Have a click on Nuffnang.

Thursday, 22 September 2011

: secret operation *wink ;)

as-salam
hye there

Hari ni I terajin nak update kisah pengupasan buah zuriat I tu.

Imbas kembali..

Kotak Hi-Goat yang telah dikasari

I memang xsangka buah zuriat tu kecik comey. I pun jadi macam ragu-ragu jugak sebab dalam gambar yang I amek dari blog Myvitrd tu, buahnya macam besar sikit. Maka nak dipendekkan cerita, I decided that I amek yang smallest 4. Yang baki (yang besar sket) tu I nak share dengan Ida, Syira & Kak long ;)
......................

Kalau ikutkan tapak tangan I, besar ni je la buahnya ;)

Anyway, langkah pertama, I sediakan peralatannya. Plastik & pisau. 

 Tengok la, pisau roti Mum I sebat. 

Bila Mum tanya apa I buat dengan pisau beliau, I sengih je. Hehehe. (Takpe. Kang (read: nanti) kalau Mum rasa pisau beliau tumpul, beliau akan mintak Dad asah) Jadi, di atas kesempatan tu, I pun mula la memotong dan menggergaji buah tu dalam bilik (kata operasi rahsia, kan. Haruslah menyorok). Lucky buah tu macam da dented. So senang nak potong sabutnya. Kerja ni memang agak senang la. Takde la sesusah yang I bayangkan.

saje nak tayang nama blog besar2 kat situ, kan. LOL ;p

I guess I celebrated wayyy too early. Langkah seterusnya untuk pecahkan 2nd layer tu memang azabbbbbb, nokkkks. I da ‘gergaji’ dengan pisau Mum tu, tak lut langsung, ok. I cari la alu lesung. Gedegang-gedegang (sambil berdoa Mum tak jenguk bilik I) pun tak de apa langsung.

Setelah dipalu dengan alu lesung, tak nampak kesan apa-apa pun. 2nd assistant: Noir

Since dah malam sangat & rasa tak seronok hubby tak dapat rasa ‘keseronokan’ ni bersama-sama, (read: alasan) I pun stop kejap. Lain kali baru rasa nak sambung kerja tu. (sebenarnya I lupa macam mana orang lain buat. Nak refer, broadband, Dad da amek balik dah) Maka, I decided yang I nak refer masa kat office bila-bila free. Hehe.

p.s: bau buah ni sedap. Macam kopi pun ada, macam koko pun ada (ada macam bau neslo kot..). I bagi adik I hidu buah ni. Dia dah gian cam orang hidu gam pulak. Sabar saja la I ni. Esok kalau buah tu hilang, tau la siapa I nak cari.

p.p.s: I da siapkan entry ni selasa malam isnin tu jugak. Tapi saja post lambat-lambat nak cover sikit laa. Kang (read: nanti) orang kata terlebih semangat pulak.. *memang pun*

K la
Till the 2nd episode
Harap-harap I berjaya kopek buah ni masa tu ;)
Daa~

4 comments:

  1. nk tggu next episode..nk tgk cane isinye..hehe

    ReplyDelete
  2. hehe. akan ada, tapi kalau nak tunggu hubby, lambat sket la sambungannya ni. ;)

    ReplyDelete
  3. i x berpeluang lg nk belah buah ni...hihi...org ckp lg afdhal if hubby yg belahkan...anyway gud luck okey! :)

    ReplyDelete
  4. oh. yeke, nana? camtu, kena la i bawak buah ni jumpa hubby next week ;) yeay!

    ReplyDelete