hye there
Hari ni dah hari Jumaat. Maka I sepatutnya da ready-ready nak gerak ke Trolak. SIL mintak amek kat Dayabumi. Malas nak meredah jem. Harus suruh dia datang tempat I aje. Boleh keluar ikut Duke terus. Hubby tak bagi pergi sorang-sorang. Apa ya ayat dia tadi.. "(Bawaklah kawan) Nanti takde la boring sangat kalau nak drive (sorang-sorang)." Hubby is being subtle. Dia tau taktik menakut-nakutkan I won't work. Nanti jadi kisah lain pulak; whereby I tak nak amek langsung sebab dah takut ;p hahaha.
Tapi tadi, I sempat baca artikel ni yang I petik dari SINI.
Pada suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti di stesen
minyak untuk mengisi minyak. Setelah selesai memenuhkan tangki minyak
selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan
stesen tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker
dan memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita
itu masuk ke dalam untuk membayar tunai.
Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan
pembayaran menggunakan kad kredit telah diluluskan. Dia menunjukkan
isyarat tangan kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk
meninggalkan tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita
tersebut masuk ke dalam kaunter kedai untuk membayar tunai.
Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai
dan mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan menuduh dia menipu.
Atendan tersebut memberitahu supaya wanita itu bertenang dan mendengar
dengan teliti
Atendan memberitahu ketika wanita tersebut sedang mengisi minyak, dia
telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dlm kereta dan bersembunyi
dikerusi belakang . Dengan segera beliau telah menghubungi pihak polis.
Wanita tersebut terus menjadi takut dan segera melihat pintu keretanya
terbuka dan lelaki itu telah menyusup keluar dan meninggalkan kereta itu
dengan tergesa-gesa.
Kes baru-baru ini didapati mempunyai kaitan dengan ujian untuk
permulaan geng jenayah terbaru dimana memerlukan seseorang untuk membawa
balik bahagian badan seorang wanita ..
Salah satu cara yang mereka lakukan adalah dengan merangkak
perlahan-lahan dan menyusup masuk ke dalam kereta wanita manakala
sasaran utamanya adalah stesen minyak atau di kedai runcit pada waktu
malam. Kemudian, mereka akan potong kaki / buku lali mangsa menculik
mereka dan kemudiannya membunuh dan mencerai-beraikan mereka.
Kaedah lain adalah dengan memaksa wanita itu masuk ke dalam kereta kemudian menculik mereka,
Pengajaran :
Pertama, wanita seharusnya lebih berhati-hati apabila ingin masuk ke dalam kereta pada waktu malam.
Kedua, Jangan letakkan kereta di tempat sunyi atau terpencil semata-mata ingin mendapatkan tempat letak kereta percuma!
Ketiga, Jika boleh, elakkan memandu seorang diri pada waktu malam!
Ini adalah situasi sebenar! Penculikan! Pembunuhan! Putus dan anggota badan dicerai-ceraikan! Ini semua berlaku di Malaysia !
Jadikan amalan :
1. Pastikan kereta berkunci setiap masa walaupun anda meninggalkan kereta sebentar.
2. Periksa sekeliling kereta sebelum masuk ke dalam kereta.
3. Sentiasa peka terhadap sebarang tanda-tanda pelik dari
persekitaran anda dan individu lain di dalam sekitar umum, terutama pada
waktu malam
Hmm.. Macam dah tak berannn je kan nak lone ranger ni sume. Hehe. I love you, hubby.
---------------------------------------------
Ramai yang tanyakan pasal buah zuriat tu. I baru je tanyakan seller I (21 Sept 2011). Nanti, kalau ada apa-apa info, I update kat sini, ye ;)
K la
Till then
Have a great weekend!
Daa~
No comments:
Post a Comment