Have a click on Nuffnang.

Thursday, 28 April 2011

Orang perempuan membebel? Biasa.. Orang lelaki membebel? Berbisa. Ouch! Haha.

as-salam
hye there

Buat seketika I xtau nak buh tajuk ape kat entri ni. Ye, selalunya I akan buh tajuk supaya xmerapu meleret2 ke benda lain (kalau U rasa I selalu merapu, bayangkan kalau lebih teruk. Berjela la entri2 I nanti. hee) BTW, tersenyum sekejap lepas baca post Xora dengan perkongsian hidupnya. Mungkin seronok sebab I pun menuju ke arah tu =)  

I ingat I da kenal hubby. Sepanjang kenal rutin dia sama je. Cara dia respon kat apa benda pun I da blh agak.  Siap rasa sangat yakin semua rahsia dia dalam kocek I. hehe. Tapi, rupa-rupanya hubby 'simpan' lebih daripada tu. Ada lagi yang dia nak tunjuk kat I dan tak semua yang dia simpan tu I suka (kadang2 rasa klaka pun ada). Haha. Ni bukan kes dah kawen baru tunjuk belang ke ape ke (walaupun ada la sipi2) Pengalaman pertama I kena bebel oleh orang lelaki adalah daripada abang I. Masa tu I sekolah menengah. Tup2, hubby pun pandai bebel jugak. Aduhh~ sebenarnya I yang saje buat degil. Da cakap baik xnak dengar. Ha, amek ubat~ Kalau Mum bebel, I gagahkan lagi, tapi bila orang lelaki bebel, rasa macam nak pengsan pun ada (ok. exaggerate sket ;p) 

Tapi nasib baik hubby keluarkan maraton kata2 hikmat dia tu pada masa dia rasa perlu (yang memang sangat jarang). Phewh. Apa2 pun perjalanan ni baru bermula. Discover benda baru? Kadang2 seronok, kadang2 sentap.. Haha. 

p.s: u all ada pengalaman kena bebel dengan Mr. Right x? ;)

K la
Till then
Daa~

Wednesday, 27 April 2011

Post pending - patutnya post semalam.

as-salam
hye there

Semalam masa I bukak page Nuffnang I, terkejut kejap lepas tengok ni..


Main dengan bapa mertua? Aduhaiii. Mane ada la topik sebegitu dalam blog I ni. Nasib la petang tu da xnampak sangat.


Kalau nak tau batal ke x, blh refer post yang [ni]. Tapi kalau nak tau pasal bawah sekali tu.. hmm.

XDAPEK LA WEYYYY!~

Dan untuk mengurangkan sebal di hati, hari ni I nak gi Warta, nak beli Fipper Comfort - sbb Mum kata selipar I da buruk sangat. cit. cit. cit.
oh, Fipper ku yang lembuttt~



K la
Till then
Daa~

Tuesday, 26 April 2011

Entry xde motif. sila jangan baca.

as-salam
hye there

Sebenarnya, I ingatkan nak tunjuk sesuatu kat Nuffnang page I. Tapi ada prob nak print screen & paste kat sini. Terkejut jugak la pagi2 tengok. hoho.

Anyway, I suka sangat tengok wedding preparations b2bs ni sampaikan ada sikit2 rasa nak buat je semua tu lagi sekali. Sampaikan hari tu I tanya Mum, ada ke x sedara nak kawen sbb I rasa macam nak buat hantaran je. Haha. Sudah tentulah Mum gelak aje dengar Sis I kutuk I, "Orang buat hantaran sebab nak kawen, bukan kawen sebab nak buat hantaran!" Maka, setelah I berfikir2, I rasa I tau cane nak salurkan kreativiti cum kemaruk I ni. 

I rasa2 macam nak prepare untuk annyversary I la. Seems like I have a few ideas in my head. So, have to see first whether it's feasible or not. Jangan ko angan2 mat jenin je dah la, anis oiii~ =)

K la
Till then
Daa~

Monday, 25 April 2011

NK! - Kad Akuan Nikah!~

as-salam
hye there

Hee. Masih gembira dengan berita semalam. Harini I nak cerita pasal Kad Akuan Nikah atau pendeknya, Kad Nikah =) 

After the receptions, other than the honeymoon, please don't forget your Solemnization Certificate. Ye, Sijil Akuan Nikah kena la diambil di PAID masing2. Kalau nak amek Sijil ni, mesti amek sdr. Suami xboleh amekkan untuk isteri, isteri pun xblh amekkan untuk suami. I memang xtau sebelum ni. Hubby yang cakap masa dia amek sijil dia kat PAID Hulu Langat, Jalan Low Ti Kok, Kajang dua minggu lepas. Nasib baik I sempat lari2 Jumaat lepas, maka sempat la amek.

Da amek sijil, kita boleh mohon untuk buat Kad Akuan Nikah plk. I belum buat lagi. Kena tunggu Hubby balik dulu. Sebabnya, nak buat kad ni (untuk pengantin Selangor) kena buat kat Shah Alam. Memang kat situ je ada - according to the PAID officer =) 

Kawan2 boleh refer details kat [sini], ok. Tapi shortcutnya:- 
1) Payment: yuran kena bayar untuk sepasang kad = RM40
2) Jangan Lupa: bawak Sijil Akuan Nikah yang da difotostat + gambar sekeping sorang
3) Kad Akuan Nikah boleh siap dalam masa 5 hari

Sementara nak tunggu siap, korang blh fotostat je Sijil Nikah korang tu and bawak la ke hulu hilir - kot la kena rush masa korang dating kat tempat gelap contohnya Taman X kat Seremban (I lupa la nama taman tu. Nanti I tanya Hubby) Ada sekali tu, seminggu lepas majlis, kitorang lepak kat taman tu, dalam kul10pm. Masa tu sijil nikah tu pun kitorang belum amek lagi. Hubby kata kawasan tu memang "panas". Tu yang dia tanya pasal borang fotostat sebelum lepak situ. Tup2, ada polis datang ketuk tingkap. I tunjuk la borang nikah fotostat. Polis tu xcakap banyak. Nasib laaa da kawen. ;p
K la. 
Tunggu I da pergi buat, nanti I cerita lagi, ok.
Till then!
Daa~

Sunday, 24 April 2011

: Alhamdulillah.

as-salam
hye there

Pagi tadi, gayut fon dengan hubby. Pastu, hubby bagitau, rumah kitorang da blh diduduki!~ Alhamdulillah. Sebelum ni pemaju kata rumah siap by March. Tapi sebab ada issue sikit dengan CF, pemaju delay bagi kunci =) Maka, hubby nak gi setel amek kunci pesume dalam minggu ni. Kalau sempat setel, boleh la I gi sana hujung minggu ni. Alang2 cuti 1 Mei, kan. ;) 

At last, dapat jugak duduk b2 macam pasangan lain - walaupun sekejap2 =) (I masih nak mintak hubby pindah sini ;p) Alhamdulillah~ Jadi, sekarang boleh la berdikit2 nak isi barang dalam rumah tu =) Sebelum2 ni malas nak tengok hiasan pape sebab xde tempat nak letak. Sekarang, da boleh la intai sana, survey sini.

OK. Itu je la update arini. Happy sangat! =)

K la
Till then
Daa~

Friday, 22 April 2011

Sugarflours!~

as-salam
hye there

Hari ni I godek2 internet, jumpa a great deal from Sugarflours. 




Sugarflours is at Sect. 9, Bandar Baru Bangi. Dorang memang buat kelas untuk buat kek. Cantik amat, I tell u! I pernah belajar buat cuppies kat sana. The ambiance of the class was really interesting! Kelas xramai, maka trainer blh ajar kita betul2. So, RM65 (slashed from RM180) is really good for grab. Ape tunggu lagi? =)

Oh ya, dorang cater jugak kalau u all nak tempah wedding cake kat dorang. The artwork worth the price.
Kalau ada yang berminat nak contact Sugarflours :

One Stop Cake Deco Centre
Bangi Outlet
NO.19, Jalan Medan PB1A, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi.

Taman Desa Outlet
7-0-11, Jalan 3/109F, Danau Business Centre, Taman Danau Desa 58100 Kuala Lumpur.
Details boleh refer [sini]


Oh ya. Blog I lawat hari ni: Lisa's Let's Get Married


K la
Till then
Daa~

Thursday, 21 April 2011

Wudhuk tak batal kalau menantu tersentuh mertua =)

as-salam
hye there

Hm. Hari ni I jalan2, I dapat la baca satu artikel pasal suami isteri duduk berjauhan ni. I xsempat nak keluarkan isi pentingnya, tapi kawan2 blh baca kat [link] ni. (Panjang berjela jugakla untuk santapan bacaan pagi) 

Hujung minggu lepas, I solat berjemaah dengan hubby, MIL & DIL (Dad in law =) ). Pastu I salam semua kecuali DIL. Rasanya xsalam hubby masa tu sbb dia terus naik atas amek kitab dia. (DIL bagi kitab agama kat hubby untuk bacaan masa lapang) Sebabnya I xpasti terbatal ke x wuduk I tu kalau salam DIL. Tapi I tau yang sekali da jadi mertua, selamanya menantu xleh kawen dengan mertua - even the menantu divorced with the spouse. Based on that, depan DIL I xpakai tudung pun. (Family in laws memang pakai tudung depan bukan muhrim =) ) Still, pasal wudhuk tu I memang xpasti.

Kalau ikut logik, kalau da xleh kawen, kira da jadi muhrim la kan.. So I cari2, suka I nak quote Firman ni =)

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya(hingga ke dada) dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. (an-Nur : 31)"

Jadi maksudnya, kita boleh la salam DIL tanpa ragu2. I tambah satu lagi quote kat sini, dia kata,

"Manakala yang diharuskan bersentuhan serta tidak membatalkan wudhu’ ialah di antara lelaki dan wanita yang mahram iaitu:
1. Ibu/bapa, nenek/datuk, hingga ke atas.
2. Anak, cucu, hingga ke bawah.
3. Emak/bapa saudara (adik beradik ibu/bapa).
4. Anak saudara (anak abang/kakak)
5. Adik beradik kandung.
6. Adik beradik susuan (dengan syarat tertentu).
7. Ibu/bapa mertua.
8. Anak tiri.
9. Janda bapa.
10. Janda kepada anak.
11. Kanak-kanak (belum baligh @ belum sampai had umur yang diingini oleh syahwat"

Harap2nya kawan2 jelas ye. I pun senang hati tau benda ni. Alhamdulillah =) Kalau nenek/datuk mertua tu, I pun xpasti la. Harap kawan2 yang tau blh share kat sini dengan buktinya sekali =)

K la
Till then
Daa~

Wednesday, 20 April 2011

Adoring Grace Kelly's dress~

as-salam
hye there

Yesterday, as I flipped over the newspaper, I found these beautiful dresses. I suka amat kat dress Grace Kelly ni! Sepatutnya I buat macam ni aritu~ (masa I design tu, idea baju I tu macam jigsaw puzzle, gabung2 jadi la macam tu. Tengok2 Diana Rafar dah buat. Tapi, I lagi suka Grace Kelly punya. Kenapalah I xpernah terserempak dengan baju dia sebelum ni? 

Butang kat depan, high collar, partition for bodice - exactly how i wanted

Pastu, I rasa baju Ivanka Trump ni pun cantik jugak. Agak hip & trendy. Sopan pun sopan (sila buat lining ye kalau nak pakai tudung sekali) 


Tak tau kenapa, arini teringin nak buat baju - mungkin disebabkan I da kena pakai banyak baju kurung sekarang. eh ke I da suka pakai baju kurung sekarang.. :p Malas nak buat baju biasa2. Dalam kepala da xpandai nak tengok style biasa2 aje dah *gedik* Haha.

p.s: hubby nak repeat baju kawen utk baju raya. I nak buat baju baru je. Aci, kan? ;)

p.p.s: I tengah fikir cane nak adjust baju nikah tu menjadi sesuatu yang lain - kira xrasa berdosa sangat nak pakai kat luar =) oh, tapi I xpernah menyesal buat baju tu macam tu ;)

blog I lawat arini: iLa's Kisah iLaHadar

K la
Till then
Daa~

Monday, 18 April 2011

blame it on the blues~ ;p

as-salam
hye there

Hmm.. hubby came & visited me last Friday. Heaven jugak merasa hubby hantar pergi & jemput balik kerja. Happy jugak balik kampung dia; da xrasa awkward sangat macam 1st time aritu. Seronok jugak gi kebun walaupun jadi mangsa kenduri nyamuk gajah. Ceria jugak menyakat dan disakat dia skira masa & tempat. Puas jugak tengok muka dia 24 jam...

JADI, DAH KENAPA SEKARANG NI RASA SEDIH TERAMAT SANGAT NI?

Ya, itulah persoalan yang bermain2 dalam kepala I nih. Agaknya sebab tu kot I gagahkan diri menaip entry ni kul12:30pg. (kalau time study, 12:30 baru nak gi cari maggi nak buat supper sambil layan cerita korea. sejak2 da pandai cari duit ni, 10:30 je limit mak ni, nak. Tu pun terkadang terlajak 11:30 kalau dapat internet cam malam nih) Haish. Gua ingat ati gua kering. Tapi bila drive balik sorang2 lepas hantar hubby naik bas, tahap lencun tu da naik ke mata. Ekekek~ hmm..

Girls, I nak melayan blues I ni. Harap2nya takde la melarat sampai ke esok. Untuk gadis2 yang nak tengok Buku Tetamu yang I banggakan tu, nanti I buat entry khas untuk close up buku tu, ok. I nak kena cari balik bunga2 yang da terlerai tu =) xkan le I nak korang tengok hasil keganasan terhadap buku tu ;p (ke I nak make believe yang pokok I tu dogol je sebenanya? Korang bkn tau pn kan.. ;p)

Ok. Sudah xbetul. Dah kul1 pn. Lama betul menaip entry tanpa gambar. Haha. Lalalallaa~ Nak tido la~

K la
Till then
Daa~

Friday, 15 April 2011

Guestbook yang saya banggakan.

as-salam
hye there

I sedang tersenyum gembira kala menaip entry ni. Hubby sudah pulang & kitorang baru lepas sarapan sama2 kata kedai bawah ofis I. Untuk orang lain, mungkin xde hal la. Tp utk I, the feeling is somewhat overwhelming~ Ngee~

Kali ni kita berhenti kejap cerita pasal gambar tunang & gambar kahwin ye. Kita bukak cerita pasal Buku Tetamu I. Buku Tetamu kami adalah sangat ringkas. I like simple things, not so complicated, not so overated.. =) 

Ada sedikit drama la masa I nak buat buku tu. I sub kat member yang duk kat Serdang untuk buatkan kulit keras. Ntah kenapa kawan tu sedikit kurang bernasib baik.
                Kedai 1 xbuat hard cover landscape orientation
                Kedai 2 mintak rm50 untuk buat Buku Tetamu I tu
                Kedai 3 blh buat harga rm20 tapi siap perli2 kawan I pebagai

End up, kawan buat kat kedai 3. I da siap2 tulis dah macam yang I nak. Depan, I tulis BUKU TETAMU. Tepi I tulis DOA DAN RESTU UNTUK XY (nama hubby) & XX (nama I). Tapi orang tu XPAHAM tulisan I. Dia mintak kawan I taip guna komputer. Maka kawan I taip sebegini di atas kertas itu:

BUKU TETAMU (front)
DOA & RESTU UNTUK XY & XX (side)

Maka hasilnya? Memang sebijik yang dia taip tu la. Sekali dengan (front) & (side) tu. I xamek gambar sebab I pissed off gile masa tu. Marah sangat sampai rasa nak gelak pun ada.. Haish. Kitorang gi lepak minum cendol pastu. Konon nak cool off la.

Mula2 bila I tengok tu, I terus kata xnak. Tapi tengok muka member sedikit pucat (ye cik leli, anda memang pucat masa itu, ok) pastu member 2 da macam nak bertumbuk ngn orang tu (cik dba memang gedebe. Haha ;p) I pun mintak la kain pembalut buku tu. Balik je, I terus tampal part side & front tu. Pas da selesai bab tu, I pun tampal la batang2 pokok dan bunga2an.. tup2, I terlebih bijak, masa nak buat ala2 buaian dari pokok ke BUKU TETAMU tu, I buh gam sampai sememeh laaaa gam kat buku tu. Memang hampeh (I pun xpasti nape I cite keburukan perangai I kat sini. ;p)

Akhirnya? I buat baru, then buat betul2. Wasting? Ada sikit. Hee. K la. Xnak cakap banyak. Enjoice these photos, ya.

The guardians

The decoration of the Guestbook's table was done on the day itself. I just instructed my bridesmaids to put the pens, guestbook, solemnization bouquet & frame on the table. Lain2, bridesmaid uruskan. Dorang siap hiaskan bekas pen tu & letakkan bunga pot pouri atas meja untuk bagi meriah. Aww.. So sweet~ =)


The booth/table
Since the photos was snapped by a friend, so only friends faces are here. Kawan2 Dad xmasuk dalam gambar. Haha. ;p

Alin & Mieyda

Ros dan hubbynya bersama cik Leli

The boys =)
Pantun ni pun hasil idea sejenak I ;)

Thankie bunch to all guests. Saya heart sangat anda! Buat pengirim doa2 & salam maut tu, korang tunggu la turn korang. MASAK KORANG TIME TU!

Sekian, terima kasih =)


p.s: Baru perasan xde gambar Buku Tetamu tu. Nanti I korek gambarnya, ya. ;p

K la 
Till then
Daa~

Thursday, 14 April 2011

sedang dalam usaha meletakkan gambar kat pos terdahulu.

as-salam
hye there

Hari tu, I ada tanya pendapat u all sama ada I patut poskan gambar pertunangan I tu dalam pos terdahulu atau pos baru. Maka, I da buat keputusan untuk berkongsi gambar pada posnya. Maksud I, dalam pos towel dan baju nikah B contohnya, I da tambahkan gambar hantaran yang Mum & I siapkan hari tu =)

Tapi, gambar2 lain akan I poskan dalam pos yang baru =) Ada hampir 1000 gambar (1000 je) untuk I tengok satu2. Walaupun da tengok banyak kali pun masih rasa gembira ;)

Jadi, nantikan ye pos saya itu. Tu pun sekadar nak berkongsi kegembiraan dan idea dengan u all =)

p.s: I sedang berusaha utk berpegang pada 1 bahasa dalam 1 ayat penuh. Maka seperti ini lah posnya. 

p.p.s: I skema ke?

p.p.p.s: hubby yang ajarkan perkataan "berusaha!" Maka memang banyak kali la I akan gunakan perkataan tu =) Oh ye. Happy 73rd monthiversary, abang! lagi 4 hari kite celebrate monthiversary lagi satu, ok ;)

btw, blog I lawat arini: Tatie's Miss Tatie soon to be Mrs... (dear, yg i taip ni bukan nama penuh blog u kan? nanti bagitau yeh, so i blh edit =) )

K la
Till then
Daa~

Wednesday, 13 April 2011

OMG. da berzaman I link, baru nak follow?

as-salam
hye there

Hari ni I xde nak cerita pasal apa2. I datang awal, office belum bukak pun lagi tadi. Tunggu dalam 10 mins baru colleague I datang bukak pintu pesume =) Nyot nyet nyot nyet (dipendekkan cerita) I pun bukak la fave tabs I -yahoomail, gmail, facebook & blog ;D Tengah I pk2 nak post ape pagi ni, I pun click la cerita Aty pasal cincinnya. Pastu tergerak nak tengok I da follow ke blog dia.. sekali belum, ko! Haha. I terus cepat2 click follow tu. Pastu I check plk blog Cik Greenapel (sory yang, I xtau nama u =) ) sama jugak. Termasuklah pengunjung setia I, Cik Nana. SORRY dEar!

Maka, I cepat2 la follow mereka2 ini. Sekarang nak check mana yang I xfollow lagi =) Sabar ye sayang2. Sebelum ni internet I prob. Sekarang kan I da update secepat kilat ni =)

Maka, blog(s) I dah link tapi baru nak follow:


and also


K la
Till then
Daa~

Tuesday, 12 April 2011

Just untuk preview sahaje.

as-salam
hye there

Ni ada teaser *lagi*. I baruuuu dapat pagi ni. Fresh lagi. "Just untuk preview aje" bak kata OP I =)


Warna kasut I yang sama dengan warna bunga ;D

Oh ya, blog I lawat arini: By's Impian By...

K la
Till then
Daa~

Monday, 11 April 2011

Baru dapat album, yeay!

as-salam
hye there

Semalam I berjalan2 di MidValley bertujuan nak mengambil album tunang I dengan Fuzuri Design. Memang semangat I nih. Janji kul 3, kul 2:30 da terpacak kat Mid dengan Mum. Hee~ Sempat jugak kitorang menyinggah kat Malay Wedding Fair kat situ. Exhibition tu, nampaknya kecil2an. Tapi ok jugak la. Ada pertandingan Make Over masa I sampai tu. Xtengok sampai abes pun. I terus ajak Mum gi Jusco.

Lepas tu, kitorang dapat la album seperti yang tersebut di atas. Teaser je la ye ;)

front page~ =)

Gambar-gambar lain nanti I upkan. Am thinking to upload in the past posts or a new post.. hmm~ what say you?

*blog I lawat harini = Rilla's Kanda Dinda With Love*

K la
Till then
Daa~

Sunday, 10 April 2011

Starting fresh as an ex-b2b =)

as-salam
hye there

Mulai Isnin depan (esok) I akan berpindah ke hq. Line internet kat hq memang best. Maka dengan ini kepada kawan2 b2b & mantan b2b, I nak mintak izin la untuk menyinggah cum follow & link ke blog2 u all =) Sebelum ni I x sempat nak menyinggah sebab (antara yang terutamanya) I xde access to the internet (kecuali weekend kalau I balik rumah) Di samping I rasa blog I ni biasa2 aje. Xleh nak kata memberi info pun - jadi sedikit segan di situ =) 

[Sekarang, bahasa I agak rojak. I akan cuba stick to 1 language in a full sentence. *Tiba-tiba nak buat resolusi kat sini kan.. ahaks*] Harapnya jangan la ada kawan2 yang rasa pelik menyampah kurang senang dengan perangai I yang kadang2 xsemenggah ni ye?


Ni nak bukak cite masa mula2 started blogging, isunya kata ganti nama.. I pk kalau nak cakap "saya" macam pelik pulak. (sbb sllunya I bahasakan diri saya dengan orang tua2 je) Nak cakap "kita" or sebut nama sendiri cam comel2/sweet2 sangat la plk. (i bukan nak kata i comel, tapi kata ganti nama tu yang comel) Maka, dari situ la I mula bahasakan diri I ni, I.. ok la. ok la. I mengaku kalau cakap I blh gedik2.  Xmacam kalau cakap "aku". aku=gedik? saaaangat xsesuaiii, ok. Haha. ;p *motif kantoikan diri sdr adalah tidak diketahui* Masa mula2 tu jugak, seeeeeriously, I xtau kenapa I lawankan I tu dengan perkataan "kamu". Agak sengal di situ =) Bila kenang2 balik, cam.. tah pape je. Haha. Ampehs. All been said, I ok je kalau u all nak cakap dengan I guna mana2 pun.


Pastu, I nak join BBF group, tapi xtau macam mane. Ada kawan2 BBF offer nak invite kat fb. Tapi xkunjung tiba plk invitation tu. I pk, xpela. Maybe ada kot criteria yang xmencukupi utk I join. LOL. Maka, xdapat la I nak sharing merangkap mengorek tips ke, ape ke dengan b2b lain utk preps I. sobs~ =) Lagipun, I cuti sehari je seminggu. Majority b2b (termasuk I) buat reception hari Sabtu, maka I rasa I xleh nak commit. Rasa macam xbest la jugak kalau xpergi majlis kawan2 yang kita da tengok prepsnya hari2, kan.. (kecuali la tempatnya jauh melangit, kan =) ) Tapi sekarang ni, InsyaAllah I cuti 2 hari seminggu. Kalau hubby xbalik minggu tu & ada member yang kawen area Lembah Klang ni, InsyaAllah I blh pergi ke majlis u! (kalau hubby balik kena berkejar ke 2 rumah. Tu yang takut xsempat =) )

*logo BBF dipinjam dari blog Puan Syafa*

Apa2 pun, I bersyukur majlis I da settle. So sekarang ada lebih masa nak jenguk2 & melawat2 blog u all =) Nantikan I, ok =)

p/s: u all pun dipersilakan follow & link I sekali ;)

K la
Till then 
Daa~

Saturday, 9 April 2011

penukaran nama blog + nak repeat reception lagi!

as-salam
hye there

Hari ni I xde nak share teaser on ape2. Di samping berusaha mencari journal dengan line internet yang lembab, I juga sedang berusaha mencari hiburan2 sebagai pengisi masa lapang =) [hiburan waklu. buat report ni cepat!] 

ANYWAY, disebabkan I sudah pun menjadi bride, maka secara rasminya I menukar tajuk blog I daripada "Till the day this fiancee becomes a bride" kepada "Since the day this fiancee becomes a bride" =) Haruslah tukar, kan. 

Semalam, masa usha2 blog mantan b2b terdekat dengan I - sbb dulu kitorang share tarikh wedding yang sama, Puan Jaja SGP, I rasa macam nak buat reception lagi tapi dengan style lain plk =) haha. Blh x? Pastu dengan adanya macam2 idea DIY yang best2 yang I rasa blh buat, dengan fair&event yang ada memang memanggil2 je...
..
..
....

ok2. I harus sedar diri sekarang ;D Zaman I dah berlalu. waiceh. Berbalik kepada realiti, this wife is going to eat her luncheon. Jom lunch, nak?

K la
Till then
Daa~

Friday, 8 April 2011

menyambung usaha menambahkan unsur kejutan =)

as-salam
hye there

Arini I malas nak cakap banyak. I nak kasi teaser aje =) hiks *gedik!*

muka separuh siap. sila abaikan ketidaksempurnaan di wajah saya.

Actually muka da siap korang da tengok pun kan.. So nanti I reveal sape MUA I itu ok. Beliau kata mahu adjust sesuatu di blognya. Maka I xboleh le nak link kat sini. Tungguuuu~

K la
Till then
Daa~

Thursday, 7 April 2011

kekurangan unsur kejutan dalam blog ini.

as-salam
hye there

Hmm. Rasa macam dah lama, tapi baru 3 minggu lepas je I got married. Hee~ Mungkin sebab hubby duk jauh, plus pebenda merepek di office I sekarang membuatkan I rasa masa bergerak terlalu lambat. =) 

Disebabkan tu jugak, I rasa excited nak bagitau pasal my reception pesume kan. Pastu xde langsung teaser2 ke apa ke.. eish2. Terus bagi je, memang la tidak dihargai. Oh, btw thanks Nana sebab RAJIN singgah blog I yang tidak sepertinya ni.

Maka, dengan itu, I bagi teaser je la. Sikit2 kan ke bagus =)

Teaser veil.. Nah~ 



K la
Till then
Daa~

Wednesday, 6 April 2011

of our quickie honeymoon

as-salam
hye there

We had our quickie hunnies at Pahang.  Hubby loves high & cold places. Beliau telah reject idea ke pulau2an. I suggested Kundasang, Sabah. Tapi kena rule out since cuti kejap je. Xsempat nak bercinta + berjalan2 nanti. So I pun ok saje di Cameron =) 

Hari Selasa tu, kitorang lalu jalan Tapah ke Cameron Highlands. Initially nak lalu Simpang Pulai, tapi since we were from the south, fikirkan Tapah lagi dekat, kitorang proceed je after hubby tanyakan kawan dia yang rajin ke Cameron Highlands tu =) (bajet adventure la sket men redah je)

Malam tu kereta x banyak sangat. Ingatkan common thing. Tapi jalan naik tu memang menyeramkan. Serius!~ Ala2 jalan Bukit Putus masa dulu2. Dahla selisih dengan lori. Kitorang 2-2 takut, tapi masing2 konon buat2 cool la kan ;p Rupa2nya jalan Tapah tu memang bahaya lebih sket. So memang orang jarang lalu jalan tu. Cerita bila da kat atas tu sampai balik biasa2 aje. =) Memang jalan Simpang Pulai tu cantik. Kitorang siap cari lagi jalan yang bas accident sampai putus 2 tu (xpernah lalu kan, tu yang jakun lebih tu)

Cameron Highland, as it is, adalah sangat common, rite? I pun pk, kalau nak update kat blog pun rasanya kawan2 da pernah sampai punya. Takpela, yang penting cerita ni sangat menarik la bagi kami 2 orang nie. Maka, dipendekkan cerita, I nak tunjukkan Rumah Kilat 1 - tempat tinggal kitorang sepanjang 2 hari 2 malam kat sana. (sepatutnya 3 hari. tapi since sampai pun dah malam, maka 2 hari 2 malam la kan =) 

So, this is the exterior:
side view of the house

hubby at the entrance

the house from the lawn

the lawn from the entrance

Ni exterior je. Interior belum blh tunjuk lagi. Rumah ni complete dengan semuanya kecuali makanan. Kira datang bawak baju & makanan mentah je (tapi kalau nak beli, ada je kedai runcit + kedai makan kat pekan Tanah Rata tu =) ) Kalau nak masak, cooking set cukup kat dapur tu. Kalau nak BBQ pun boleh. That's why hubby nak datang lagi bawak the whole family plk =) 

The best part was hubby prepared our breakfast on the last day! Dinner the night before was prepared by urs truly. Tapi xsempat nak snap photo sebab da lapa gile time tu!

breakfast by hubby dearie

Tu je la dulu ek. Simple saje. Bawah ni konon2 suami isteri ni nak mengisi borang feedback =)

Muka serius si suami dan muka poyo si isteri. LOL.

K la.
Till then
Daa~

Tuesday, 5 April 2011

of other things

as-salam
hye there

As I said on my solemnization day, there are a few tips & tricks (konon~) that I can think of. Sebabnya, tau je la kan, wedding I memang le sempoi. So, untuk mereka yang mempunyai idea perkahwinan sempoi seperti I, yang mana sempoi ini diertikan sebagai:

1) Nak buat majlis berinai tapi xtau pun majlis berinai tu ape
2) Nak kahwin hari Jumaat tapi amek OP lelaki
3) Mak andam masa nikah sebenarnya sedang bekerja pada hari nikah

OK2. Ni bkn tips and tricks. hanya reminder sahaja =) Maka, antara reminder pada hari bahagia u all nanti:

1) Backdrop pelamin kat khemah sebagai penahan hujan 
Kalau u all pasang pelamin kat luar rumah, tolong pastikan ada canvas/backdrop penutup kat belakang pelamin tu. I tengah sebok2 hal lain masa ni. Takde sape perasan backdrop tu xde kecuali masa da nak mendung tu. Kalau u all nak tau, masa majlis nikah tu, ribut taufan melanda. abess pelamin I basah. Petang  lepas nikah tu tukang khemah tolong pasangkan jugak canvas tu *kes terlepas pandang daripada side orang khemah n us*

2) Pelamin
Based on my experience, walaupun orang tu da berjuta kali buat pelamin pun, xmustahil ada chances untuk dorang buat secara sloppy di tempat kita. Kalau u jenis cerewet, untuk kepuasan hati, baik u tengok masa dorang buat pelamin u tu. I xsempat nak mengadap sebab tengah buat kerja lain masa tu, hampir mengamuk jugak la sebab dorang buat tu xkemas. Tapi nasib baik dorang mend sikit2 n dalam gambar nampak ok. 

3) Majlis berinai 
Majlis berinai I sebenarnya adalah malam merenjis. To tell u the truth, I have no idea of what Majlis Berinai is ;p Yang I tau, masa majlis ni I nak SEMUA orang (including siblings, friends, cousins sume) yang xdapat merenjis pada esok harinya (majlis bersanding) merenjis hubby & I. Having this ceremony is actually a good thing. Sebab macam practice untuk hari esoknya. Macam tau cara duduk, letak tangan, flow masa merenjis tu. Macam2 la. Maka, I menyeru la kawan2 untuk mengadakan majlis ni. (cewah) Lagipun da alang2 malam tu akan ada makan ramai-ramai dengan sedara kita kan. Hubby masa ni ditemani Uncle & adik2 dia je. 

4) Mak Andam yang bekerja & OP back up masa make up untuk nikah
Atas sebab2 tertentu, Mak andam I boleh make up kan I waktu lunch hours je masa hari nikah I aritu. Masa tu jugak, OP I xdapat nak cover time make up nikah tu. Nasib baik la bridesmaids I datang bersama 1 dslr. Maka OP back up ini yang telah membantu untuk cover masa make up nikah petang tu =) 

5) Gambar
Benda ni I rasa cam xbest sikit. Ada kawan2 yang datang dari jauh, xsempat bergambar dengan I. Dorang xteringat nak cakap, I pun xteringat nak offer. Otak masa ni memang blank abes. Haish. So girls, nanti make sure tau korang tangkap gambar dengan kawan2 yang datang tu =)

6) Bunga tangan
Hmm. Ni I xtau I da cite ke belum, tapi I blh terlupa bunga2 tangan I ni masa kat pelamin. Dush! Da buat cantik2, blh lupa plk. Ntah pape! Geram betul. Pengapit plk adik I, dia pun lupa jugak. Da selamat pun I potong gaji dia (cewah. mane ada pun ;) ) Jadi sila jangan lupakan bunga tangan anda ye, gadis2. =)

7) Senyum
All in all, walau apa pun terjadi, u SENYUM je. Memang masa hari kejadian (masa persiapan tu) rasa cam paranoia pun ada, nak jadi bridezilla pun ada. Tapi bila da atas bantal nikah & pelamin I senyum je la. Memang I shut down terus mode b2b. Yang I tau, masa tu I nak jadi Ratu. Plus, I rasa happy sangat bila ada orang cakap, "Anis ni dari awal sampai abes senyummm je" (walaupun ada senyuman I yang pelik2. hiks)

Nanti kalau ada lagi, I tambah, ok.

p/s: walaupun bila ingat2 balik benda2 ni buat I rasa "Ouch", tapi bila dapat share dengan u all, I rasa, xpela. Biar jadi ingatan. Pasni kalau ada rezeki, buat post-wed party ke, blh ajak kawan2 sekali =)

Monday, 4 April 2011

Cerita ringan je. =)

as-salam
hye there

Cerita Pengantin Malam Pertama untuk pengantin baru yang bernama Ramli. 

Dalam keheningan malam penuh syahdu, Ramli masuk kekamar kerana mengantuk.(kemungkinan ada juga rasa yang lain - paham-paham je lah..pengantin baru!)

Dilihat isterinya sudah berselimut dari hujung rambut ke hujung kaki. "Malu agaknya. Maklumlah malam pertama..." bisik hati Ramli. Dimatikannya lampu dan ia pun berbaring di katil. Dicelah-celah suara kodok menyeru pasangannya, terdengar suara isteri berbisik, penuh romantis, "Buah papaya dah masak ranum, bila tupai nak datang merasa ?"

"Dah, apa cerita ni ?" tanya Ramli dlm hati. Separuh malam dia terbaring berfikir. "Oh, agaknya isteri ku teringat kampung halaman.. Sian.. sampai mengigau ? Takpelah, biarlah dia tidur" bisik hatinya penuh understanding.

Malam kedua adegan yang sama cuma dialognya agak berbeza. bisik isteri "Sawah bendang dah siap dibajak, bila pak tani nak turun menyemai?" "Kesiannya bini aku.. masih ngigau lagi.. aku mesti cari penawar !" Ramli bertekad. Esok harinya, Ramli bercerita pada ayah yang kebetulan datang untuk bertanya khabar 'pengantin baru'. 

"Lah.." keluh ayah ramli, "aku hantar belajar sampai Uni, benda cam ni pun kau tak paham?"
Ayahnya pun mula bercerita perihal adam & hawa, laila & majnun, romeo & juliet...(yang relevan untuk pegantin baru je!) Sepatah cakap orang putih "about the birds & the bees". "Oh. cam tu." sengih Ramli, "Baru saya paham. Taulah apa nak buat malam ni!"

Malam yang sangat ditunggu-tunggu ramli pun tiba...adegan sama dikamar tidur. cuma kali ini isterinya membisu seribu bahasa. "lah.. nape pulak senyap. takkan dia give up" tertanya-tanya si ramli. Setelah sekian lama tanpa suara dari isteri, ramli pun berkata, "Dah lapar betul rasanya perut, boleh tupai datang merasa?"

Malam dingin semakin sunyi.. tak jawab pun... "Kain pelikat dak disinsing rapi, boleh pak tani turun menyemai ?" pun..masih takde jawapan... ramli mencuba lagi. "Juruterbang dah siap sedia...boleh pesawat turun mendarat ?"

Sayu sekali jawapan si isteri dari bawah selimut, "Maaf tuan... Landasannya baru saje banjir...!"  

Moral cerita: Pada kaum lelaki - Kalau nak naik pelamin, jangan tunggu sampai cukup bulan. Nanti dah datang bulan kan rugi sendiri..


Cerita ni I petik dari link ni. Motif? nak isi lompong kekeringan idea. hee~

K la
Till then
Daa~

Sunday, 3 April 2011

as-salam
hye there

Actually post ni da lama Su tag I. Tapi baru ni I nak postkan =) Harap Su xmarah kat I ek..

5 nama samaran

1- Anis - Ni common name la. Hampir semua panggil I dengan nama ni
2- Lemon - Ni panggilan oleh member2 terdekat
3- Yourhighness - ni masa zaman skola ada la member click I panggil
4- Kak Nis - yang muda2 tu panggil camni la
5- Antinis - panggilan ni untuk anak buah I, sekarang baru Adam sorang =)

5 tarikh penting

1- 19 Sept 2010 - majlis merisik
2 - 19 Dec 2010 - majlis bertunang
3 - 18 Mar 2011 - majlis nikah
4 - 19 Mar 2011 - majlis sanding umah I
5 - 20 Mar 2011 - majlis bertandang umah hubby

5 perkara I buat semalam

1 - buat class untuk hand over job kat colleague
2 - minum cendol hasil belanja dak2 praktikal (tau2 je orang bagi cendol. sebat saje lahhh~)
3 - bergayut kat fon dengan hubby macam masa sebelum kawen ;)
4 - masak malam2 buta sebab lapa
5 - berangan nak men boling arini (tapi gagal)

5 perkara buat I happy (?)

1 - tunggu hubby call (fon I kena barred ;p)
2 - nak tukar office baru
3 - bila berangan cane nak sambut hubby bila dia balik nanti
4 - memikirkan I akan ada lebih masa cuti berbanding sekarang
5 - bila I ada benda nak diupdate kat blog (haha)

5 sebab jawab tag

1 - rasa terhutang lepas Su tag I
2 - nak isi masa lapang sambil tengok abang I men game bola kat tv
3 - nak buat sticky post utk bekalan post akan datang ;p
4 - nak tengok berapa lama I amek masa untuk jawab soklan2 ni (ye la tu)
5 - (sambung kemudian blh x? I da abes idea dah nak jawab ape~)

5 kawan untuk di-tag

erm. bukan la I xde kawan nak ditag, tapi I rasa da ramai sangat jawab benda ni macam sume orang da pernah jawab je. sungguh! so I open pada sape2 yang nak jawab, oke =)

K la
Till then
Daa~