hye there
Sementara u all sibuk buat persiapan tu, tolong jangan ignorance dengan perkara yang berlaku kat sekeliling, ok. Hope this post can help a bit.
Ni I copy paste dari email I pagi tadi to my siblings. This info I dapat daripada hubby I - memang berkenaan dengan kerja dia. So, u can believe me ;)
AWAS - Lelaki menyamar jadi pekerja TNB
Posted by KedahLaNie

BANDAR PUTERI JAYA – Seorang suri rumah terpaksa bergelut dengan dua penjenayah apabila mereka menyamar sebagai pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk membuat pemeriksaan dan penukaran meter yang dikatakan akan diselaraskan ke semua rumah dalam kejadian kira-kira 10 pagi Selasa lalu.
Mangsa, Siti Aishah Murad, 41, dibelasah dengan teruk selain dipijak di bahagian dada dan dicekik oleh dua lelaki sebelum melarikan dua rantai dan gelang emas yang membawa kerugian hampir RM10,000.
Menurutnya, ketika itu dia bersama anak lelaki, Mohamad Nazim Mohd Zubir, 9, baru sahaja masuk ke dalam rumah sebaik selesai kerja menyapu halaman.
“Sebaik keluar dari tandas, saya ternampak seorang lelaki memberi salam dengan memakai pakaian seragam TNB meminta kebenaran masuk ke rumah untuk memeriksa meter.
“Setelah memberi kebenaran untuk masuk ke dalam, lelaki berkenaan meninggalkan motosikalnya di luar rumah dan menyuruh saya membawa bil elektrik serta kad pengenalan untuk diperiksa,” katanya.
Siti Aishah berkata, sebaik sahaja keluar semula dengan membawa dokumen yang diminta, datang pula seorang lagi lelaki dengan memakai baju T berwarna kelabu.
“Pekerja TNB ini kemudian menjelaskan bahawa rakannya akan membuat penukaran meter pada sebelah petang sebaik sahaja selesai pemeriksaan,” katanya.
Menurutnya, secara tiba-tiba, kedua-dua lelaki berkenaan mengheretnya ke dalam rumah dan memijak dada, mencekik leher dengan kuat dan menyepak bahu kiri dan kanan.
Katanya, pergelutan itu bagaimanapun disedari Nazim yang berada di bahagian dapur.
“Saya meminta Nazim melarikan diri dan menyuruhnya meminta bantuan jiran.
“Mungkin disebabkan takut, kedua-duanya melarikan diri apabila melihat saya tidak bermaya. Namun, ketika itu saya boleh mengejar mereka sehingga ke jalan raya,” katanya.
Siti Aishah berkata, jiran hanya menyedari kejadian sebaik sahaja diberitahu anaknya namun, tidak sempat membantu kerana kedua-dua lelaki itu sudah melarikan diri menggunakan motosikal.
Menurutnya, dia mengalami trauma akibat kejadian itu dan sudah membuat pemeriksaan kesihatan di Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani.
“Saya menasihatkan kepada orang ramai supaya berhati-hati dengan individu tidak dikenali,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan mengenai kejadian itu.

AWAS ADA PENCURI MENYAMAR PEGAWAI TNB BERKELIARAN DI KWSN ANDA
Bird Cake - Just to share.

Setelah mangsa berada di dalam rumah, itu adalah kesempatan mereka bertindak ganas. Mangsa target mereka adalah wanita surirumah sepenuh masa. Aktiviti mereka adalah di siang hari sewaktu kebanyakan orang keluar kerja. Sama sama lah berwaspada dan spread this news.

Kejadian 2, 3 hari lepas. Kegiatan samun di sekitar SP. Lelaki 20an (2 org) menyamar sebagai staff TNB dgn berjeket TNB, membawa file dan dokumen TNB. Lelaki berkenaan cukup pandai berbahasa dan cuba mencari jalan utk memasuki halaman rumah mangsa dgn beralasan seperti utk memeriksa meter letrik dan sebagainya. Setelah berada di halaman rumah mangsa, lelaki berkenaan akan mencari jln utk memasuki kedlm rumah mangsa seperti menyuruh mangsa mengambil bil TNB, IC dan sebagainya (supaya mangsa masuk ke dlm rumah).
Setelah mangsa berada di dalam rumah, itu adalah kesempatan mereka bertindak ganas. Mangsa target mereka adalah wanita surirumah sepenuh masa. Aktiviti mereka adalah di siang hari sewaktu kebanyakan orang keluar kerja. Sama sama lah berwaspada dan spread this news.
-----------------------------
SO, reminder:
1) staff tnb xmintak ic n bill customer. mungkin ada yg mtk bill aje utk clarification - tapi ni rare case as dorang da ready dengan docs yang dorang perlukan. My advise, kalau dorang mintak apa2, suh dorang datang lengkali or sebelum bagi dia masuk, sediakan bill awal2 or kunci pintu sebelum gi amek bill (ni kurang ajar sedikit la. tapi better be safe than sorry, right?). bill ye, not IC. they dont ask for ICs.
2) yg naik motor ada sorang je. tu pun, dia baca bill n bagi bill kat owner. xperlu borak2 dengan owner pun. plus, dia akan masuk umah dengan machine baca meter je. xde bawak documents whatsoever.
3) dorang akan datang ber2 (kalau sp berdua je. 3 the most) naik van/lori tnb sahaja. xkan ada naik kenderaan persendirian (kete/van/dll). tu pun kalau owner call kata ada meter rosak ke, nak pasang meter kat kawasan perumahan baru ke baru la tnb staff datang.
if there is anything to add, i'll make sure to inform u peeps.
No comments:
Post a Comment