang - ni esp blogger brides la since my close friends sume singles and available ladies. Da macam klaka plk nak cerita banyak2 dengan dorang. (tapi heart my bestie kerana sudi melayan karenah dan ceritera aku. kamu tau kamu siapa =) )
3) Masa yang singkat dengan B buat benda yang I buat tu lebih I hargai
4) Kena plan almost everything (minus khemah n catering) buat I tabah menghadapi cabaran kerja yang bertambah2 sejak kebelakangan ni yang memang memerlukan good planning (haha. boleh x?)
5) I dapat kenal ramai kawan baru, orang yang terlibat dalam industri, cuci2 mata & yang paling best, benda yang I baru pk2 atau baru nak bayang, kawan2 blogger da tunjukkan bendanya yang memang betul2 ada dalam real world. Yeay! Cth: veil cantik2, style baju yang mengancam.. macam2 lagi =)

Maka, I mengaku, kadang-kadang I tersasar daripada tujuan asal.. bermodalkan I anak perempuan yang 1st. Abang-abang punya majlis bertandang da superb, I sebagai anak perempuan perlu menjadi lebih superb sbb bukan kawan2 je yang tengok, jiran2, anak2 kawan Dad, pendek kata utk mata orang. Pastu mula la nak macam2 yang orang ada kan.. 

Tapi bila rasa tercekik xmampu, I sedarkan diri semula. Kawan-kawan mungkin ada masa 1 tahun untuk merancang majlis masing2, I ada masa 3 bulan je. (Risik in September 2010, Tunang in December 2010 & Wedding in March 2011) So, haruslah sedar, kan? hehe. Lagipun, kalau bandingkan dengan perancangan asal, I masih akan dapat makan sedap - sebab amek caterer sama dengan abang2 and so far ramai je orang suka, mekap cantik - amek MUA sama macam tunang, kawan2 kata nampak natural, and gambar lawa - yang ni I yakin dengan OP I.

Apa2 pun, I nak ucap terima kasih kat SEMUA kawan2 yang berikan saya inspirasi sepanjang saya berblogging. Tanpa anda, majlis saya xkan seindah yang dalam progress sekarang =)

T.E.R.I.M.A K.A.S.I.H B.A.N.Y.A.K-B.A.N.Y.A.K!

p/s: walaupun entri ini adalah sepatutnya dipost pada waktu selepas majlis, tapi saya memang nak ucapkan terima kasih sekarang =)

K la
Till then
Daa~

Wednesday, 26 January 2011

NK! - affordable dream dais hunting~

salam
hye there

Sekarang, since I rasa nak jugak2 pelamin panel (even 1 panel je pun) I started my dais hunting. Xkira. Mengada ke ape ke. I want it! (dapat ke x, lain cerita. kurang2 da usaha dah, kan.. =) )

So far da survey yang nie:
credit to: zielynn's boutique - dorang xfree on my date. Huhu.

credit to: ADL Weddings


So far yang ada ni I da email Q. Nanti2 I update mana2 yang I da survey, ok. =)

K la,
Till then
Daa~

Tuesday, 25 January 2011

kekecewaan melihatkan baju adik-adik saya.

salam
hye there

Hm.. I picked up sis' dresses late Saturday afternoon. I was so happy to see that the dresses was done earlier than she (akak butik X) said it would be. (memang selalunya camtu kan) Adik2 I xikut since there are only 3 of us like I told in one of the earlier posts. 

Kat umah, Mum tengok jahitan baju tu, Mum puji la. Kata jahitannya kemas. So I pun hepi la dengar. Bila adik2 da balik, they tried to put 'em on. Kurung biasa or maybe it's a kurung moden, idk, jadi cam straight cut in a sense that when sis put it on, da macam pakai kotak dah. Dahla lengan dia pendek. I geram, tapi bila adik I tarik muka, I wat klaka2 je la. Dia kata dia akan cakap sendiri kat akak tu nanti. 

Bila adik yang 2nd pakai baju dia, baju kurung Pahang or kakak tu kata baju kurung Riau, da macam roket. Literally! Bahagian atas sendat, she barely fits into it and yang tepi bahagian kembang tu cam k.e.m.b.a.n.g g.i.l.a. then her kain kipas belakang seems straight la kan. So u girls cuba bayangkan.. atas sendat (like r.e.a.l.l.y fit to the body) bahagian bawah kembang gila, then kat kaki straight. X ke macam roket? 

We made jokes out of it. Tapi SANGAT RALAT la hantar kat situ. Padahal akak tu amek ukuran adik I ikut baju yang dorang pakai (kebetulan masa kitorang tempah, adik2 memang tengah pakai baju kurung & kurung pahang dorang) Sedih kot. Adik pun cakap, kalau tau, baik hantar kat bibik Auntie (bibik jiran memang blh jahit. Tapi masa tu nak adik2 merasa la sentuhan the-so-called-boutique-ternama - or at least the boutique she previously worked in IS renowned)

Kalau nak tau tu butik mana, ada I bagitau dalam post lepas2. Kalau rajin, godek la. Papehal pun, nanti Mum akan bawak Sis' gi butik tu & alter pape yang patut.

K la.
Till then
Daa~

Monday, 24 January 2011

NK! - Progress kad kahwin

salam
hye there

So, Khamis B n I gi tempah kad @ kadkahwinku.com itu. Xnak komen banyak la. Jumaat I gi hantar map I (actually kad kahwin abang I last September) sebab tertinggal masa tempah hari Khamis tu. Mengikut kata Ayu, dalam seminggu dorang akan call untuk I approve draft. So, ok la.

Pagi Sabtu, Ayu call I. Dia ajak datang untuk cek draft - "Wah, so fast!", I cakap dalam hati. Hehe. So, Mum, Dad & I gi la check. (sebenarnya, kitorang punya plan hantar adik gi sekolah-tengok draft kad-gi tempah baju Dad. sebab tu la watak Dad muncul dalam cerita di atas. hehe)

Dad yang proof read kad tu. Cerewet la Dad I - I baruuuuuuu tau! haha. Even though I sent my bro's card, tapi map I tu Dad alter lagi. I pun dengar je la. Siap panggil designer keluar. (I don't have the skill to design my own card. huhu) Then brader designer kata tunggu kejap and terus betulkan everything. Pastu da boleh proceed untuk printing. Yeay!

Now, I can sit back & relax. Tinggal nak amek on Feb, 23rd. Then post sket utk B, sket utk FDIL & most of it for Dad's friends (Kawan2 Dad bising xajak for brother's wedding last year - my bros kawen on April and Sept last year. So kena extra la this time to cover up the last time tu. This explains his meticulousness, ya?)

OK. Cards checked! Next!!! 

hee~
Till then
Daa~

Sunday, 23 January 2011

Pelamin anganku.. musnah?

salam
hye there

Hm. If u girls nak tau.. I selaluuuu idamkan pelamin panel. Contohnya macam ni:
credit to: Ratu Bridal

xpun, yang macam ni ke:

Sweet and simple je yang 2nd ni. Pakej dia ok la. Lebih kurang je dengan yang I amek tu. I nak amek pelamin je, tapi pelamin ni off budget la pula. Sobbbs.

Pelamin yang I amek tu, xde pulak gambar contoh. I hate dislike sangat2. Tapi bukan salah bridal yang I tempah tu la. Salah I yang bajet ciput. So have to go with what my budget can afford me. Cry~ Oh, xpela. We'll just go traditional, yeay! [memujuk hati sendiri]

p/s: angan2 je la musnah. pelamin xmusnah lagi. 

K la
Till then
Daa~


sobbbbbbbbsssss~

Saturday, 22 January 2011

NK! - Baju Sanding + Baju bertandang

salam
hye there

Maka, kali ni nak cerita perihal baju sanding n baju bertandang I. Ada orang suka reveal after the majlis. I reveal sekarang je terus. Haha. 

I da pilih2 da baju biru, 1st tu tinggal nak alter buang lagi 4 inci. tapi labuhnya mak aih.. Memang dibuat utk orang tinggi agaknya. Bila I pakai macam nostalgia lak. Dulu2 masa kecik selalu pakai baju Mum, kan.. camtu la perasaannya. Hehe. 2nd dress, da cantik dah. Warna memang rich. Tapi kena pakai korset la pula. I rasa boobs macam besar sebab as if u pakai papan in front of u. Then, nampak satu baju kat mannequin. Try je la kan yg 3rd ni. Kalau xngam, pilih yang 2nd kot sebab warnanya lebih cantik. So, my baju bersanding is somewhat macam ni:

Eh.. bukan2. Ni cik Heliza yang comel. Tapi warna da betul dah. Jap2. Cari yang betul2 punya.



credit to: Rias Pengantin


[I rasa kalau u click link tu blh nampak kot baju yang I maksudkan..]

B suka sebab yang lagi 2 tu macam jarang sket la. Yang ni ok sket. Tapi B xpakai la tengkolok pink (and sampin pun pink) tu. Dia xminat warna tu. I ok aje. So I pakai tudung biru nak match dengan sampin & tengkolok biru dia nanti. Kak Ina xpuas ati betul sebab B xnak pakai pink. Xpela B, kita yang nak kawen, kan. =)

Baju bertandang plk I amek songket. Mum kata, sini da lace, sana songket la pula. Plus sesuai la dengan konsep kat sana yang lebih bersifat sopan. =)

Warna baju kitorang tu ala2 macam ni:
credit to: Senja Nan Merah

Tapi style ada lain sikit la. Actually, my wedding ni memang banyak main warna putih. Baju nikah da putih, theme color da biru putih, tup2 B nak putih jugak masa kat side dia. Layan je laa.

So ni je la update baju. My baju nikah siap dalam next month, sekali dengan baju nikah B - sume hantar kat Kimie Kajang je. Malas nak pening2.

So, k la.
Till then
Daa~

Friday, 21 January 2011

Progress menuju ke February.

salam.
hye there.

I've been swamped with work for the past week. Now with the new management I have to came up with good plans kalau xnak kena tembak sampai mati. ;p Pastu I tido kat area tpt keje which means there's no internet connection although I want to update things so badly =) InsyaAllah, next week internet won't be a problem nemore - hopefully =)

So, what's there to update? hahaha. BANYAK jugak la, ok. Tapi banyak blh cakap je. Gambar saje nak sorok. -ntahpape- So ape ye yang nak disorok sangat tu.

1- Cadar pengantin cum langsir bilik.
Cadar pengantin I, I beli kat Jakel S.A. Sangat selesa kat situ. Plus, da pandai dah. If SA xbest, we walk off. Xdela sampai da deal ke ape ke baru walk off. Gila xbaik buat camtu. Masa awal2 tu la. Cakap xpe, nak tengok sdr. Pernah jugak satu kali, kitorang 3 beradik, masuk dalam kedai, kan. Pastu agaknya SA ingat kitorang anak2 orang kat depan. (ni memang seriously unintended, ok) Dorang xfolo la. Mula2 ok. Tapi pastu bila nak potong kain, ha, gelabah nak cari SA. Maka jangan ikut orang depan dekat sangat. Hehe.

I beli cadar ni dah lama dah. Masa Jakel ada sale. Sekali dengan kain nikah, kain adik, kain Mum n Dad sume. Actually xcadang pun nak beli cadar tu. Mum kata beli je la. I pun ada rezeki lebih masa tu. So I pun splurged la on the bedsheet. (sampai sekarang terfikir2.. betul ke tindakan saya itu. haha. tapi kalau xbeli masa tu, confirm masa ni pun da xbeli dah-tapi I should brush up my bargaining skills) I pilih turquoise - ikut theme color. Sekarang nak hunt for new plushy pillows. Yeay!

Langsir plk, Mum nak beli warna putih. Tapi kedai da xjual la warna putih melainkan yang jarang dan sexy itu. So, we end up beli warna biru yang tebal sket sebab da ada dah yang jarang tu. Yang jarang tu, guna waktu siang je. Malam tu terus ganti dengan yang baru. Kenapa xguna yang biru tu je? Bilik I da bercat biru dah. So nanti dinding biru, alas katil biru, langsir biru, sume biru, pening plk.. tapi untuk mata sendiri xpe. =)

2 - Doorgift and hiasan hantaran
Doorgift and hiasan hantaran ni I borong kat Nilai 3. Macam2 kedai jugak la kitorang pergi aritu.   ZC baru & ZC lama (ni gambar ZC lama), TQ & Lia (lupa dah nama penuh dia). Doorgift kitorang memang kitorang bagi  telur rebus je. So nak cari bekasnya la aritu. Asalnya Mum nak bagi bag sekali. Tapi sebab over budget, we stick to bekas telur je =) 

Hantaran masa tunang aritu da buat dengan fresh flowers, maka kali ni we want to make it simple. Guna ribbon2 and bunga plastik sket. So mintak la kakak kat ZC tu ajar cara buat ribbon tu. For the 1 yang dia demo tu, dia charge la. Xmahal pun, RM8 je. So ok la kan. 

Balik je rumah, Mum terus buat riben hiasan tu, Sis plk terus anyam bekas bunga telur. Sekarang tinggal nak balut sket lagi, pastu tunggu barang je. Since kali ni I nak bagi banyak sweets (ye, I memang terbalik. Masa tunang la bagi banyak barang, fresh flowers bagai. Tapi masa kawen sempoi je kan. haha) So banyak yang kena buat masa da dekat2 nanti. Since I mintak B beli barang sdr (sbb nak dia beli benda yang dia betul2 suka), lambat plk dia nak bagi - xleh nak pilih katanya. Pulak dah, kan. Xpe B. Kalau susah sangat nak pilih, kang I yang pilihkan untuk B, ok =) 

Hm.. ni je ke update I yang banyak sangat tu? Haha. Bila da compile, ni je ek? BANYAK konon. Hehe. Ada lagi nanti. I simpan utk post lain plk.

K la.
Till then
Daa~

Wednesday, 12 January 2011

NK! - Kad kahwin

Salam
Hye there

So kali ni nak cerita pasal kad kahwin. I went to kadkahwinku.com kat Hentian Kajang (literally in Hentian Kajang building) with Mum last Thursday because it was nearby to my house. Jumaat da kena gi Melaka – outstation sampai Ahad. So I lari kejap la ke Hentian Kajang masa tu. Kedai tu comel. (Oh, saya tidak tahu bagaimana rupa kedai kad kahwin yang lain. Maka saya rasa kedai itu sangat comel =) )

Masuk2 kedai tu kena bukak selipar ye kawan2. Yang in charge kat situ adalah seorang lady yang namanya I x tanya (ye, saya memang teruk. Maaf!) Pada saya, PR lady itu ada sikiiiiiiiiit off. Tapi since saya rasa saya pun ada sedikit kurang sopan kerana saya bad mud pada hari kejadian hasil PMS, maka saya anggap je itu adalah respon terhadap cara saya menyoal ;p

Ok. Back to the story, ada 2 panggil apa ek.. haa. Staff. Ada lagi 2 staff. Tapi agaknya staff tu baru lagi kot. Sebab, selain kitorang, ada kapel lain n sorang brader. Kapel tu tanya pasal kad kat staff kat situ tapi dorang macam xtau pape pun sangat. Muka manis la tapi. I pun ada tanya2 jugak awal2 tu, tapi as I said, dorang macam xsure sangat, so I da xtanya dah. Tengok2 aje. =) Ok jugak la. Nak belek2, nak berangan2 xde orang kacau. =)

Anyway, I decided to take the simplest 1 sebabnya, dah xsempat nak amek yang flashy2. (yang paling penting cepat siap dan murah. Haha) Lady tu kata, dorang perlukan 29 hari utk proses kad tu, tapi ni xtermasuk sabtu & ahad. Pastu I masa tu xleh nak order sebab map B xde lagi. So cane2 pun I kena order sebelum habis hujung January to ensure the cards siap in mid February. Mum la yang risau sangat kad xsempat nak edar. Padahal I think kalau edar cepat sangat pun, nanti ada orang yang terlupa. (Kukuh x alasan ni? Hehe)

So I da bagitau B, dia akan turun next week and hopefully we can settle this matter by then. (tapi dalam kepala tetiba mau DIY sbb tengokkan ada design kat dalam kedai tu yang senang. Hee~ ;p)

Pada sape2 yang nak tengok kad2 tu, blh browse thru www.kadkahwinku.com or blh gi kat tingkat satu, Hentian Kajang – if u naik escalator, it’s on ur left (tpt KFC dulu)

K la
Till then~

Tuesday, 11 January 2011

NK! - ko nak kawen ke xnak sebenarnya ni?

Salam
Hye there

Sekarang I rasa mau update list.

Mine
Baju nikah – design done, deposit is on its way
Baju sanding – tinggal nak gi pilih je
Baju bertandang – tinggal nak pilih je jgk (oh sedikit seram dengan cdgn mak andam ;p)
Pelamin – da pilih design  done
Bantal alas – sekali dengan pelamin
Kasut nikah – pakai sport shoes je macam nak tunggu CNY baru nak cari
Veil – alamak, lupa kena buat pending

His
Baju nikah – belum tempah lagi (dush!)
Sampin & songkok – done
Kasut nikah – pandai2 cari sdr la B sayang ye.

Hiasan
Centerpiece – da tau nak buat yang mana cuma nak cari bekas kaca je
Guestbook – tinggal nak hantar gi printing
Doorgift – tunggu Mem besar decide

Big things
Catering – Abang Man – Dad decide
Khemah – Abang Man

Benda penting!
Kursus kahwin – da lama setel
Borang2 – pending (yikes!)
HIV test – 2-2 done! (yeay!)
Talasemia test – ape itu? Hahaha (nampak sangat xbuat)
Kad – baru nak terkedek2 gi order
OP – baru nak booking (nasib baik OP SANGAT steady. Ye tau. Steady2 pun blh jadi ganas kalau lmbt sgt ;p sory OP!)
His duit tol – belum tukar lagi
Pengapit Bangi – MOH setel! Bestman pending.
Pengapit Jelebu – MOH + Bestman pending (Wargh!)
Bridesmaid – done

Hantaran
My side – tinggal lagi.. err.. 9 out of 9?
Hiasan hantaran – xbuat ape pun lagi – gamble mode
His side – IDK. Biar dia buat list sdr. Hahaha ;p

Kesimpulan? Makin dekat dengan hari, makin kurang rajin pula sejak akhir2 ini. Oh well, xsabar nak cuti & settle things once and for all.

Monday, 3 January 2011

NK! - style baju nikah. erm...

salam
hye there

I just came back from sending the dress to be sewn. Ok. Initially I nak buat style yang macam ni:

credit to Ella

Tapi, setelah I tried one, I rasa I yang kontot ni akan jadi lebih ketot. So I cancelled. I go with my plan 6 years ago (sebelum berubah menjadi berjuta2 design yang lain. ekekeke) yang konon2 nak baju ala2 jubah tapi pastu terus tukar jadi gaun.

Jadi Kak Ina, Mum n I berbincang2 pasal style baju I ni. Antara isi perbincangan tu kami amek keputusan nak buat style baju lebih kurang macam ni:

credit to Adda

Belakang ada butang macam ni:


Tangan cuff macam ni:
credit to Hana

Leher macam ni (tapi xde lubang tu):
credit to Portal : 3P

So nanti Kak Ina nak check berapa dia nak quote I. Oh yes. Disebabkan idea ni idea sejenak, maka quotation belum berlaku. I pun xtau cane la hasil akhirnya. Hee. So, nanti I update, ok. 

Tapi ada possibility I xjadi pakai style ni. Kalau ada yang kenan, amek aje la. I ok saje. Xde hal kot =)

The invitation has yet to come~

salam
hye there

Ni sebenarnya adalah sticky post. Ape ek nak cakap.. ha, previously, ada I cerita pasal a group of people yang join this 1 lovely group. I was wondering how they become the members of that group. Then there's a member said members being members by invitation. Katanya mau ajak aku. Namun till now pun the invitation xde2 lagi. Oh well, maybe I've done something that made them change their minds. Xpela. Xde rezeki di sana agaknya =) Lagipun my biggest fear is that I cant commit to that group - dengan time limit yang I ada, xpayah la cari pasal cik aNis oi.

So tu je la post pendek arini. Hahaha. Xde niat nak tembak sape2 la. Cuma cam confuse sedikit - adakah saya telah menyakitkan hati sesiapa? Kalau ada, saya mintak maaf, ya :) peace!

K la
Till then
Daa~

Saturday, 1 January 2011

Si semangat terus terusan menjadi pemalas. haha. Welcome 01.01.2011!

salam
hye there

31st December 2010

Pernah x korang rasa, malas nak buat ape2? I'm in the wedding blues ni. Tiba2 macam xsemangat nak update pape. I mean sebab memang xde benda nak diupdate. For the past few days I rasa down gile. Oh ni bukan disebabkan bridezilla ke ape ke. Cuma ada sket issue dengan encik B.

Tiba2 I rasa penat nak uruskan semuanya sendiri. (oh sungguh malu sebab baru je cakap dengan Aya buat benda satu2) Kadang2 rasa geram pun ada since kitorang duk jauh sangat. Believe me, technology is not an option to help us out. 

huhhhh. Ya Allah, berikanlah kekuatan... fuhhhhhh. 

------------------------------------------------------------------------

1st January 2011

OK. Esok gi tempah baju nikah for me, and baju untuk Mum n Sis. Yeay. I nak try Dzihni Boutique. Collection dia macam ok juga. (Tapi nak hantar baju Sis je di situ. hehe) A friend said Kak Ina tend to do things according to her likings. So baju my Mum I nak hantar gi Kimie since Kak Ina in Kimie ok je. (ingat x my post yang cerita pasal kitorang pernah deal dengan tukang jahit yang jahit ikut kehendak dia. So our bajus jadi disaster. I xnak risikokan baju Mum. Tapi tengok la esok macam mane - adakah Kak Ina Dzihni akan berjaya mempengaruhi Mum. hehe)

Pastu nak singgah Kimie Kajang untuk urusan seterusnya. Kalau rajin I lari gi S.Alam. Nak gi Karnival Pengantin kat Stadium Malawati Shah Alam. Tengok2 apa ada kat situ. Oh, n maybe meet my OP too.


OK la tu. I settle yang tu dulu. Pastu baru la pk yang lain2 tu. B is coming back on Chinese New Year. Cuti sekejap je but cane2 pun kena settle borang, card, baju and barang hantaran - las minute shopping. (i loike! hehe) Ok. Cane2 pun MESTi kena setelkan by this month. 

Hmm. Ok la tu. Watching 3 Idiots really light up my spirit. Happy je gelak2. 

K, (da berjuta kali kot Ok ni. ;p) Welcoming 01/01/2011 into our lives. Semoga saya lebih rajin pada tahun 2011! :)

Till then
Daa~