hye there
Kisah pengantin perempuan di singgahsana & tol menanti di depan pelamin.
Ok, Kat sesetengah tempat, si isteri akan menjemput sang suami terlebih dahulu sebelum mereka jalan bersama2 beramah mesra dengan rakyat jelata sebelum ke singgahsana. Tapi kalau adat Johor, kedudukan Sang Ratu dinaikkan dengan cara menanti untuk disunting di singgahsana pelamin tu. Tapi sebelum Raja tu dapat bersemayam kat takhta, kena la bagi upah dulu pada para penjaga. *Masa ni muka pengantin perempuan kena tutup by pengapit*
Asalnya I nak buat 3 lapis tol. Kat gate umah, kat depan pelamin & kat pelamin tu sdr. Tapi MumDad yang against idea tu. Katanya banyak sangat la plk (perihal tol I da bagitau Hubby 50 tahun sebelum kita decide to get married. MumDad serah sume pada I sebab sekadar nak main2 aje - Kalau seriously ikut adat memang masak Bridegroom tau)
Untuk majlis I, I da kowtim dengan orang yang terlibat:
1) Hubby: as I mentioned kat atas tu, I da bagitau 50 tahun sebelum kahwin pasal adat ni kat dia. Mula2 hubby opposed. Tapi bila da selalu cakap, dia jadi biasa & just go for it! haha. I mintak certain cash daripada dia & cakap don't worry, sume I settlekan. Dia kena berlakon sket je masa tu ;)
Muka ceria hubby sebelum masuk kawasan rumah
2) Bestman: I masukkan duit siap2 dalam sampul, pastu I jumpa bestman I - cousin I juga. I da tanda siap2. "Ok. 1 star utk kawan2 kakak, 2 stars untuk makcik2 lepas kawan2 kakak. 5 stars untuk Cik Teh. Paling susah mungkin Cik Teh sebab dia duk kat pelamin. Kalau dia kata xcukup, bagi yang dah bertanda ni ye? Akak spare sampai 5 kali mintak :)"
3) Gadis2 semasa: I cakap kat my girls ni, "Korang terima je berapa laki aku bagi ye. Sape2 demand, SIAP!" Cewah. Xde la sampai camtu. Dialog tu sampai "...berapa laki aku bagi ye, je". Dorang bagus. Behave je. Sempat I pesan - "Kasi susah sket ye. Tapi jangan sampai memalukan dia ye. Papehal dulukan Makcik2 aku ye"
Repeat gambar ni lagi sebab ada gambar ni je. MUA I pun sibuk beratur kat dpn tu ;p
4) Makcik2 depan pelamin: Makcik2 depan pelamin ni kakak2 Dad. I cakap, "Mak teh, Mak Itam, Mak Dik, Mak Lang, nanti tadah je tangan. Ada la yang dia bagi nanti". Simple je. Tapi my Aunts ni memang cool gile. Siap buat human barrier lagi ha. *I nampak sipi2 je sebab muka kena tutup time tu kan..
Makcik I ada la kat situ2, sebelah MUA tu tengah menahan hubby. Ekekek
Ha, better view! Tengok, kat tangan Mak Itam dah ada dah, gerenti hubby & the boys kena buli ni. Hee~
Setelah semua selesai diberikan taklimat, I pun duduk2 je dalam rumah - berasa risau - seperti biasa (masa tunang pun camni) Bila kompang da berbunyi, berlari la pengantin ni ke pelamin. Ahahahaha. Burok perangai saya. Ralat sebab terlupa bunga tangan yang I buat pagi tu. Cit cit cit!
*I boleh cerita apa yang jadi sebelum je sebab masa kejadian tu adik I letak kipas tu 1 inci je dari hidung yang xberapa nak mancung sambil sound bila I nak mengintai. Ahaha. Tu pasal nak kena tunggu gambar OP yang amek dari depan2. -alasan ;p-
Kipas tu seriously closer than it looks
K la
Till then
Daa~








wahhh mcm menarik jugak ek adat tol2 ni...tp u tak aci sbb dh upah org...hahaha
ReplyDelete: hahaha. i mintak kawan2 tu tolong. siap beli baju baru lagi untuk majlis i tau~ dorang mintak upah. so i cakap, aku upah korang duit tol, ok!
ReplyDeleteyang len kowtim baik punya, utk mengelakkan peperangan. hahaha~