Have a click on Nuffnang.

Showing posts with label hubby. Show all posts
Showing posts with label hubby. Show all posts

Saturday, 7 July 2012

Wajik durian air tangan suami.

as-salam
hye there

*warning. gaya penceritaan setaraf budak darjah 6 (tahun 1997). Memang bosan gils. Hahahaha.

Pada suatu hari, Abu terasa nak makan wajik. Lalu isterinya tolong mencarikan resepi untuknya. Gigih Abu mendalami resepi tersebut. "Oh, kena kukus dulu beras pulut ni." "Tapi abang, kita tak ada pengukus."

Seusai dibelikan pengukus, terus direndam beras pulut semalaman. Bagus juga si isteri beli beras pulut tu awal-awal. Katanya nak dibuat sotong sumbat. Tapi bayang pun tak ada. *hehehe*

"Ok, yang. Sayang kemas la apa-apa yang patut. Biar abang kukus beras ni.". Si isteri hanya mengangguk. Jam sudah pun menunjukkan 10 malam. Setelah jam 11 malam, Abu berpuas hati dengan kukusannya. "Hm. Resepi kata, kukus 500g beras pulut dalam masa 40 minit. Ni dah sejam ni, dah ok lah ni. (*ni ikut resepi lain rasanya. Bukan yang I linkedkan ni*)"

Malam esoknya, Abu menimbang segala gula pasir, gula melaka, gula apa lagi lah untuk dibuat sira. "50g gula pasir, 750g gula melaka, secubit dua garam - dicairkan dengan 1 1/2 cawan air atas api perlahan" "Yang, tolong tapis, dah larut dah ni gulanya" Resepi kata masukkan santan kedalam gula ini dan masakkan sehingga pekat dan bertali. "Aik bertali ni macam mana pulak? Yang, bertali ni apa, yang?" "Mungkin bila kita curah dari senduk ke dalam kuali, dia tak putus-putus kot, Bie?" "A'ah, mungkin sampai likat kot.."

"Lepas ni, apa lagi nak dibuat, abang?" "Oh, ambilkan durian tu. Abang dah asingkan daripada biji dah tadi" "Wow, cekapnya handsome I ni!" Abu tersenyum bangga dipuji si isteri. Setelah durian hancur, barulah pulut dimasukkan sampai adunan tidak melekat di senduk.

Abu memasukkan wajik tadi ke dalam mangkuk dan terus menyimpan mangkuk tersebut ke dalam peti sejuk. 

...............................................

Ok. Saje cerita resipi wajik durian kat sini. Gila lame. Hahaha. I nak gi housewarming neighbour. Segan tak bawak apa-apa. Jadi I buat la ala-ala bite size la kunun. 


Tak sempat nak balut plastik or hias cantik-cantik. Boleh lah ek? Resepi asal refer sini. 


K la.
Daa~

Sunday, 11 September 2011

: entah apa2 je saya ngomel arini.

as-salam
hye there

Hm. Sebetulnya isi entri ni I da duk pk dari kelmarin. Tapi disebabkan masa tu I kena jadi runner jadi I xsempat nak menaip apa2. Malam tadi layan hindustan dengan Mum. Salman Khan, Ajay Devgan dengan lovely Aishwarya Rai. (Asalnya nak tengok The Dark Knight. Tapi setelah Mum xpuas hati kenapa title dia xletak Batman je, Mum terus tukar hindustan.. Ye, camtu pun boleh di rumah saya. Mem rulez. ;p) Hehe

(Background: hujan renyai2, adik I pasang lagu sentimental kuat2 dari speaker dia. Currently Anuar Zain's)


Another 'missed'

Hmm. Xtau nak cerita macam mana. Orang kata, a picture worth a thousand words. For now, those 2 words worth thousands more words, screaming inside my heart and head. Da berapa kali entah I duk edit entri ni. Feel like telling but telling too much will make people sick especially those who don't understand

I rasa I ok aje. Tapi tu la. Pagi semalam call hubby. Dia pun ok. Tapi dari 'oh' dia tu I tau dia ada sikit kecewa. ;) *I have this habit to smile when I feel extremely sad. Pastu bila sorang2, paham2 je la. Hehe.* 

Orang kata sabar-sabar. Sabar memang sabar, tapi ada masanya kita rasa macam kekurangan kesabaran tersebut ;) 

(adik da off lappy dia sebab nak gi keluar beraya)

ANYWAY..

Apart from that, I nak kena refrain diri sdr from eating. To start on a healthy diet. Bukan untuk kurus ye. I managed to lose 4kilos masa puasa - ni style bila buka sebat semua - all you can eat! - hari2. (nak cerita I makan masa buka tu serupa macam xpuasa. ;p) 

Tapi within 2 weeks da naik 1 kilo. Hihi. Diet ni untuk ekzema I. Dalam 2 bulan ni, boleh dikatakan hari2 makan seafood, hari2 minum manis, makan manis - xmanis xsah. Lucky masa gatal2 tu menyerang ada hubby kesayangan tolong apply ubat. Tak jemu2 pesan minum air kosong banyak2. Tapi aritu relax je dia kata padan muka kat I, kan.. Cit. So sekarang hubby da jauh, I pun xletak ubat. *alasan*

Haih, Rindu. ;p K la. sambung kemudian2 je ek. Adik & Mum tengah makan. Mahu join sekali. ;) Lagipun da panjang amat entri ni.

Till then
Daa~

Wednesday, 7 September 2011

: Pengalaman beraya di tempat yang asing.

as-salam
hye there

I miss blogging. Tapi encik suami itu sangat cemburu dengan masa saya yang sangat lapang ni. Lantas disuruhnya buat itu ini. 

Masa kat kg beliau I masih diraikan sebagai tetamu lagi ;) Hehe. (bak kata makcik, tahun pertama ni ko tetamu la lagi. Masuk tahun kedua.. haa, siap!) Tapi da start jadi anak la dalam family mentua. Da jadi kakak kat adik2. Da kurang rasa segan. Da pandai ngelat house chores. ;p Da berani bangun lambat sket. ;p ;p

Kalau ikutkan, tahun ni, I xde la semangat sangat nak beraya. Bukan sebab beraya rumah mentua. Tapi memang generally xde perasaan sangat. Mungkin sebab setiap kali I balik kg hubby, mesti ada kenduri kendara kat kampung tu. So, even raya pun rasa biasa je. More over sebab duit raya hubby da bagi awal2. Hehe.

Dari cara keje, MIL beza sikit je dengan Mum. Mum xpentingkan-cara,-as-long-as-sampai-ke-matlamat-type. MIL pulak do-it-right-the-first-time-type. So I decided, first year ni I observe je dulu. Start keje dalam kul10, by buka da blh makan the usuals - rendang, nasi impit, kuah kacang, & lemang. Pastu ada tambahan sup tulang & kuih tradisional 2 jenis lagi. Macam2 la. I tolong mana2 yang boleh la. Nak initiate lauk lain mmg x la. Tolong mana yang ada je ;)

Kalau cite pasal beraya, usually kalau kat kg Mum, kitorang da melawat kubur, gi rumah Embah Cik. Then siap2 gerak gi kg Dad & beraya kat sana - tu pun dalam 4,5 umah je. Kat kg hubby, memang satu kampung tu sedara & they know each other plk tu. Maka beraya la dari siang ke malam! 2 hari pun xcukup lagi. (sebab petang raya kedua je kitorang da gerak gi rumah Auntie I sebelum balik umah kat sini)  Agak culture shock di situ.Tapi I kagum la. Even malam2 da lewat2 pun, ada tetamu, diorang tetap layan dengan muka happy. Buat kita rasa macam nak datang lagi melawat sedara tu lagi.

All in all, best la~ ;) Few days before raya, I got to know that my practicum mate in Matrik is hubby's cuzzy! Apelagi, first time gi umah dia, buat xmalu je la. Terus lepak lelama. Nasib mak dia sporting. Hehe. Paling best, hubby x push2 pun I buat apa2. Happy.

So, another 2 years rasanya da bertambah bijak dah kot. Boleh la I pulak jadi chief cook. Waiceh. ;)

K la. Ada keje urgent plk.
Till then
Daa~

Monday, 15 August 2011

: gila bayang kat Abu Solih Yusof ;)

as-salam
hye there

So, today is Monday, huh.. I'm not having any blues. Lappy xde arini disebabkan I hantar gi kedai balik. Nasib la lappy office. Ngeh2. Tapi dengarnya lappy I yg adik I guna tu da menghampiri kerosakan juga. Adoi. Jangan la rosak. Hutang kat Dad xbayar2 lagi (alasan buat2 lupa nak bayar. Hahaha)

Kerja kat MATTA Fair, ok. Biasa. I mintak maaf la ye sebab xdapat nak kekalkan muka senyum tu. Sebetulnya dalam masa yang sama I duk terpikir duit raya berapa banyak I nak peruntukkan - nak tukar RM1 ke, RM5 ke.

Pastu dengan akak office yang baru je deliver 2nd baby - siap ajak buka kat umah dia lagi. Baru bersalin dah nak ajak orang berbuka kat umah dia. Dia jaga dr sdr n 2 babies dia sorang2. So dalam kepala I duk pk adiah ape nak bagi.
Kemudian, I pk pasal design tudung raya tu. Rasa nak di'manik-pearl'kan. Tapi xsure lagi design yang menarik hati. Tengok kat Ariani pun macam xde la complicated sangat.

Lagi, tengah pk berapa tong kuih raya nak bagi kat both parents - sllunya my cousin supply 3,4 balang kuih raya. Mum pun sejak kebelakangan ni dah xbuat kuih raya dah.

Dan yang paling banyak bermain dalam kepala I dalam 3 hari tu (ececeh), tentulah favourite subject - hubby. Susah betul gila bayang dengan hubby sdr tau. Kalau dekat xpe jugak. Boleh jugak I.. *ehem! puasa ek. lupa pula. ;p*

Yang buat I geram, masa kitorang free xsama. Dahla dia free I keje, I free dia plk yg keje. Balik malam, dia keje lagi, I kacau2 pun dia xlayan sangat pun. Nak komited pun xagak2. I bagi ayat2 sayu dia xlayan dah. Dah kebal agaknye. Cis. Hahaha. Tapi cambest la jugak kot. Teringat dulu2 men suka2/minat2 orang kat skola. Thrill. (bila ko hepi, thrill la. bila time ko emo, haa, sentap~)

Lagu hari ni. Ntah kenapa pilih lagu nih. Hamek lagu joget. Tak agak2! Hahaha. ;p

Nak nyanyi sekali ke? 

Diwaktu malam bulan terang
Jalan-jalan ke Kuala Loyang
Kalau hati dah mula sayang
Jadilah kau si gila bayang

Burung balang terbang melayang
Mencari makan sampai sejam
Siang malam asyik terkenang
Sehari tak jumpa macam nak gila

Jangan turutkan hati
Nanti meranalah diri
Kalau sedang bercinta
Usahlah dibuai rasa

Pergi mencari daun palas
Terjumpa si anak kelawar
Kalau cinta sudah berbalas
Takkan lari gunung yang dikejar

Sekian.
Till then!
Daa~

Tuesday, 9 August 2011

: 생일 축하해 남편. 난 널 사랑해~ (read: happy birthday husband. I love U)

as-salam
hye there

Hehe. Hai. ;) Rasa macam dah lama sangat x online. Jadi sangat gembira dapat mengadap lappy ni. Jadi, saya nak ceritakan kisah pengembaraan saya aritu, ye. Oh, entry ini adalah sedikit modest kerana saya telah melakukan kesilapan besar (bagi saya) arini. Hehe. 

Maka, bermulanya perjalanan ke sana, hubby x tido sebab dia takut dia terlajak. Maka bila sampai umah, dia bantai tido je la dulu. Saya pun xde la nak buat ape melainkan follow the leader. Ngeh3. Dalam tengahari, kitorang keluar le menjejak bahan2 masakan. Konklusi daripada pencarian - saya xnak tinggal kat sana sebab bahang panas yang melampau. *which hubby cakap "alasan" je lepas2 tu* hahaha. Da dekat2 petang, saya pun masak la lauk2 seperti dalam resepi yang disalin di internet. Result masakan 1st trial - success! (after modification). Hehe. Modify sket je sebab masak lomak cili api N9 saya tu kurang pedas. Jadi saya campak cili api potong dalam kuah lemak tersebut. Tu je slack. Hehe.

Lepas tu, saya hadiahkan kukiskuskus yg saya beli daripada Elya sbg birthday kukis - hubby x suka cakes. Da penat saya jadi tukang penghabis kek dia, jadi tahun ni nak try benda baru plk - just in case dia xsuka. End up, dia da plan da nak makan kukis tu masa boring2 - mcm makan kudapan. Saya siap beli 2 balang, pastu combine. 1 bagi hubby, 1 tinggal kat umah Mum. Harap2 yang saya tinggalkan kat rumah ada lagi - malu nak sebat hadiah hubby tu banyak2 (read: semua. hehe)

..ok. great. gambar dalam fon dia, lupa nak transfer. aish... 

ANYWAY~

Hari ni birthday hubby. Saya terlambat nak wish sebenarnya. Tu yang rasa bersalah maka merendah diri arini. Hadiah becoming da bagi. Hadiah present dah bagi tadi. Hadiah belated bakal menyusul. Seronok pulak bagi hadiah banyak2 kat hubby ni. Haha. Jangan tahun depan dia nak 2x ganda sudah~ haha *cuak*.

Hubby, luv u! happy birthday, dear. I should thank Mak for giving birth to you for me ;)
U are MY one in a million. Sarangheyo oppa!

K la
Till then
Daa~

Wednesday, 3 August 2011

: Dapat ilham plk masa hubby super bz ni ;)

as-salam
hye there!

Nampaknya rata2 ramai yang bergembira menyambut Ramadhan pertama bersama2 roommate baru, kan ;) I dengan roommate jugak. Roommate rumah sewa kat KL merangkap member yang bernama Adibah. Kire ok la tu. Xsorang2. Hubby pun xsorang2. Dia ada kawan2 dia kat sana. Kira happy-happy situation la sekarang ni. 

Hubby dapat kerja baru (still in the same company). Maka dia sangat bz sekarang. S.A.N.G.A.T sibuk. Sampaikan nak borak lama pun xsempat, nak text banyak2 pun da xdapat. Masa I free, dia keje. Masa dia free, I da tidur. Jadi 2, 3 hari puasa ni, camtu la rutinnya. Seronok baca pengalaman kawan-kawan masa BW. ;) Maka, I xkan tunduk kepada aura negatif itu! 

In fact, I'm planning to make a surprise visit to meet hubby this Saturday. Gamble aje mintak hubby amek pagi-pagi buta. Hopefully sempat sampai sebelum dia terlelap balik semula la. Hehe. So now I'm planning on what & how to cook for him. Hubby x cerewet, cuma umah tu je xcukup barang lagi. Biasa la. Perlahan2 kayuh, kata orang. ;) 

* Sudah jumpa 2 resepi bagus. Yatta!~

p/s: saya seharusnya berasa teruja kerana saya mengaku saya tidak pandai masak. hahahaha. sekian.

K la
Till then
Daa~

Monday, 1 August 2011

: Ramadhan Blab.

salam
hye there

This will be just a short post. (i hope). 

Selamat berpuasa, kawan2 & my blog reader(s)! Kalau ada salah silap kat mana2 entri/komen harap maafkan saya ye.

--------------------------
Ramadhan sulung sebagai seorang isteri. Apa boleh I cakap selain perasaan bercampur baur ni. 

Gembira, dapat bertemu Ramadhan lagi. Bulan yang banyak berkatnya. ;) Senang hati, function company yang kitorang duk plan sejak 2 bulan lepas akhirnya selesai jugak. Lepas ni masuk fasa claiming bills aje. Suka, akak admin declare cuti arini. (tapi I rasa macam nak halfday aje). 

Sedih, kami masih berjauhan lagi. Entah apa khabar la sahur cik abang sayang yang sorang kat sana tu. Dengan rumah yang masih kekurangan, cane la dia nak simpan stok makanan. Sayu, xdapat sediakan sahur & juadah berbuka untuk hubby (walaupun I foresee kitorang akan beli lauk da siap lagi kerap daripada memasak, tapi dapat serve pun kira ok la kan ;) ). Rindu, kalau sehari da macam setahun, 2 minggu da macam 100 tahun aje (haha. exaggerate mesti lebih!)

Terharu, hubby kata xpe bila I mintak maaf xdapat duduk kat sisi dia time-time macam ni & dia kata jangan risau, pandai2 la dia jaga diri kat sana nanti.

Hubbucuk ku sangat sweet. Rasa nak pelukkkk aje! Opps. Bulan puasa kena kurangkan aktiviti bermesraan seperti tersebut. Ekekek. Hubby da pesan siap2, supaya I xgoda dia. I mane la reti goda2 ni. I baik je. *batting eyelashes*

K la
Rasa macam nak tido
Tapi rasa macam nak minum air (dah macam orang xpernah puasa lak. *dush*)
Baik pergi rehat2 dulu, pastu baru pk nak gi office kulbape.
Till then
Daa~

Monday, 27 June 2011

: Cerita biasa lagi pagi2 buta ni

as-salam
hye there

Setelah post pasal bergambar aritu, I'm back with the normal-no-stories-to-be-told-self. Hehe. Oh, well, sent hubby to the bus station earlier, rasa kosong je sekarang - my ever so normal feeling every time we part with each other. Ditakdirkan, sabtu & ahad lepas adalah hari sedih saya. Maka, emosi la mak aritu. Hehehehe. 

Tadi asalnya I nak buat kebaikan, tapi tersangkut dengan benda2 lagha plk dah. Hehe. Hm. I ada benda nak cakap, nak mengadu sebenarnya, tapi, I xtau cane nak cakap. Mixed feelings. Xnak la jadi too vulnerable. ;)

Ingat x I cite pasal serangan ekzema triggered by the kerang in the kuey tiaw kerang? After 1 week, well, things are just getting worse. Since I punya bestie belum sampai lagi bulan ni, I takut nak makan ubat pill tu. Tapi, alhamdulillah, my drug is baby-friendly. Then, I managed to get an MC - sebab Doc faham betapa restlessnya I when it kicks in.

Kesimpulan daripada visit I tu, I dapat tau yang piriton is baby-friendly, visit sebelum ni Doc ada cakap, tunggu 2 weeks before u check with pregnancy test kit. Sebab, ada orang the day her period missed, kit tak detect HCG - not until 2 weeks after & sadly, ada yang da delay 2 weeks, pastu period & I've read somewhere, if period u xbetul, u hafta wait 10 days Tapi I malas nak tunggu lagi seminggu, plus, hubby balik minggu lepas ;) Hasilnya memang negatif la kali ni. hee. Degil lagi. Visit kali ni Doc cakap lagi - if not, u r only wasting RM15 (price of kit - amek harga average kot) - Maka, I tengah berdebar menunggu lagi. Hehehe. 

**************************
Kena edit sebab xsesuai nak buh kat sini. Kan ke tujuan nak mengadu, bukan nak show off ;)

K la 
Till then
Daa~

Friday, 3 June 2011

: 2 months, 2 weeks & 2 days.

as-salam
hye there

After 2 months 2 weeks & 2 days, both of us seem to understand each other better. Kalau dulu, bila da lama xjumpa confirm akan gado2 manja - sekadar nak perhatian lebih sikit agaknya. Tapi sekarang the time interval is shorter. Hubby tau I saja cari pasal sebab nak msg lama2. I plk tau ada time2 hubby saja buat xpaham. Gosh. How I never imagine that I will miss him that much! Haha. 

Semalam called hubby malam2, he said he has just completed doing the wiring and was working on the curtain railings. Afterwards I called again, he was about to install the downlights for the living room - sebab kitorang sama2 suka lampu jenis tu. Previously he volunteered to finish whatever parts of the house to be washed  - sebelum I sampai sana. More and more reasons to love hubster!

Tapi sempat ada pesanan penaja : "No worries, dear. I da simpan kerja mengait curtain (masukkan cangkuk besi kat langsir tu) untuk u." katanya. Layan je la kata2 bos yang sorang tu.

Oh, malam ni I nak gi jumpa hubby. Kebetulan dia cuti panjang pulak minggu ni. Yippee. Doakan saya selamat pergi & pulang ye. [xde la jauh sangat pun kan. drama saje lebey. hik hik]

p.s: Hopefully xkena tangkap basah lagi macam bulan lepas macam [post] ni. ekekek. 

K la 
Till then
Daa~

Saturday, 21 May 2011

: Kisah melawat hubby part III

as-salam
hye there

Kisah ni diteruskan untuk bahagian III iaitu bahagian akhir kisah pengembaraan I ni. Ekekek. Pk kejap mana nak mulakan..

Malam tu, bas I balik KL dalam kul12. Jadi dekat2 kul 10 baru kitorang gi keluar makan. Hubby bawak I pergi makan char kuey tiaw - my fave!. (petang tu xdapat. jadi malam la baru dapat ;) ) Mula2 ingat nak makan relax2 je. Tapi tercepat la pulak abes. Haha. Jadi I cakap kat hubby. "Jom gi dating" Memandangkan shopping complex da tutup, hubby suggest kitorang lepak kat Dataran. Dataran apa kalau u all tanya I, mintak maaf, I memang xtau. 

Sesampainya kitorang kat Dataran tu, nampak ramai la jugak cpl2 lepak situ. Cari port gelap2, duduk pangku2.. wah, daring betul. KL ke mana ke samaaaa je. Mula2 pk nak balik umah sewa hubby je, tapi bila pk mungkin housemate dia ada sekali, terus xjadi. Maka, kitorang pun lepak la kat Dataran itu.

Kat situ, kitorang nampak ada 4 orang berumur lingkungan 30an ke 40an berdiri kat penjuru. Hubby kata, dorang tu pegawai penguatkuasa majlis perbandaran. So, ok la. Kitorang pilih tempat terang bawah lampu. Belakang ada cpl pangku memangku, kanan ada cpl mengadap kawasan gelap, depan cpl yang duduk dan dipisahkan dengan 2 helmet. (tapi sempat plk si bf cuit pipi si gf)

Lepas tu, kitorang pun relax la borak2 merepek2. "Sini sikit" hubby cakap. I pun rapat la sket dengan dia. Pastu I sandar la kat dia. Sambung borak2 balik. Pastu datang la 4 pegawai tu. 

P1: Salam. 
H: Wassalam
(Pastu pegawai 1 tanya dari mana pesume)
P1: Kalau hanya borak2 biasanya kami tengok je. Tapi awak berdua ni dah lebih lah kan. Dulu kita da tangkap 2 dah. Masuk lokap. Mak dia xnak jamin. Biar tido semalam dalam lokap tu. Tapi dia buat lebih lagi la. Memang dia buat lebih lagi..
H: Oh, bagus lah mak dia tu. Memang patut pun buat camtu
P2: (Dengan muka ganas) Tau x kat sini ada cctv?
H: Tau.
(Pegawai 1 sambung ceramah lagi. I pun xde la rasa takut ke apa. Layan je la dia kongsi cerita. Pegawai 2,3,4 da blah dah masa ni)

Akhirnya..
P1: ni kawan ke tunang?
H: Oh ni isteri saya
(Pegawai 1 terdiam kejap. Lalu sambung sumthing2 yg I xleh reveal. Pastu sambung lagi)
P1: Asal nama awammmm je kite xboleh la nak buat cam bukan2. Bukan apa, nanti budak kecik, orang tua tengok xsedap la kan..
(Pegawai 1 pastu tanya I kerja mana, berulang ke ape ke bla3. Pastu nak blah. So I cakap la terima kasih)

I xrasa negatif ke ape ke kat pegawai2 tu - walaupun sepatutnya dia tanya dulu status kitorang dan yang pasti I bukan nak mock dia kat sini. I happy sebenarnya ada orang yang sanggup nak jaga tempat tu walaupun tu dah memang kerja dia. Kalau xde orang nak jaga tempat tu, sah2 macam2 lagi blh jadi. Bukan setakat pangku2 je. Lebih lagi pun ada. Ha, time tu barulah Amerika~ Lagipun point dia memang betul. Walaupun da kawen, kat tempat awam xleh la jugak nak lebih2. (saying this, but I still love hugging hubby while walking. Cane tu?)

Tapi memang klaka la kena sergah pas kawen. Kitorang xde rupa orang da kawen kot? Haha. Entahlah. ;)

K la
Till then
Daa~

Friday, 20 May 2011

: Kisah melawat hubby part II

as-salam
hye there

sambungan daripada sebelum ni..

Sesampainya I kat umah sewa hubby, kawan2 dia xde - lega! I sempat la demam acah2 pagi tu. Entahla. Kepala rasa berat semacam je. Tapi by tengahari tu I gagahkan jugakla. Semata2 sebab nak cuci rumah kitorang tu ;)

Jadi setelah melihat kawasan, kitorang gerak gi kedai cari barang2 pencuci ape sume. Hijau! Itu yang muncul dalam kepala I. Senang jugak ikut warna. 1) nampak cantik dan kemas 2) nanti blh serap dalam kepala anak2, "sabun hijau ni untuk cuci lantai. Bukan buat mandi". (erm. macam bakal di-review balik je. Kang abes sabun mandi hijau dibuat cuci lantai. *pengsan~*) 

*lagipun I dapat idea ni drpd blogger juga. Rasanya xpayah reveal kot nama since dia private blog dia tu. U know who u are, dear ;)

Lepas tu, ape lagi, I terus le capai penyapu hijau I dan menyapu dalam rumah. Debu tebal memang la xpayah cakap. Gambar senget bawah tu hubby yang tangkap. Lebih artistik la agaknya. Tugas seterusnya, mengemop lantai. Lepas tu hubby sental lantai dengan berus. Bertuah la dapat suami rajin macam tu. Haha. Since kitorang ni suka main air, memang lecak/becak/becah la lantai tu. Tp pastu jenuh le mengemop balik. Tu pun xde la sampai abes satu umah cuci. Hubby kata lain kali dia datang abeskan cuci tu. Kalau tengokkan toiletnya, adeh. Dengan simennya, apebenda kotoran lagi. 

Kitorang berusaha sampai petang. Sebelum tu I da prepare dah baju spare+telekung. Maka xrisau. Boleh plk, kan, masa I tengah adoring suasana kosong kawasan tu, hubby datang kat I pastu kata, "Eh yang, arini ulangtahun kita." Maksud hubby tu dari tarikh kitorang cpl aritu. "Ulang bulan.." "Oh, ye la. Happy Monthiversary sayang". I senyum je. Pastu hubby terus sambung sental lantai. I gelak dalam hati. (Sempat jugak I berdoa, "Sekarang, abang sanggup datang dari bilik depan ke belakang ni semata2 nak wish monthiversary, semoga lepas 50 tahun kawen pun abang tetap buat macam tu lagi. Aminnnn")

Dalam kul5 baru kitorang makan late lunch. L.A.P.A.R gle, ok! Lepas tu terus balik rumah sewa hubby. Rasa2nya part III akan muncul kot? hehehe. Nantikan la kalau rajin, ok ;)

K la 
Till then
Daa~

Thursday, 19 May 2011

: Kisah melawat hubby part I

as-salam
hye there

Hmm, I ada satu benda nak kongsi ni. Tapi disebabkan cerita pencurah asid tu lagi penting, maka I dulukan la kisah tu ;) Kisah ni berlaku masa I pergi melawat hubby kat utara sana Sabtu 14 May tu. 

Adegan membeli tiket bas.

I: Kak, bas gi XX ada x? 
K: Ada, kul 10:30 n 11:00
I: Kalau kul 11:00 sampai kulbape?
K: Dalam kul 6 pagi camtu. Ala, lebih kurang je. Nanti 2-2 bas ni jumpa jugak atas jalan.
I: Ok la. Saya amek kul11. ;)
K: Ok. Tunggu kat platform 5 ye. Nanti papehal, call no akak ni.
I: (Dalam hati - eh, sllu hubby tunggu platform 14. Bas ape ni ek? Nak tanya ke xyah? Ala, kang tunggu je la kat platform 5 ni. Bas da tuka platform kottt~)

Setelah dekat 10 tahun xbeli tiket bas, begitu la kesengalan I ye, kawan2. Assume je akak tu kasi bas Intercity (Padahal kaunter Konsortium) sbbnya masa hubby beli tiket dia aritu I xtengok betul2. Bila hubby tanya bas ape, selamba je la kata xtau. Haruslah kena bebel pastu. Huahuahua. Nasib ler member kata ada nama bas kat tiket. Cek2, ada pun nama bas. Haha. Tu la, orang bagi tiket tengok le betul2. Ni tengok sekali imbas je memang le xperasan.

I sampai pagi2 buta, ok. Kul 4:30. Xde makna nak sampai kul6. Tunggu la hubby. Beliau siap terlajak tido lagi. Mula2 da nak marah2 dah. (haish. setan pun suka la aku jadi isteri durhaka, kan?) Tapi bila tengok muka beliau, terussss cairrrrrr~ (haih, encik suami. awak hembus2 dulu ke sebelum jumpa saya? ekekek)

Nanti I sambung part II. Tengok la muud nak panjangkan ke, pendekkan cerita ni ;)

K la
Till then
Daa~

Thursday, 28 April 2011

Orang perempuan membebel? Biasa.. Orang lelaki membebel? Berbisa. Ouch! Haha.

as-salam
hye there

Buat seketika I xtau nak buh tajuk ape kat entri ni. Ye, selalunya I akan buh tajuk supaya xmerapu meleret2 ke benda lain (kalau U rasa I selalu merapu, bayangkan kalau lebih teruk. Berjela la entri2 I nanti. hee) BTW, tersenyum sekejap lepas baca post Xora dengan perkongsian hidupnya. Mungkin seronok sebab I pun menuju ke arah tu =)  

I ingat I da kenal hubby. Sepanjang kenal rutin dia sama je. Cara dia respon kat apa benda pun I da blh agak.  Siap rasa sangat yakin semua rahsia dia dalam kocek I. hehe. Tapi, rupa-rupanya hubby 'simpan' lebih daripada tu. Ada lagi yang dia nak tunjuk kat I dan tak semua yang dia simpan tu I suka (kadang2 rasa klaka pun ada). Haha. Ni bukan kes dah kawen baru tunjuk belang ke ape ke (walaupun ada la sipi2) Pengalaman pertama I kena bebel oleh orang lelaki adalah daripada abang I. Masa tu I sekolah menengah. Tup2, hubby pun pandai bebel jugak. Aduhh~ sebenarnya I yang saje buat degil. Da cakap baik xnak dengar. Ha, amek ubat~ Kalau Mum bebel, I gagahkan lagi, tapi bila orang lelaki bebel, rasa macam nak pengsan pun ada (ok. exaggerate sket ;p) 

Tapi nasib baik hubby keluarkan maraton kata2 hikmat dia tu pada masa dia rasa perlu (yang memang sangat jarang). Phewh. Apa2 pun perjalanan ni baru bermula. Discover benda baru? Kadang2 seronok, kadang2 sentap.. Haha. 

p.s: u all ada pengalaman kena bebel dengan Mr. Right x? ;)

K la
Till then
Daa~