as-salam
hye there
Ok. Hari cuti. You pulak berdua je dengan hubby. Kata lah masa tu hubby you berbaik hati nak pasang lampu & kipas kat rumah. You pulak sebetulnya nak melayan cerita Korea i.e. Marry Me, Mary (baru perasan JGS cam comel. Hahaha) yang berbaki 4 episod lagi tu. Untuk elakkan rasa bersalah, you keluar bilik kejap-kejap (setelah pause cerita tu) and you pun tolong passkan drill la, screwdriver la, you tolong pasangkan bilah kipas la. Lepas tu, you tanya-tanya apa fungsi ballast dengan choke tu, you tangkap gambar hubby ala-ala paparazzi mengejar artis (haha), you puji hubby you sebab belikan you kipas mahal sikit berbanding yang regulator biasa walaupun dan-sebenarnya you memang tak kurang rajin nak bangun-bangun untuk on/off kipas (Oh, you ada baca dalam majalah, lelaki suka kalau perempuan pamper ego dia). Tup-tup, bila dah siap, hubby you suruh you sapu lantai yang berhabuk tu.
![]() |
| selalu dia buat tak tau. tapi masa ni tiba-tiba dia pose pulak~ ;p |
Jangan tarik muka (walaupun masa tu hampir-hampir klimaks ataupun masa tu Mary kena hug dengan .. errr... Jeung In (?) & kantoi dengan Kang Mu Gyul) you buat je. Jangan lupa senyum. Nescaya, tak pasal-pasal lepas tu hubby you offer nak mop lantai. Ha, kan dah bertuah di situ. You amek hati dia - tangkap gambar dia mop lantai. Mungkin dia tak berapa nak approve especially kalau masa tu dia agak sexy (sexy is subjective - boleh imagine ikut suka you all. haha) You kata la nak letak dalam blog untuk simpanan hari tua (kalau tak hilang laa. ;p)
Dah settle semua tu, you sambung tengok cerita korea you. Tiba-tiba hubby datang & tengok muka you. You ajak hubby baring kat riba you. Untuk keselesaan, hubby bawak bantal & alas sekali sebab rumah you belum ada carpet tebal sampai tenggelam kaki tu. (Berjaya tak I nak cover rumah belum ada carpet?) Mungkin satu hari nanti. Hehe. Hubby dah penat, jadi, you pun bangun, pergi ke toilet, amek facial wash hubby you, moisturiser you and air dengan towel - tak de facial sponge pun takpe. Improvise~
You pun apply la ilmu cuci muka takpun hasil daripada treatment spa yang you all pergi dulu tu kat muka hubby you sampai dia pun layan habis. Hasilnya, muka hubby jadi lebih bersih, lembut dan wangi! Silap-silap masa dia nak mandi lepas berpeluh buat kerja tadi, muka dia tak usik pun.(Ok. ni hubby I tak buat) Lepas buat treatment, you amek cotton buds and bersihkan telinga dia. Mungkin you boleh buat lawak bila tengok warna cotton buds yang putih sudah bertukar ke warna-warna lain. Ingat, jangan tunjukkan rasa geli (I rasa geli-geli ni tak timbul kot. sebab memang dah sayang sangat, kan.. susah senang kan bersama ;) ) Oh, lepas tu hubby nak you urutkan dia. Buat aje. Lepas tu, you boleh minta dia urut you pulak *wink-*wink-situation. Hehehe.
Dah setel proses memanjakan hubby, you ajak la dia pergi pasar malam. Bukan nak beli makanan dah siap, tapi beli bahan-bahan. Kan malam tu you nak buat masakan ala-ala Johnny's..
Hasil akhir daripada semua ni:
1) Puji-pujian melambung daripada hubby sepanjang hari
2) Kenangan-kenangan yang buat you tersenyum kambing simpul manis that can last up to XX days - depending on how strong your memories are
3) Boleh dikenang-kenang bila you msg hubby
4) Boleh jadi secret code between hubby and you - secrets are sexy~ (I love secret codes. So I love to involve hubby too. Hehe. Plus, a secret makes a woman, woman.. Vermouth in Detective Conan - am not sure what it makes a man into, though. Haha)
Benda sangat simple. Tapi all these small things bring great impact. Hubby has been a darling all week. Takde gaduh-gaduh pun ;)
K la.
Till then
Daa~



rajinnye ur hubby...hahaha
ReplyDeletehaha. he's quite handy sometimes.
ReplyDeleteS.U.K.A!