Have a click on Nuffnang.

Friday, 16 December 2011

: Lepas tengok perut pagi tadi. ;)

as-salam
hye there

Malam tadi rummy (roommate) I bersemangat nak masak spaghetti for breakfast. So pagi ni dia bangkit awal, pastu main masak-masak. Pastu kejut-kejut I. "Anis, tolong rasa sos ni.", "Anis, pekat tak kuah ni?". Padahal dia lagi terer masak. Saja la nak kacau I tido tambah confidence level agaknya tu. I pulak sakit kepala sangat pagi tadi. So, bangun, gi tengok, tido balik. Bangun, gi rasa, tido balik. Last-last, tak tido dah. Tolong dia ape yang patut la. Pastu cam rasa semangat nak memasak membuak-buak. Serius tak leh blah. Hahaha. (Masa bersemangat tu, Semua dah siap la pulak ;p)

Hubby tak minat sangat western food. Kalau ada pun dia makan sikit je. Makan untuk amek ati namanye. Tapi kalau difikir-fikirkan, hubby I memang bukan orang yang makan banyak untuk amek hati isteri kot. Haha. Dia tak lokek puji, tapi sedap cane pun dia amek 1st pinggan tu penuh nasi & lauk then takde seconds. Agaknya sebab dia amalkan style tinggalkan sikit untuk orang belakang. So dah terbiasa camtu. Selalunya dia suruh I habiskan supaya I gemuk sikit. I rasa I tak gemuk. Tapi I mengaku I tak fit. Haha. Berat je rasa mengangkut 5kg extra compared to masa belajar. (Dulu berat paling banyak 43kg. Siap sedih-sedih pasal tak leh derma darah)

Ni ada random petua I amek daripada internet. Filler utk entry hari  ni.

  1. Jika anda makan nasi jangan disulami dengan air. Ini untuk mengelakkan perut buncit. Sebaiknya minum air dua atau tiga jam selepas makan.
  2. Selepas bersalin, sesetengah wanita mengalami masalah perut buncit. Cara untuk memulihkannya kembali ialah :
    • Campurkan sedikit kapur makan, lima helai daun sirih, beberapa titik minyak kayu putih dan satu sudu besar air limau nipis.
    • Sapukan ramuan ini pada perut dan pakailah bengkung. Lakukan sehingga nampak perubahannya.
  3. Tanak kelapa hingga menjadi minyak. Setelah sejuk, sapukan pada perut. Biarkan selama 10 minit. Lakukan setiap hari sehingga menampakkan hasilnya.
  4. Didihkan jadam dengan sedikit air asam jawa sehingga pekat. Apabila suam, lumurkan pada perut sebelum memakai bengkung.
  5. Bancuh sedikit asam jawa, segelas air panas dan garam. Embunkannya semalaman. Keesokkan paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka.


Ingat, ni RANDOM tau. Baru je amek. Tak cuba lagi. Berani, cuba lah. ;)

K ek
Till then
Daa~

No comments:

Post a Comment