hye there
Hm. Sebenarnya, sekarang ni I tengah sit back and reviewing back things. Previously, I planned a simple wedding. Seriously simple gile! Masa tu, fikir nak tempah je set wedding kat 1 bridal. Take whatever the package includes - tapi mmg nak pelamin panel ;p Doorgift bagi telur rebus je. Yang penting, mekap I cantik, gambar lawa, makan sedap.
Masa tu x pernah terfikir pun, nak centrepiece, nak guestbook, nak bridesmaid, nak OST, nak veil cantik, nak baju cantik untuk semua orang, nak hantaran gempak.. Banyaknya yang I belajar daripada blogger brides yang lain.
Cons:
1) Nak jugak apa yang orang buat or at least ape yang orang lain boleh DIY.
2) Jeles kalau kawan2 punya majlis sangat meriah
3) Jeles bila family/kawan2 orang lain tolong sponsor apa2 so that pengantin xpayah keluar banyak belanja
4) Jeles bila orang buat persiapan dengan incik tunang masing2
Tapi di sebalik semua ni, Pros pun ada.. =)
1) I dapat buat benda yang EXTRA special untuk majlis I
2) I dapat share rasa the negatives and of course, the positive feelings bagi kawan2 yang mengharungi hari bahagia dorang - ni esp blogger brides la since my close friends sume singles and available ladies. Da macam klaka plk nak cerita banyak2 dengan dorang. (tapi heart my bestie kerana sudi melayan karenah dan ceritera aku. kamu tau kamu siapa =) )
3) Masa yang singkat dengan B buat benda yang I buat tu lebih I hargai
4) Kena plan almost everything (minus khemah n catering) buat I tabah menghadapi cabaran kerja yang bertambah2 sejak kebelakangan ni yang memang memerlukan good planning (haha. boleh x?)
5) I dapat kenal ramai kawan baru, orang yang terlibat dalam industri, cuci2 mata & yang paling best, benda yang I baru pk2 atau baru nak bayang, kawan2 blogger da tunjukkan bendanya yang memang betul2 ada dalam real world. Yeay! Cth: veil cantik2, style baju yang mengancam.. macam2 lagi =)
Maka, I mengaku, kadang-kadang I tersasar daripada tujuan asal.. bermodalkan I anak perempuan yang 1st. Abang-abang punya majlis bertandang da superb, I sebagai anak perempuan perlu menjadi lebih superb sbb bukan kawan2 je yang tengok, jiran2, anak2 kawan Dad, pendek kata utk mata orang. Pastu mula la nak macam2 yang orang ada kan..
Tapi bila rasa tercekik xmampu, I sedarkan diri semula. Kawan-kawan mungkin ada masa 1 tahun untuk merancang majlis masing2, I ada masa 3 bulan je. (Risik in September 2010, Tunang in December 2010 & Wedding in March 2011) So, haruslah sedar, kan? hehe. Lagipun, kalau bandingkan dengan perancangan asal, I masih akan dapat makan sedap - sebab amek caterer sama dengan abang2 and so far ramai je orang suka, mekap cantik - amek MUA sama macam tunang, kawan2 kata nampak natural, and gambar lawa - yang ni I yakin dengan OP I.
Apa2 pun, I nak ucap terima kasih kat SEMUA kawan2 yang berikan saya inspirasi sepanjang saya berblogging. Tanpa anda, majlis saya xkan seindah yang dalam progress sekarang =)
T.E.R.I.M.A K.A.S.I.H B.A.N.Y.A.K-B.A.N.Y.A.K!
p/s: walaupun entri ini adalah sepatutnya dipost pada waktu selepas majlis, tapi saya memang nak ucapkan terima kasih sekarang =)
K la
Till then
Daa~
K la
Till then
Daa~
No comments:
Post a Comment