hye there
Hari ni hari Jumaat. Patutnya dalam jadual I, I ada aktiviti minggu ni. Tapi orang cancel last minute, maka I ada aktiviti esok aje - teman adik I gi function skola dia. Bagus jugak. Boleh main dengan Adam. Kena bangun awal sebelum parents dia bawak dia gi jenjalan ;)
Hubby pergi ikut rombongan ke Thailand arini. Pergi banyak2 tempat kot. Klaka la hubby tu. Mentang2 rombongan dengan kawan2, follow aje. Tak tanya pun destinasi2nya. Redah je la, yang. I mintak dia survey2 tempat sekali. Ni yang rasa nak duduk sekali je nih. Kalau I duk sana, mesti I da mintak dia bawak I sekali. Hehe. Rombongan pun rombongan la. Method x berapa nak penting. Janji objektif tercapai. Tapi memang faham, matlamat tak menghalalkan cara ;)
Ape lagi ye. Masak? I sudah boleh laaa nak masak sikit2. Walaupun I tidak seperti isteri2 lain yang memang sejak azali da terer masak, tapi ok laa berbanding dulu2 tu. Haa, jangan xtau I pernah masak sardin end up jadi kuah laksa. Hahaha. Since I xduk dengan hubby, member I la yang jadi mangsanya. Kalau I malas balik rumah, I crash kat rumah sewa dia je. Ha, kat dapur dia tu la I bersilat bagai nak memasak nih. Tabah la makcik tu merasa masakan I yang kadang2 terhangus, termasin, tertawar, sedap.. (pernah jugak I masak rasa sedap, ok! Haha) Sekarang boleh la nak adjust - balik kerja terus masak. Xla penat sangat.
I kagum dengan isteri2 yang da duk dengan hubby dorang. Serius penat nak balik keje, masak, gosok pakaian, membasuh lagi.. I slow2 la nih. Sekarang nak adjust dengan memasak & cuci baju dulu. Yang syoknya duk jauh2 ni, kite boleh pilih nak penat belajar apa dulu. Xde la nak buat semuanya sekaligus.
Baju raya? Ingat nak beli yang dah siap aje. Hubby nak warna biru macam baju sanding aritu *wah, nak mengenang kembali ke laki aku nih? ekekek* Layankan ajelah. Kalau nak tempah, memang da lambat la kan. Tapi tengok la cane nanti. Tahun ni raya kat kg. Hubby. Cari jubah je la kali ni. Xpernah ada jubah lagi ;)
Ok la. Da 12:30. Kena berdoa bos suh balik awal nih. Hahahahahaha..harapan!
Till then!
Daa~
No comments:
Post a Comment