Have a click on Nuffnang.

Friday, 18 May 2012

: main masak-masak pada hari khamis. Thanks Cikgu Amy! :)

as-salam
hye there!

Nampak exclamation mark di situ? Tanda terlebih gembira dan bersemangat tu :)

Hari ni, I duduk rumah je. Awal pagi tadi tak ada buat apa-apa. Dad pergi dentist cabut gigi, then dia menahan angin. Hehe. Terasa-rasa aura dia nak marah orang. Tapi Dad banyak diam je. Lepas tu ada kawan Dad datang rumah, terjah aje. Hehe. 

Tengahari I tak makan. I buat puding caramel. For a first timer, among the comments I get were:
Mum: Ok la for a first timer. 
Bro: Hmm. Terlalu rasa telur. ALAMAK, patutnya kena pantang telur. (sebab dia baru lepas surgery)
Baby Sis: Ok la ni.
Sis: Ok la, kak. Manisnya ok. Tapi teksturnya macam tak cantik. Tak halus.

I sengaja tak bagi kat Dad. Sebab benda manis tak kena lah dengan sakit gigi, kan? Tapi masa nak dinner Dad ternampak, so dia tanya, 

Dad: Anis buat ke beli ni?
Anis: Anis buat, Bah.
Baby Sis: Kak Nis, babah kata, kalau ada 10 pun dia makan semuanya. Sedap lah babah kata.

*Beaming!*

Masa Dad comment ni, I tengah duk sibuk buat gravy untuk mashed potato. Mashed potato ada yang instant - tambah air panas aje. Gravy, I ikut sebijik-sebijik resepi Amy at first. Lepas tu, dalam kepala fikir, macam mana nak banyakkan gravy ni. Menyesal tak tanya Amy dulu. Maka, I adjust je accordingly.

Nak share jugaklah resepi tu - ni untuk rujukan I, maka ayatnya macam nak tunjuk kat orang baru belajar la jugak :)

Bahan A: Stok ayam
1/2 biji Bawang besar - dicincang/dipotong dadu
1 batang daun sup - dipotong halus
1 kiub ayam maggi

*Masak air, I bubuh 5 cawan tadi, then masukkan SEMUA bahan A ni. Hasilnya, bau dia macam maggi ayam. Tapis ke dalam 1 bekas lain.

Bahan B: Gravy
2 - 3 sudu besar tepung gandum - bancuh dengan Stok ayam sikit. Penting untuk bancuh elok-elok. Supaya tepung tak curdle (berketul) dan merosakkan presentation (just like mine just now. hee)
1 - 2 sudu Butter - ikut sesedap rasa
1 sudu besar Sos cili
1 sudu besar Sos tiram
1 sudu besar Dark soy sauce - I ganti dengan kicap ABC (sebab Dark Soy Sauce cap tamin tadi takde size kecik. Hehe)
Blackpepper powder - I tukar dengan b'pepper sauce :)

Guna api kecil, panaskan butter, masukkan bancuhan tepung gandum. Kalau rasa pekat, tambahlah stok ayam lagi. Ikut selera masing-masing. Lepas tu, tambah la sos cili, sos tiram, dark soy sauce/kicap ABC and serbuk black pepper/black pepper sauce. Adjust accordingly. Bila guna sos ABC, gravy akan rasa manis sikit. So I lebihkan sos blackpepper.

Gravy ni cukup untuk mashed potato instant besar 1 mangkuk. 

Rasanya ni je lah. Tapi malangnya tiada gambar dapat diberi. Sorry!

K la
Till then
Daa~

2 comments:

  1. yeayyy! sedap, kan. boleh buat byk2 sesuke hati kite nak rasa mcm mana. nanti ade resepi senang2 i share lagi. :)

    ReplyDelete
  2. Yeay! memang sedap. resepi Cikgu Amy memang recommended! :D

    ReplyDelete