hye there
Halo. Niat I mulanya nak update cerita pasal last weekend. Tapi sekarang ni kerja sangat hectic. Boleh update entri pendek-pendek aje. Ni pun I update dari lappy yang letak betul-betul atas riba sambil meja bersepah dengan kertas-kertas depan pc. Bukan bajet guud-guud. Tapi nak hilangkan stress disebabkan call-call orang tapi tak berangkat. Huh. Kalau anda tak angkat, bagaimana saya mahu setelkan kerja saya, wahai anda. Dah la anda sorang je officer yang incharge. *sigh*
Meja saya yang bersepah itu.
Anyway, cakap pasal call-call, semalam, masa my colleague & I makan kat lobby office tu, fon office berbunyi. Disebabkan I takut boss yang call (sebab ada kerja dia suruh buat tapi I berhenti kejap) kot-kot la dia terasa nak tambah lagi bebanan kerja I, I pun berlari ke meja I & angkat la call tersebut.
I: Halo, *nama company* (oh yes, bos memang pastikan setiap staff adalah receptionist tak kisahlah apa post pun)
Orang tu: Halo, ni siapa?
I : Saya aNis, encik nak cakap dengan siapa?
Orang tu: Saya telefon berkenaan tudung... (suria ke, syria ke ape entah dia sebut. Tak ingat dah) Tadi nombor ni call saya, siapa ye call saya?
I : Colleague saya la, encik. Nama encik siapa ye, nanti saya tanyakan kat kawan-kawan saya.
Orang tu: Huh?
I : Nama encik siapa, nanti senang saya nak tanya pada kawan-kawan saya..
Orang tu: Apa-apa je lah~
I : Erk. Hm. K lah. bye.
Orang tu: Bye.
Bengang je I rasa. Bajet I nak buat apa dengan nama dia. Apa lah. Nak je I cakap kat kawan-kawan I, tak payah beli kat orang tu. Nak bagi nama punya lah susah. Tapi sempat bye pulak. Tak pahammm.
*update: sempat call officer tu. Dia jawab baik je. Happy mode. ;)
K la
Nak godek-godek e-perolehan pebenda ni.
Till then
Daa!~

No comments:
Post a Comment