hye there
...sambungan semalam...
Kat pam minyak
"Eh kena keluarkan duit dulu nampaknya ni". Feera pun beratur kat mesin ATM. Ok. Ada 2 orang kakak kat mesin A & B. Feera pun beratur. Selalunya style beratur kat situ macam kat GSC Midvalley. 1 line je, tapi gi ikut kaunter mana yang kosong. X lama lepas tu, kakak kat mesin B da settle. Ok la. Feera baru nak gi kat mesin B, datang sorang mamat, terus berdiri kat mesin B. Mamat tu tengok Feera sekilas, lepas tu terus je keluarkan duit. "Eh, boleh pulak macam tu? Aku ni tunggul ke?" kata Feera dalam hati. Malas nak make a scene, Feera diam je. Sabar. Sabar. Hal kecik je ni.
Feera da selesai keluarkan duit. Esok, dia nak servis kereta kesayangan. Dah dia mintak mak & adik tolong hantar ke pusat servis. Jadi malam ni dia prepare la kereta mak. Isi angin, keluarkan duit untuk servis & isi minyak siap2. Feera suka siapkan awal2. Malas nak sangkut dalam jem lama2. Yela, lagi lambat keluar, lagi panjang la jemnya nanti. Xsuka!
Dari dalam Mesra, kaunter kat dalam dah penuh. Kakak ATM A tadi tengah belikan anaknya roti, pakcik mana ntah tengah beli rokok. "Oh, xpela. Aku bayar kat kaunter luar aje" Elok je sampai kat kaunter luar, Feera sorang2 je. Cantiklah. Tapi yang xcantik tu, Feera terlupa pam berapa dia parking kete mak tadi. "Dik, RM30 untuk kereta..." "Pam 3 eh! Pam 3! Pam 3 RM10!" Eh.. minah mane plk ni. Belum sempat Feera abeskan ayatnya, datang plk sorang minah tergopoh gapah mintak atendan Mesra tu isi pam minyak dia. Atendan Mesra tu baru masuk kerja agaknya. Nmpk macam budak baru amek result SPM. Kesian budak tu pening. "Aaa. Akak ni dulu, eh?" kata adik atendan kat minah sambil tunjuk kat Feera. Minah tu agaknya baru perasan kewujudan Feera terus terdiam. Mira da malas nak layan. Layan2 kang angin plk. Dahla mood Feera da rosak sebab pam angin & ATM tadi. Sekarang dia nak cepat2 setel je bayar duit minyak ni. "Sorry" kata Minah. Feera dengar, tapi xsangka itu untuk dia sebab kebetulan ada sorang brader berjalan ke arah minah.Nasib baik lepas tu xde pape lagi berlaku. Sampai je kat rumah, terus Feera call Amir - mintak maaf. Satu2nya sebab Feera xmengamuk tadi sebab dalam kepala da replay ayat Amir siang tu. "Abang xkisah sayang nak ke mana, tapi apa2 hal bagitau dulu. Bukan la abang nak larang atau kongkong. Janji bagitau abang sebelum keluar rumah tu"
p.s: Benda ni betul2 jadi kat I minggu lepas. Saja guna nama anak ganti nama kitorang =)
p.p.s: Yang penting, walau sekecik mana pun arahan suami, sila lah patuh. Agaknya Allah xredha masa I keluar tu, tu yang dapat macam2 ujian dan dugaan tu. Insaf saya. huhuh. Alhamdulillah..
K la
Till then
Daa~
kena take note ni.. thanks for reminding :)
ReplyDeletebetol betol....sgt penting taat kat suami kn? :)
ReplyDeletepn sgp: sama2. sangat spooky masa malang bertimpa2 tu =)
ReplyDeletecik nana: AMAT. hee. *i baru padam tips busuk nak bg kat u. xleh2. nanti kena panah petir kalau buat. hahaha*