Have a click on Nuffnang.

Thursday, 15 December 2011

: Post hari khamis ;)

as-salam
hye there

Hm, selain cerita budak-budak dan beban kerja terlampau, nampak macam I takde cerita lain buat masa ni, ek. Jadi memang takde cerita sangat la pun. Haha. Since lappy rosak (colleague I jatuhkan) I da kurang nak menaip nih. Lepas tu, sekarang ni I sakit-sakit kepala, kadang-kadang membawa ke loya, sakit perut, mengantuk secara tiba-tiba, badan sakit-sakit sume.. Maka I gi la ke klinik. Bajet Dr. nak kasi good news la. 

End up dia kata 
"Maybe sebab awak mengadap komputer lama sangat or kedudukan awak kat kerusi tak betul."

A bit let down, kan? Haha. Tapi tak kisah la Puan Dr.. Yang saya tau, saya nak check lagi 10 hari. Ape jadi lepas tu, I berserah, tawakal, redha & pasrah. ;)

So, sekarang I takmo stress-stress ke ape ke. Tengah pk nak gi jumpa hubby ke nak jimba dengan kawan minggu ni. Kalau jumpa hubby pun hari ahad saja since tak cuti minggu ni. Dilemma. Dah lama tak keluar bersosial. Tapi kalau tak jumpa hubby rasa lain macam pulak. Keliru tak?

K la. I ada appointment ni. Tapi agaknya hari ni hari-tak-angkat-telefon-sedunia, ek? Geram je. huhuh.

Take care ye kengkawan ;)
Till then
Daa~

No comments:

Post a Comment